Monday, October 11, 2021

Tiga tabiat anak-anak kecil


Suami isteri remaja tentu teruja apabila melihat perkembangan anak kecil mereka. Dari usia sehari sehingga tiga atau empat tahun, tabiat biasa anak-anak barangkali sudah menjadi perhatian. 

Baik juga kita melihat sepintas lalu apakah tabiat ini dan bagaimana kita boleh mengatasinya.

Pertama, tabiat menghisap ibu jari. Mungkin kita risau tetapi tabiat ini akan hilang apabila anak mendapat perhatian, yakin pada diri dan tidak takut kepada kepada orang lain. 

Kedua, panas baran iaitu marah apabila ibu bapa enggan ikut kemahuan. Tabiat ini adalah normal dan berkompromi untuk mengikut kehendak mereka adalah yang terbaik (asalkan tidak membahayakan diri). 

Ketiga, berjaga malam kerana hendakkan susu. Sebaik-baiknya badan anak ditepuk perlahan-lahan supaya mereka kembali tidur. 

Banyak lagi tabiat anak yang boleh diketahui melalui buku dan amalan orang-orang tua kita.


No comments:

Post a Comment