Koon Yew Yin, etnik Cina Malaysia yang
menyifatkan tentera Malaysia hanya makan dan tidur serta mencadangkan lebih baik bekerja di
Felda telah mendapat reaksi negatif daripada pelbagai lapisan masyarakat,
lebih-lebih lagi anggota tentera sendiri.
Kenyataan yang melulu dan tidak merujuk kepada
keadaan sebenar peranan anggota tentera ini mengundang kemarahan.
Mengatakan pasukan tentera tidak menyumbang
kepada ekonomi negara adalah tindakan kurang ajar dan melampau kerana keamanan
memberi ruang kepada pembangunan ekonomi yang rancak dan aktif.
Di samping tentera, Yew Yin juga mahukan
jumlah penjawat awam dikurangkan melalui pemecatan dan pembuangan kakitangan
yang tidak berprestasi. Kenyataan ini juga mengundang marah dalam kalangan
penjawat awam sehinggakan presiden Cuepecs meminta Yew Yin menarik balik
keseluruhan tulisannya berkaitan perkara itu.
Kita tidak begitu tahu latar belakang Koon Yew
Yin melainkan beliau pernah menyumbang dana kepada parti-parti dalam Pakatan
Harapan ketika kempen pilihan raya lepas, menjalankan perniagaan dengan berjaya
di Malaysia, pernah berjumpa dengan pemimpin Parti Komunis Malaya dan mendesak
kesalahan Chin Peng dimaafkan seterusnya pernah menuduh almarhum Sutan Perak sebelum
ini mengamalkan rasuah dalam pemberian gelaran. Umurnya telah mencapai 83 tahun.
Maklumat ini boleh disimpulkan sebagai seorang
etnik Cina Malaysia yang vokal tetapi memberi masalah terhadap keharmonian
masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Vokal kerana beliau memikirkan
kepentingan diri sendiri tanpa belajar tentang adab dan sensitiviti masyarakat
Melayu.
Sikap dan pemikiran beliau melambangkan warganegara yang tidak dapat menerima pelbagai kesenangan hidup yang dinikmati. Ia boleh disamakan dengan peribahasa 'diberi betis nakkan paha' iaitu tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada dan mahukan banyak lagi.
Dalam politik Malaysia, selepas pilihan raya 2018, kuasa politik etnik Cina Malaysia semakin berpengaruh kerana ahli parlimen dari parti DAP menunjukkan suara yang lebih lantang. Isu tulisan khat Jawi, Dr Zakir Naik, sekolah vernakular dan penghinaan ke atas Hari Raya Korban menunjukkan suara kelompok ini semakin mencabar amalan agama Islam dan budaya masyarakat Melayu.
Kelantangan etnik CIna Malaysia yang seolah-olah 'besar kepala' ini dicetuskan oleh sebilangan kecil ahli politik yang mahukan sokongan untuk membuat pelbagai perubahan ke atas dasar-dasar sedia ada yang dilihat tidak memihak kepada mereka.
Walaupun masih ramai etnik CIna Malaysia yang yakin dengan pentadbiran kerajaan dan hubungan harmoni dengan kaum Melayu, suara kelompok ini yang tenggelam tidak memberi makna jika berdiam diri. Seharusnya mereka turut menyuarakan hasrat mahu hidup di Malaysia dan berkompromi dengan agama, adat dan budaya orang Melayu.
Hubungan kaum yang baik selama 63 tahun perlu dikekalkan supaya tidak lagi berlaku 13 Mei kedua. Andainya isu-isu ini tidak ditangani dengan baik, barangkali Malaysia akan kembali kepada keadaan sebelum merdeka iaitu bukan Melayu akan kehilangan kewarganegaraan seperti yang dimasukkan dalam kontrak sosial.
Generasi muda etnik Cina Malaysia masih dapat belajar bahasa mereka sendiri, mengamalkan adat dan budaya mereka, tidak seperti rakan-rakan mereka di Indonesia, Thailand, Filipina atau Brunei.
Di Brunei, semua pelajar perempuan di sekolah kerajaan perlu memakai tudung manakala pelajar lelaki memakai songkok. Mereka juga perlu belajar tulisan Jawi. Peraturan ini melibatkan kan sekali pelajar-pelajar etnik Cina. Pelaksanaan peraturan sebegini tidak memberi masalah malah meningkatkan rasa hormat dan bangga kepada tradisi Melayu Brunei.
Di Malaysia, populasi etnik Cina sentiasa menurun setiap tahun kerana generasi baru yang tinggal di bandar enggan memiliki anak yang ramai. Banyak faktor yang menyebabkan keadaan itu seperti kos hidup yang tinggi dan persepsi terhadap kehidupan.
Dalam tempoh tahun 1991 hingga 2010, populasi etnik Cina Malaysia berkurangan sebanyak 1.3 peratus (1991=29.1%), tahun 2010 berkurangan kepada 24.6 peratus (2000=27.8%) iaitu pengurangan sebanyak 3.2 peratus. Jika bancian pada tahun 2020 diadakan, dianggarkan peratusan ini berkurangan kepada 21.6 peratus.
Sekiranya setiap sepuluh tahun berkurang sebanyak tiga peratus, pada tahun 2040, jumlah mereka hanya 15.6 peratus. Ketika ini kuasa politik dan ekonomi mereka akan berkurangan dan tidak ada apa lagi yang hendak dikatakan.
Sebaliknya jangkaan populasi etnik Melayu akan terus bertambah dari 56.6 peratus pada tahun 1980 kepada 60.1 peratus pada tahun 2000. Seterusnya akan meningkat kepada 64.4 peratus pada tahun 2020. Dalam unjuran populasi penduduk Malaysia dari tahun 2010 hingga 2040 oleh Jabatan Statistik Malaysia, jumlah bumiputera meningkat sebanyak 4.8 peratus manakala etnik Cina berkurangan sebanyak 4.5 peratus.
Kajian oleh Pew Research Center, Amerika Syarikat menjangkakan jumlah penduduk Islam di Malaysia meningkat kepada 72.4 peratus pada tahun 2050. Lebih tepat lagi jumlah masyarakat Islam ini adalah 32.7 juta orang daripada 45.2 juta penduduk berbanding 28.4 juta orang pada tahun 2010. Pada masa itu, tujuh orang daripada sepuluh orang rakyat Malaysia adalah Islam.
Apabila mencapai tahun 2040 hingga 2050, individu seperti Koon Yew Yin atau Lee Kim Yew sudah tidak ada lagi. Tetapi mereka mungkin meninggalkan sikap dan pemikiran yang sama kepada generasi akan datang.
Isu-isu perkauman yang sedang berlaku ketika ini akan lenyap dan hilang begitu sahaja kerana kekuatan politik dan ekonomi etnik Cina Malaysia akan terhakis sedikit demi sedikit disebabkan bilangan yang semakin mengecil. Ketika itu dominasi etnik Melayu akan terserlah dan menjadi lebih dominan dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Malaysia.
No comments:
Post a Comment