Monday, October 04, 2021

Berbincang untuk selesaikan krisis


Krisis hidup tetap akan ada dalam sejarah atau riwayat hidup setiap orang. Krisis ini mungkin berkaitan dengan orang lain, kesihatan, keadaan sosial atau apa sahaja. 

Sukar hendak mengelak kerana krisis umpama rantaian yang bersambung-sambung. 

Biasanya krisis atau istilah yang biasa kita panggil sebagai konflik, akan menyebabkan kehilangan atau kerugian. Mengambil sikap mengelak tidak bermakna masalah akan selesai kerana ada kesan lain daripada krisis yang muncul seperti tekanan emosi dan psikologi.

Perubahan diri boleh memaksa krisis yang dihadapi dialihkan kepada zon selamat. 

Contohnya, apabila sudah banyak hutang kad kredit, zon selamat ialah bersemuka dengan bank dan berbincang untuk bayaran ansuran. 

Pada saya, tidak ada krisis yang tidak boleh diselesaikan.


No comments:

Post a Comment