Sunday, July 18, 2021

Kuasai banyak bahasa




Menguasai lebih daripada satu bahasa adalah satu kelebihan. Banyak kelebihan mereka yang dapat berkomunikasi bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan sebagainya. 

Di samping menambah bilangan rakan dan jaringan sosial, menguasai lebih daripada satu bahasa dikatakan mampu menyegarkan otak, lebih-lebih lagi dituturkan dua atau tiga bahasa secara berselang-seli. 

Ciri lain ialah dapat melakukan tugasan yang berbeza dengan lebih pantas. 

Ia berlaku kerana otak bekerja dengan lebih cekap berbanding mereka yang tahu satu bahasa sahaja. 

Marilah kita mulakan usaha mempelajari dan menguasai bahasa lain yang boleh memberikan peluang dalam pelbagai bidang pada hari ini.

No comments:

Post a Comment