Monday, May 24, 2021

Kebaikan dibalas kebaikan



Tunjukkan adab dan sopan di mana saja kita berada kerana suatu hari nanti tentu ada balasan yang baik. 

Adakalanya kita membiarkan orang lain sengsara kerana kita tidak merasa apa-apa dengan kesengsaraan tersebut. 

Terdapat orang yang memiliki kereta tetapi enggan memberi pinjam kepada jirannya yang hendak ke hospital. 

Terdapat orang yang hidup senang-lenang tetapi rakannya terpaksa menahan lapar kerana kehilangan pekerjaan dan pendapatan. 

Terdapat orang yang menghina dan mengeji di atas kelemahan pekerjanya tanpa ada rasa belas ihsan. 

Kepada orang-orang begini, kita bawakan satu kisah tentang adab yang baik. 

Sepasang suami isteri telah pergi ke sebuah hotel pada jam dua petang untuk mencari bilik, sekurang-kurangnya dapat berehat dan bermalam. Harapan mereka hampa kerana tidak ada bilik yang kosong. 

Oleh kerana hari sudah jauh malam, mereka merayu kepada pengurus hotel untuk mendapatkan sebuah bilik, akhirnya ditawarkan bilik pengurus hotel itu sendiri secara percuma.

 Pasangan ini bersyukur dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga. 

Dua tahun selepas itu, pengurus hotel tadi menerima tiket kapal terbang ke New York. Di sana, beliau ditunjukkan Hotel Waldorf-Astoria. Akhirnya pengurus hotel ini menjadi sebahagian daripada staf hotel tersebut.


No comments:

Post a Comment