Masalah paling serius dalam diri setiap orang daripada kita ialah bingung atau gelisah.
Punca bingung dan gelisah boleh jadi macam-macam seperti tekanan kerja, tekanan mental, hutang, konflik diri dan sebagainya. Banyak masalah lain yang muncul selepas kita bingung dan gelisah ini.
Antaranya sakit, gila dan tingkah laku menyimpang.
Sakit kerana gelisah ini pernah dinyatakan oleh Dr Alexis Carrel sebagai "orang-orang yang sibuk bekerja tetapi tidak berusaha megatasi dan merawat kegelisahan yang ada dalam dirinya adalah orang yang cepat menemui ajal".
Membiarkan gelisah dan bingung bersarang dalam diri kita menyebabkan fikiran tidak dapat memberi respon kepada hal-hal lain yang sepatutnya diberi tumpuan. Jadi, kalau ada masalah, cepat-cepatlah selesaikan walaupun masalah yang dihadapi itu adalah masalah yang kecil dan remeh-remeh.
No comments:
Post a Comment