Kata-kata memiliki kekuatan atau tenaga untuk memberi impak ke atas diri kita. Jika betul kata-kata, seseorang itu boleh berkembang dengan sempurna - akhlaknya bagus, fikirannya cerdas dan bahasanya pun sopan.
Jika salah, kata-kata dia boleh bertukar kepada seorang yang agresif, citra diri yang rendah dan daya juang yang lemah.
Mahatma Gandhi memberi peringatan dan panduan yang sangat berguna untuk kita berkata-kata dengan lisan.
Beliau menyatakan; “Jagalah fikiran untuk sentiasa positif kerana fikiran akan menjadi kata-kata; jaga kata-kata yang kita tuturkan kerana kata-kata itu akan berubah menjadi tingkah laku; jaga tingkah laku kerana ia akan berubah menjadi kebiasaan; jaga kebiasaan kerana kebiasaan ini akan berkembang menjadi nilai; akhirnya nilai inilah yang menentukan tujuan hidup”.
Menggunapakai kata-kata yang baik ini menjadi tanggungjawab pemimpin, ibu bapa, guru, pensyarah atau sesiapa sahaja yang merasakan dirinya dapat menyumbang kepada pembangunan negara yang sejahtera.
No comments:
Post a Comment