Friday, May 28, 2021

Contohi budaya Jepun


Semua orang bersetuju sekiranya dikatakan orang Jepun rajin bekerja. Ciri-ciri kerajinan terserlah dalam budaya hidup orang Jepun dan mereka memiliki nilai-nilai yang tidak ada pada kebanyakan masyarakat lain. 

Nilai-nilai inilah yang menjadikan orang Jepun lebih berjaya. 

Sejak kecil, orang Jepun dididik dengan nilai kejujuran, kebersihan dan mahukan kesempurnaan. 

Ketiga-tiga nilai ini menjadikan orang Jepun lebih cerewet dan sangat teliti dalam membuat keputusan. 

Apabila bekerja, mereka memberikan perhatian dalam semua perkara, melakukan yang terbaik dan pentingkan kualiti. 

Jika kita teringin hendak membeli sebuah televisyen baharu, jenama mana yang kita akan pilih? 

Sebut sahaja produk elektrik, sedozen jenama buatan Jepun yang muncul. 

Nilai dan budaya disemai sejak kecil menjadikan orang Jepun lebih banyak bekerja dan mencipta produk-produk baharu yang inovatif untuk masyarakat dunia.



No comments:

Post a Comment