Sunday, May 30, 2021

Berubah selepas buat silap


Membuat kesilapan dan kesalahan adalah lumrah dalam hidup kita. 

Inilah hakikat kehidupan yang menjadikan kita lebih berani dan bersedia dengan berbagai-bagai penambahbaikan. 

Pernah suatu hari saya berkesempatan berbual-bual dengan seorang pegawai penjara tentang sikap dan pemikiran pesalah-pesalah dari penjara. Beliau sedia berkongsi cerita dengan saya.

Katanya, kebanyakan pesalah memang menyesal terhadap apa yang mereka lakukan.

Kekesalan ini ditunjukkan dengan keinginan mereka untuk berubah, mendengar nasihat dan dalam jangka masa tertentu mereka boleh dibebaskan lebih awal. 

Maksudnya di sini, keinginan hendak mengubah kehidupan memang telah ada pada setiap orang biarpun telah terbukti melakukan kesalahan dan kesilapan. 

Andainya kesilapan dan kesalahan yang dilakukan hari ini, kita masih ada masa untuk berubah.


No comments:

Post a Comment