Saturday, May 15, 2021

Tidak mahu mengalah


Perkara yang membezakan orang yang cemerlang dan orang yang gagal ialah semangat pantang menyerah. 

Walaupun memiliki imu dalam sesuatu bidang tetapi ilmu tersebut belum tentu dapat menguatkan semangat pantang menyerah ini. 

Berapa ramai orang yang bergelar graduan telah gagal dalam bidang yang mereka suka kerana tidak tahan dengan cabaran. 

Begitu juga dengan orang yang kurang bijak dalam pelajaran dan beberapa kali gagal dalam usaha-usaha mereka. 

Sama ada kita telah berjaya dalam pelajaran ataupun tidak, kegagalan adalah lumrah dalam setiap tindakan. 

Namun, orang yang berjaya memiliki satu ciri yang tidak ada pada orang yang gagal iaitu tidak mahu mengalah. Sifat ini membantu ramai orang yang bermula dari bawah, sedikit demi sedikit mencari kekuatan diri seterusnya beroleh kejayaan. 

Orang yang dulunya kita lihat bekerja dari subuh hingga ke isyak, berniaga di pasar malam atau pasar sehari, buka gerai kecil, hari ini mungkin sudah punya sepuluh buah gerai.


No comments:

Post a Comment