Friday, May 14, 2021

Nikmat kejayaan


Kita lebih gembira melihat seseorang yang berjaya dalam kerjayanya berbanding menelurusi kegagalan demi kegagalan yang dihadapinya. 

Nikmat melihat orang yang berjaya dengan nikmat merasai sendiri kejayaan adalah berbeza. Mari kita lihat satu produk inovasi yang amat terkenal hari ini iaitu iphone atau ipad

Pencetus idea produk ini ialah Steve Jobs dari Apple Computer. Beliau pernah gagal banyak kali semata-mata mahu merealisasikan impian. 

Bermula pada usia 20 tahun sebagai inventor, hari ini Steve Jobs tidak dapat dipisahkan daripada jenama iphone atau ipad

Semua kegagalan yang dialami oleh beliau telah membawa kejayaan besar kerana setiap kegagalan telah memberi pengajaran dan pengalaman baru untuk berusaha lebih gigih. 

Kita yang membeli dan mengguna iphone atau ipad sudah pun berasa bangga, apatah lagi penciptanya tentulah sangat bangga apabila melihat produknya digunakan oleh orang lain di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment