Wednesday, May 19, 2021

Label diri


Kata-kata memiliki kekuatan atau tenaga untuk memberi impak ke atas diri kita. Jika betul kata-kata, seseorang itu boleh berkembang dengan sempurna - akhlaknya bagus, fikirannya cerdas dan bahasanya pun sopan. 

Jika salah, kata-katanya boleh bertukar kepada seorang yang agresif, citra diri yang rendah dan daya juang yang lemah. 

Mahatma Gandhi memberi peringatan dan panduan yang sangat berguna untuk kita berkata-kata dengan lisan. Beliau menyatakan; “Jagalah fikiran untuk sentiasa positif kerana fikiran akan menjadi kata-kata; jagalah kata-kata yang kita tuturkan kerana kata-kata itu akan berubah menjadi tingkah laku; jagalah tingkah laku kerana ia akan berubah menjadi kebiasaan; jagalah kebiasaan kerana kebiasaan ini akan berkembang menjadi nilai; akhirnya nilai inilah yang menentukan tujuan hidup”. 

Menggunapakai kata-kata yang baik ini menjadi tanggungjawab pemimpin, ibu bapa, guru, pensyarah atau sesiapa sahaja yang merasakan dirinya dapat menyumbang kepada pembangunan negara yang sejahtera.

No comments:

Post a Comment