Tuesday, May 25, 2021

Bersusah-susah untuk senang



Perubahan selalunya menyakitkan kerana kesakitan dan kepayahan adalah ciri-ciri perubahan.

Seorang anak muda yang baru menamatkan pengajian di universiti membuat keputusan untuk mencari kerja di negara orang. Dengan semangat berdikari yang tinggi, beliau berjaya meyakinkan beberapa kenalannya untuk membuka satu bisnes. 

Susah dan payah dalam bisnes ditempuh dan dalam masa 12 bulan, bisnes ini semakin mendapat sambutan. 

Masalah besar ialah timbulnya iri hati orang lain kerana kejayaan bisnes ini. Akhirnya pemuda tadi diminta melepaskan urusan bisnesnya. 

Dengan senang hati beliau melepaskan semua urusan berkaitan dengan bisnes tersebut dan mua mencongak masa hadapannya kerana hidupnya umpama di laluan terowong gelap.

Dengan tekad tidak mahu menyerah kalah, beliau kembali ke tempat asalnya, mula mengumpulkan wang dan mendaftarkan diri di universiti untuk menyambung pengajian. 

Hari ini anak muda tersebut telah berjaya dalam kerjayanya, mendapat rakan-rakan yang lebih ramai dan melalui kehidupan yang lebih bahagia.



No comments:

Post a Comment