Sunday, October 10, 2021

Keluarga muda banyak cabaran



Di Brunei, Malaysia, Indonesia mahupun negara-negara lain, pasangan muda yang berkahwin dan mendapat anak pertama ketika usia masih awal 20-an. 

Menjadi ibu bapa ketika usia muda sangat banyak cabarannya lebih-lebih lagi menghadapi kerenah anak setiap hari. Tidak kira sama ada anak lelaki atau perempuan, menangis pada waktu malam dan pagi hari membuatkan ibu bapa remaja tertekan kerana terpaksa bersengkang mata. 

Kalau anak suka meragam, bertambah lagilah tekanannya. Allah swt memberi pahala kepada ibu bapa yang bersabar dalam menjaga anak dengan baik. 

Mungkin atas ganjaran inilah seorang tkan saya yang mempunyai sembilan orang anak. Susah juga kita hendak bayangkan bagaimana beliau dan isteri menguruskan anak-anaknya ini. Berkat kesabarannya, semua anaknya cemerlang dalam akademik dan alam pekerjaan. 

Saya juga pernah berjumpa dengan suami isteri yang mempunyai 17 orang anak dan tinggal di Sungai Buluh, Jalan Muara, Brunei. 

Kehidupan sebagai keluarga muda memerlukan pencarian ilmu kekeluargaan yang berpanjangan supaya dapat hidup mendapat berkat.


No comments:

Post a Comment