Monday, September 05, 2016

Kerja enam jam sehari di Sweden







Sweden melaksanakan konsep kerja yang sangat menarik iaitu waktu bekerja setiap hari adalah enam jam.

Kajian rintis selama setahun dilakukan ke atas jururawat bagi melihat sama ada tempoh masa bekerja yang lebih pendek dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja. Kelompok kajian ini bekerja enam jam untuk bayaran gaji bekerja selama lapan jam.

Data kajian yang diperolehi menunjukkan 68 jururawat yang bekerja enam jam sehari ini mengambil separuh cuti sakit dan kurang 2.8 kali mengambil ‘time off’ dalam masa dua minggu. Data juga menunjukkan kegembiraan mereka naik lebih 20 peratus dan memiliki lebih banyak tenaga untuk bekerja. Keadaan ini menyebabkan peningkatan aktiviti sebanyak 64 peratus.

Keberanian kerajaan Sweden melaksanakan kaedah kerja ini sangat menarik kerana ia menjadikan produktiviti pekerja lebih baik daripada bekerja lapan jam. Ia juga berkaitan dengan kesediaan pekerja mengadaptasi suasana kerja baru ini.

Salah satu kesan besar positif ialah terdapat pertambahan dalam aspek kegembiraan dengan kehidupan mereka. Namun begitu, pekerja tidak boleh menggunakan masa untuk urusan peribadi seperti kemas kini media sosial seperti Facebook atau WhatsApp. Pekerja mesti memberi tumpuan seratus peratus kepada kerja mereka.

Sweden terkenal dengan dasar sosial yang yang berkesan kepada rakyatnya walaupun berhadapan dengan kos hidup yang tinggi. Kerajaan bijak mengurus pembangunan negara dengan memberi keutamaan kepada pendidikan rendah hingga universiti. Malahan kebajikan masyarakat yang kurang mampu turut diberi perhatian.

Sejauhmana kaedah kerja enam jam sehari boleh dilaksanakan di Malaysia harus ditentukan melalui eksperimen supaya kesesuaiannya boleh dikenal pasti. Saya berpendapat nilai dan budaya kerja masyarakat Malaysia yang bekerja dari pagi hingga malam perlu diberi perhatian di samping keperluan-keperluan keluarga, pendidikan anak-anak dan sosial masyarakat.

Justeru, sekiranya konsep enam hari bekerja hendak diperkenalkan dengan gaji bersamaan kerja lapan jam, ia perlu dikaji dari pelbagai sudut.



No comments:

Post a Comment