Monday, July 05, 2021

Fokus kepada kejayaan


Mungkin ada antara kita yang masih ingat Carl Lewis, atlet olahraga yang telah memenangi sembilan pingat emas dalam acara-acara yang disertainya dalam Sukan Olimpik. 

Dari tahun 1984 hingga 1996, kehadirannya dalam setiap acara mampu menyumbang pingat untuk Amerika Syarikat. 

Apakah rahsia kejayaan Carl Lewis? 

Ada dua perkara. 

Pertama, positive self-talk iaitu percaya kepada diri yang sentiasa terakam di fikirannya setiap kali mahu bersaing. Rasa takut akan kalah kepada pesaing-pesaing lain akan hilang seketika. 

Kedua, kemenangan pingat emas dalam acara-acara sebelum ini. Kejayaan-kejayaan lepas memberi keyakinan kepada Carl Lewis bahawa beliau boleh mengulangi kejayaannya. 

Ternyata, Lewis memberi fokus kepada kejayaan berbanding kegagalan. 

Kalau kita hendak berjaya dalam bidang yang kita ceburi, fokus harus dilebihkan kepada kejayaan-kejayaan lepas, insya Allah kita boleh berjaya.


No comments:

Post a Comment