Wednesday, October 13, 2021

Menilai keperibadian diri


Bagaimana kita menilai keperibadian diri sendiri? 

Adakah dengan kejayaan belajar sehingga ke universiti, ada jawatan dan gaji yang besar? 

Atau penampilan diri yang segak? Pada saya tidak. 

Menilai keperibadian ini ada yang objektif dan subjektif. Saya selalu menilai diri berdasarkan beberapa perkara. 

Pertama, selalu berterima kasih. Ia boleh jadi dalam bentuk ucapan ‘terima kasih, thank you’ ataupun penghargaan seperti hadiah. 

Kedua, hormat orang tua, memberi salam dan ucap selamat adalah cara mudah sebagai tanda hormat. 

Ketiga, tidak susahkan orang lain, jaga hati dan kebajikan orang lain, memberikan rasa kasih dan sayang. 

Keempat, sayang dan hormat ibu bapa; menjaga maruah ibu bapa dan keluarga berakar umbi daripada rasa sayang dan hormat kepada mereka berdua. 

Kita boleh menilai sejauh mana keperibadian kita dengan bertanya keempat-empat perkara tadi.


No comments:

Post a Comment