Hari ini saya ingin memetik maksud ayat al-quran tentang perubahan, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mahu mengubah diri mereka sendiri” (Ar-Ra’d: 11).
Membuat perubahan bukannya angan-angan atau cita-cita yang tidak boleh dicapai tetapi bermula dari kerja keras dan niat yang bersih.
Semuanya digabungkan dengan akhlak atau tingkah laku yang baik.
Ramai orang yang telah berjaya mengubah diri, keluarga dan masyarakat melalui usaha yang bersungguh-sungguh, membuat perancangan rapi, mengambil kira semua faktor seterusnya memulakan langkah perubahan.
Dalam ayat ini, Allah swt menyatakan bahawa peluang untuk berubah terletak kepada diri sendiri atau kaum berkenaan, andai mereka bertindak memilih pendekatan yang betul, insyaAllah akan mencapai kejayaan.
No comments:
Post a Comment