Wednesday, July 14, 2021

Afghanistan kembali berkonflik



Afghanistan, negara yang sentiasa bergolak dengan konflik dan dikelaskan sebagai negara rapuh (fragile state). Ia juga sebuah negara miskin dengan pendapatan per kapita sebanyak US$580 (statista.com). Situasi politik di Afghanistan dibentuk oleh pencerobohan Amerika Syarikat pada tahun 2001 dan peperangan yang berlarutan dari tahun 1970-an hingga penghujung 1990-an.

Selepas 16 tahun sejak 2001, penganalisis politik dan ekonomi melihat cabaran-cabaran pembangunan yang besar seperti kemiskinan yang semakin meningkat dan situasi kemanusiaan semakin genting. Di sebalik pencapaian yang lebih baik dalam akses pendidikan dan kesihatan, negara itu terlalu banyak bergantung kepada makanan import.

Dari tahun 2001 hingga 2015, Afghanistan menerima US$57 bilion bajet pembangunan. Bantuan besar-besaran ini mewujudkan negara penyewa yang tidak ada tandingan dalam sejarah negara itu. Pada November 2015, Afghanistan mendapat US$12 bilion dalam bantuan tambahan antarabangsa bagi tempoh 2021-2025 dan kebanyakannya digencarkan oleh kemajuan dalam proses perdamaian dengan Taliban.


Potrait Politik dan Ekonomi

Apa yang dikatakan pembinaan negara radikal dan projek pendemokrasian ialah penguasaan golongan elit dan naungan rangkaian perang yang dipercayai oleh komuniti antarabangsa untuk mentadbir dan membangunkan negara baharu. Perkembangan selepas 2001 dicirikan oleh penyusunan semula golongan elit seperti panglima-panglima perang, komander pasukan dan taukeh dadah serta kemunculan kelompok baru teknokrat.

Pengagihan hasil negara (sebahagian besarnya dari penyumbang luar) telah digunakan untuk mengekalkan kesetiaan dan kawalan di seluruh negara. Tindakan ini menjurus kepada pemusatan melampau, menghampakan pembangunan institusi negara, mengurangkan kesahan kerajaan dan menguatkan pemecahan dalam kalangan pentadbir-pentadbir utama di Afghanistan.

Selepas Afghanistan mengalami pengalaman yang meyakinkan iaitu pertumbuhan ekonomi yang pantas sehingga tahun 2012, kadar pertumbuhan menjunam kepada dua peratus selepas tahun 2014 apabila Amerika Syarikat mengundurkan tentera dan Presiden Ghani mengambil alih pentadbiran (data.worldbank.org).

Kemenangan Presiden Ghani dikaitkan dengan kelompok ‘elit kanan’. Sejak itu, beliau berjuang mengurangkan pengaruh kelompok ini dan mengeksploitasinya dengan cara mengenal pasti cabaran dalam dan luar kerajaan, menggunakan maklumat rasmi dan tidak rasmi serta mengguna pakai pelbagai cara untuk melindungi kepentingannya.

Afghanistan, sebuah negara yang bergantung kepada sokongan kewangan antarabangsa mungkin dapat mewujudkan kesan kestabilan tetapi ia tidak dapat menyelesaikan cabaran yang dihadapi kerajaan untuk membangunkan negara kerana tekanan oleh elit politik dalaman. Hal ini kerana bantuan luar ini mewujudkan budaya rasuah dan menyumbang kepada budaya terlalu bergantung kepada pembangunan ekonomi perang sebagai tempat bergayut.

Sebaliknya bantuan pembangunan tidak memacu pengurangan kadar kemiskinan majoriti penduduk dan bantuan kemanusiaan telah digunakan sebagai ‘pembalut luka’ untuk menunjukkan wujudnya program pembangunan.

Keadaan keselamatan di Afghanistan diburukkan dengan pengunduran pasukan antarabangsa pada 2014. Taliban telah meningkatkan kawalan wilayah manakala Islamic State telah muncul sebagai kelompok terbaru dalam konflik yang berterusan. Kematian orang awam sentiasa tinggi sepanjang masa kerana mereka berhadapan dengan pelbagai pilihan ancaman disebabkan pertambahan jaringan aktiviti jenayah yang kerap terjalin dengan kelompok elit dan mereka yang membentuk kerajaan. Ancaman-ancaman ini termasuk perdagangan dadah, penyeludupan rentas sempadan dan penculikan untuk wang tebusan.


Perundangan

Peruntukan undang-undang yang mapan telah menambahkan akses negara itu kepada pembinaan negara yang menegakkan keadilan. Pengalaman lepas daripada reformasi sektor kehakiman menunjukkan penjajahan perundangan idealisme normatif barat secara langsung adalah tidak sah dan tidak berkesan.

Justeru, reformasi ke atas tradisi keadilan pluralistik Afghanistan kekal menjadi cabaran yang mana pertimbangan diberikan kepada hubungan antara undang-undang berkanun, undang-undang adat dan perundangan Islam adalah sangat mustahak bagi meningkatkan capaian kepada keadilan dalam kalangan masyarakat awam.

Ketika sektor awam dipenuhi korupsi, masyarakat awam memilih penyelesaian di luar institusi keadilan formal. Contohnya kaum wanita memilih jalan penyelesaian di luar kerana tidak mahu berhadapan dengan diskriminasi dalam sistem keadilan formal atau tradisi.

Di bawah alasan kebanyakan penyumbang antarabangsa, sumbangan berkenaan sering kali dipromosikan sebagai perlindungan hak asasi manusia. Usaha-usaha ini dicabar oleh kewujudan norma budaya dan struktur kuasa begitu juga konflik yang berterusan. Pencabulan hak asasi adalah meluas dan dilakukan oleh semua pihak yang berkonflik. Pelanggaran yang meluas terhadap undang-undang dan pertanggungjawaban ini telah menyemarakkan rasa tidak percaya kepada kerajaan dan menjejaskan kesahihan pemerintah.


Kesimpulan

Menganalisis perkembangan ekonomi dan politik Afghanistan memerlukan kesediaan untuk menganalisis bagaimana struktur formal dan informal saling berkait dan membentuk tingkah laku dalam persaingan mendapat kuasa, kekayaan dan idea. Penggerak dalam kerajaan yang sah di Afghanistan kekal bergantung kepada sokongan ekonomi antarabangsa untuk mengekalkan fungsi, pembayaran gaji dan penyampaian perkhidmatan asas serta pasukan pengaman antarabangsa untuk memisahkan penyatuan kelompok Taliban dan pengkhianat dalam kerajaan.

Pentadbiran separuh informal sebahagiannya ditancap ke dalam pentadbiran formal untuk perlindungan, bagaimanapun pelengkap kepada pengeksploitasian sumber negara adalah disalurkan dari aktiviti penyeludupan candu untuk memastikan kedudukan mereka selamat.

Pentadbiran formal ini mendapat sokongan daripada kebanyakan penduduk yang keletihan kerana kehadiran pasukan pengaman antarabangsa, janji kerajaan yang tidak ditepati dan amalan korupsi.

Tambahan pula, wujud dalam sebuah pentadbiran informal yang diwakili oleh Taliban dan kumpulan-kumpulan militan yang menjana pendapatan daripada dadah, cukai dan sokongan negara-negara jiran. Peningkatan rasa tidak selamat, pengangguran, penghijrahan dan pertambahan kemiskinan menjadi peringatan kepada kegagalan semua peluang.

Namun begitu, dijangkakan berlaku kemerosotan secara perlahan-lahan dan berterusan menuju kepada pemecahan kuasa dan wilayah. Ia ditunjukkan dengan situasi semasa yang mana Taliban sedang menguasai wilayah-wilayah baru apabila pasukan Amerika Syarikat berundur dari negara itu.

Justeru, dalam tempoh jangka panjang, penambahbaikan tadbir urus kerajaan tidak dapat dilakukan dan memberi impak kepada pentadbiran sedia ada dan akan datang.

No comments:

Post a Comment