Tuesday, July 13, 2021

Pilih kawan untuk maju


Sesiapa sahaja yang kita pilih untuk menjadi rakan kita akan menentukan apa dan siapa kita. Kawan boleh menjadi pendorong kepada kejayaan, mencetus idea kepada kecemerlangan hidup dan meraih pelbagai anugerah. 

Dorongan ini boleh jadi dalam bentuk nasihat, teguran atau memberi bantuan idea. 

Semua dorongan ini boleh menaikkan semangat kita untuk bekerja bersungguh-sungguh, berfikir dan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah, bukannya mencari alasan untuk mengelak daripada masalah. 

Berkawan dengan orang yang dengki dan iri hati akan memudarkan semangat dan daya juang. 

Tidak ada banyak kebaikan berkawan dengan orang jenis ini kecuali kita akan terus kecewa.

Mulai hari ini, cari dan kumpulkan rakan-rakan yang boleh memberi dorongan dan sokongan untuk kita maju kehadapan, memberi nasihat ketika sedang lemah daya juang atau hilang arah.


No comments:

Post a Comment