Kes tembakan terbaru di Kuala Lumpur baru-baru ini merupakan
sambungan siri tembakan di Taman OUG, Jalan Kelang Lama.
Dalam kes di Taman OUG, penembak dan perancang utama telah dapat ditangkap.
Syabas kepada pasukan polis. Namun dalam kes terbaru, belum ada sebarang
perkembangan.
Dalam kes melibatkan pembunuhan empat orang di Pulau Pinang,
penjenayah berjaya dikesan seterusnya dimusnahkan.
Mungkin semua kes ini bermotifkan wang atau balas dendam.
Di Sarawak, perancang utama pembunuhan seorang aktivis politik
telah dikenal pasti. Beliau bergelar “Datuk”, masih muda dan terlibat dalam
perniagaan. Pihak polis hanya menunggu masa untuk menangkap penjenayah ini
manakala konco-konconya ada yang telah ditangkap dan ada yang menyembunyikan
diri.
Akhir-akhir ini kejadian tembak menggunakan pembunuh upahan kerap
berlaku. Adalah lebih mudah mendapatkan perkhidmatan pembunuh upahan kerana
wujud permintaan seperti itu kerana faktor persaingan, konflik, pemerasan dan
balas dendam. Menggunakan pembunuh upahan tidak menyelesaikan masalah kerana
semua yang terlibat dalam kes itu mungkin menerima hukuman yang sangat berat.
Sesiapa sahaja boleh menjadi pembunuh upahan asalkan ada kemahiran
menggunakan senjata. Membunuh sasaran dengan tembakan jarak dekat sangat
berisiko tinggi kerana pembunuh boleh dikenali dan dijejaki. Justeru, orang
yang mahu menggunakan khidmat ini perlu membayar harga yang mahal.
Namun tidak ada jumlah yang ditetapkan untuk membunuh. Anggaran
harga boleh jadi antara ratusan hingga ratusan ringgit. Oleh kerana tindakan
berkenaan adalah salah, amat jarang berlaku perundingan secara terbuka.
Dalam kebanyakan pekerjaan, menjadi popular adalah disebabkan
kerana melakukan perkara yang betul, namun pembunuh upahan, menjadi popular
bakal mengundang padah. Terdapat 15 pembunuh upahan yang dapat ditangkap dan
menjadi terkenal kerana tindakan mereka iaitu Charles
Harrelson - Natural Born Killer, Richard Kuklinski - The Iceman, Alexander
Solonik - Agent 47, Giuseppe Greco - The
Goodfella, Igor the Assassin - The Real "Winter Soldier, Glennon
Engleman - The Dentist, Benjamin Bugsy Siegel, Christopher Dale
Flannery - Mister Rent-a-Kill, Marinko Magda - The Serbian Shooter,
Vincent Mad Dog Coll, Joseph Mad Dog Sullivan, Chester
Wheeler Campbell - The 007 of Detro, Wayne Silk Perry, Jorge
Ayala - Miami's Little Friend dan Harry Pittsburgh Phil Strauss.
No comments:
Post a Comment