Friday, October 08, 2021

Diri sendiri pendorong terkuat


Seorang pelari pecut tidak dapat menjadi ‘Raja Pecut’ jika tidak ada pendorong. Begitu juga dengan usahawan, beliau tidak dapat menjadi kaya jika tidak ada pendorong. 

Siapakah pendorong ini? 

Tak lain dan tak bukan, pendorong ini ialah diri sendiri. Diri sendirilah yang menjadi pencetus kepada kejayaan luar biasa kerana orang lain hanya boleh menjadi penyokong dan pembakar semangat. 

Jika kita sendiri menyatakan ‘tidak’, tidak ada sesiapa pun yang boleh menyuruh kita bertindak tetapi pendorong ini kadangkala boleh menjadi lemah kerana beberapa sebab. 

Pertama, sikap malas yang menjadikan kita hilang kemampuan dan tidak yakin diri. 

Kedua, melengahkan kerja kerana enggan menanggung risiko ketiga-tiga hidup tanpa tujuan iaitu cita-cita hanya menjadi angan-angan. Jadi, kuatkan diri sendiri untuk berjaya.


No comments:

Post a Comment