Saya yakin ramai yang bersetuju dengan kenyataan ini iaitu, “Kebanyakan orang melalui hidup ini tanpa menemui apa-apa yang diinginkannya”.
Kehidupan yang dilalui orang dalam kelompok ini adalah tanpa semangat, tidak ada rasa bangga atau seronok.
Andainya kita bertanya berapa peratus komitmen atau usaha yang diberi terhadap kehidupan masing-masing, jawapan yang diterima adalah sekitar 30 hingga 50 peratus sahaja.
Seseorang benar-benar memberi komitmen apabila berada dalam keadaan bahaya atau sedang terancam. Pada masa itu, barulah seluruh tenaga akal dan fizikal digunakan untuk keluar dari zon bahaya.
Namun, dalam aktiviti seharian, kita jarang memikirkan seratus peratus kerana berasa selesa dan tidak ada apa-apa risiko besar yang perlu difikirkan.
No comments:
Post a Comment