Wednesday, May 26, 2021

Hidup banyakkan memberi



Sebahagian daripada masa rakan saya ialah berusaha memberikan lebih banyak kepada orang yang memerlukan, kesannya ialah beliau menerima lebih banyak lagi. 

Inilah kitaran hidup seorang rakan saya yang telah bersara dan menguruskan sebuah institusi pengajian tinggi. 

Semasa muda dan bekerja di universiti, beliau sentiasa mencari peluang untuk memberi ceramah, membuat kelas tambahan, mengumpulkan wang untuk rumah anak-anak yatim, mengajar tentang adab dan akhlak di surau dan masjid. 

Beliau tidak ada banyak masa untuk duduk bersenang-senang seperti orang lain. Bagi beliau, hidup adalah memberi kerana beliau mengharapkan kualiti hidup yang lebih baik. 

Kadang-kadang wang gaji beliau habis digunakan untuk melakukan usaha-usaha kebajikan demi kesenangan orang lain. 

Hari ini terdapat antara orang yang pernah dibantu kembali menemuinya dan bersama-sama melakukan kebajikan untuk kesenangan orang ramai.



No comments:

Post a Comment