Wednesday, July 07, 2021

Mencari cemerlang dan bahagia



Dalam hidup kita, antara dua pilihan yang sering kali dicari ialah kecemerlangan dan kebahagiaan. 

Apakah maksud cemerlang dan apa pula maksud bahagia? 

Pada kita, mana satukah yang kita lebih utamakan? Cemerlang atau bahagia? 

Untuk memilih, mari kita lihat orang-orang yang telah berjaya dan cemerlang dalam kerjaya mereka. Kita lihat dan dengar nama-nama seperti Elon Musk, Jeff Bezos, Jack Ma dan Nassef Sawiris menjadikan kita bersemangat untuk berjaya dalam bisnes seperti mereka. 

Mereka cemerlang dan merasa bahagia dengan kehidupan, namun adakah mereka benar-benar bahagia? 

Nama dan kemasyhuran tidak menjadi apa-apa erti jika tidak bahagia. 

Rasa bahagia, walaupun sedikit boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu hidup menyenangkan (pleasant life), hidup yang baik (good life) dan hidup yang bererti (meaningful life).


No comments:

Post a Comment