Thursday, May 20, 2021

Tenaga dalam kata-kata


Apakah kesan atau implikasi kata-kata yang negatif terhadap orang lain? 

Kita ambil contoh peniaga atau jurujual yang berdepan dengan pelbagai jenis pelanggan yang bermacam-macam ragam setiap hari. 

Terdapat pelanggan yang tidak banyak soal sebaliknya terdapat pelanggan terlalu cerewet dan banyak bertanya. 

Sama ada tidak banyak cakap atau cerewet, pelanggan tetap pelanggan kerana ia boleh menghasilkan satu jualan. Katakan pelanggan yang cerewet memilih kain dan banyak bertanya, sedangkan jurujual terasa hati dan memberi respons yang menyakitkan hati. 

Contohnya, “Kalau tak cantik … pergilah ke kedai lain!” 

Tenaga yang terdapat dalam ungkapan ini sangat negatif dan mampu menolak keluar pelanggan tadi ke tempat lain. 

Jika kita seorang jurujual, berhati-hatilah kerana mungkin kedai kita tidak ada pelanggan yang mahu datang.

No comments:

Post a Comment