Sunday, May 23, 2021

Tanya kepada diri



Kanak-kanak adalah orang yang paling banyak bertanya. Mereka tidak ada rasa takut dan malu kerana mereka sememangnya hendakkan jawapan. 

Sifat yang ada kepada kanak-kanak ini dimiliki oleh para penyelidik dan pencipta. 

Contohnya Sony Walkman. Sebelum ada walkman, kita mendengar muzik melalui pembesar suara yang kadang kala mengganggu privasi orang lain. 

Masaru Ibuka bertanya, “Mengapa kita tidak membuang fungsi rekod dari perakam pita dan membuang pembesar suara, boleh tak kita meletakkan fon kepala di perakam pita?”

Kebanyakan orang yang mencipta sesuatu yang baru dan unik kerap bertanya kepada diri sendiri. 

Dengan bertanya kita mengaktifkan kekuatan fikiran bawah sedar untuk mencari jawapan-jawapannya.

No comments:

Post a Comment