1.0
Pengenalan
Pada mula muncul sejarah munculnya olahraga bola sepak
masih mengundang perdebatan. Beberapa dokumen menjelaskan bahawa bola sepak
lahir dari Romawi, sebahagian lagi menjelaskan dari Tiongkok. FIFA sebagai
badan bola sepak dunia secara rasmi menyatakan bahawa bola sepak lahir dari
daratan China iaitu berasal dari permainan masyarakat Cina abad ke-2 sehingga abad
ke-3 SM. Olahraga ini dikenali sebagai “tsu chu”.
Tsu membawa maksud menyepak bola dengan kaki manakala Chu
bola dari kulit danada isinya. Permainan bola saat itu menggunakan bola yang
diperbuat daripada kulit binatang dengan peraturan menendang, mengiring dan
memasukkan ke sebuah jaring yang dibentangkan diantara dua tiang.
Versi sejarah kuno tetang bola sepak yang lain berasal
dari negeri Jepun sejak abad ke-8. Masyarakat disana telah mengenal permainan
bola. Masyarakat disana memanggilnya “kemari”. Bola yang digunakan adalah kulit
kijang namun ditengahnya mempunyai lubang dan berisi udara.
Menurut Bill Murray, salah seorang sejarawan bola sepak,
dalam bukunya The World Games: A History
of Soccer, permainan bola sepak telah dikenali sejak awal masihi. Pada saat itu, masyarakat Mesir Kuno
sudah mahir dalam teknik membawa dan menendang bola yang diperbuat dari buatan
kain linen.
Pada tahun 1863, organisasi bola sepak Inggeris telah
ditubuhkan yang digelar Football
Association (FA). Badan ini yang mengeluarkan peraturan permainan bola
sepak sehingga bola sepak menjadi lebih teratur, berorganisasi dan menarik
perhatian penonton.
Selanjutnya tahun 1886, terbentuk lagi badan yang
mengeluarkan peraturan bola sepak moden sedunia iaitu International Football Association Board (IFAB). IFAB dibentuk oleh
FA Inggeris dengan Scottish Football
Association, Football Association of Wales dan Irish Football Association di Manchester, Inggeris.
Sejarah bola sepak semakin teruji hingga saat ini IFAB
merupakan badan yang mengeluarkan pelbagai peraturan dalam permainan bola sepak
baik tentang teknik permainan, syarat dan tugas pengadil. Bahkan sampai
perpindahan pemain ke kelab bola sepak yang lain.
Presiden FIFA, Sepp
Blatter dalam laman twitternya telah mengeluarkan kenyataan, “After last night’s
match #GLT is no longer an alternative but a necessity”.
Adakah penggunaan
teknologi garisan gol bakal digunakan pada semua perlawana bola sepak tahun
depan. Kita tunggu dan lihat.Isu ini timbul semula susulan bola yang
diselamatkan oleh John Terry telah berada di dalam gawang gol semasa perlawanan
England menentang Ukraine. Walaupun UEFA memperkenalkan sistem pengadilan yang
baru, masih dalam percubaan, dengan meletakkan dua pengadil di tepi pintu gol,
masih lagi terdapat keputusan yang meragukan.Presiden UEFA, Michel Platini
masih lagi suka menggunakan sistem dua pengadil tambahan di atas padang
berbanding menggunakan teknologi dalam permainan bola sepak.
Begitu juga dengan bekas
pengadil, yang kini menjadi pengarah bahagian pengadil FIFA, Pierluigi Collina,
dia juga tidak suka atau menolak menggunakan teknologi dalam permainan bola
sepak. Menurut statistik UEFA, terdapat 302 keputusan pengadil yang sangat
meragukan dalam 24 perlawanan setakat ini. 289 daripadanya keputusan pengadil
adalah tepat. Hanya 13 sahaja yang kurang tepat. Ianya memberikan jumlah 96
peratus keputusan pengadil adalah tepat.
Di samping itu, kontroversi gol Frank Lampard ke gawang
Jerman yang tidak disahkan pada Piala Dunia 2010 melatarbelakangi lahirnya bola
pintar yang dinamakan CTRUS. Berulangkali Persekutuan Bola Sepak Dunia atau
FIFA mendedahkan keinginannya untuk meminimakan kontroversi dari keputusan pengadil
di lapangan seperti yang terjadi pada gol Lampard. Walaupun FIFA juga mengakui
kontroversi pengadil merupakan hal yang berperikemanusiaan kerana segala
keterbatasan dari manusia.
Mikrocip yang berukuran hanya sebesar kurang dari
setengah inci (15 milimeter) akan ditanam di dalam bola yang kemudian akan
memancarkan isyarat radio ketika bola melampaui garisan gawang. Isyarat
tersebut akan ditangkap 12 antena yang ditempatkan di sudut-sudut lapangan yang
kemudian dihantar kembali ke penangkap isyarat yang ada di tangan pengadil
dalam masa kurang daripada satu saat. Pengadil hanya menggunakan teknologi ini sebaik
sahaja dia meragui kehadiran gol. Apabila bola melewati garis gawang, petunjuk
di tangan pengadil akan menunjukkan kata "Gol!" yang mengesahkan bola
telah memasuki gawang.
Namun beberapa pemain bola sepak menolak teknologi
seperti itu dilibatkan dalam bola sepak kerana dikhuatiri boleh merosakkan
keindahan dan sifat alaminya. Namun FIFA merancang akan menggunakan revolusi
teknologi terbaru ini di beberapa kejohanan, sekali gus sebagai bola masa
depan.
Teknologi dalam bola sepak telah berkembang dari hari ke
hari. Dengan perkembangan teknologi ini, sukan bola sepak telah menjadi sukan kegemaran
nombor satu di dunia. Pelbagai kajian dilakukan untuk menaiktaraf teknologi
bola sepak kepada yang lebih tinggi sesuai dengan bakat pemain pemain bola
sepak professional dunia. Perkembangan teknologi ini dapat dilihat dari
pelbagai aspek.
Penggunaan video -- Penggunaan video telah dicadangkan oleh banyak pihak. Banyak insiden yang
dilihat semasa ulang tayang tidak sama dengan keputusan pengadil.
Jersi dan kasut -- Jersi dan kasut pemain juga telah melalui evolusi seiring dengan
perkembangan teknologi zaman sekarang. Kasut yang dahulunya diperbuat daripada
campuran kulit kini telah berubah dengan pelbagai jenis bahan digunakan untuk
menjadikan kasut lebih ringan dan sepadan dengan kaki pemain. Begitu juga
dengan jersi pemain. Ada jersi yang direka agar dapat membuatkan pemain merasa
sejuk dan menyerap peluh dengan cepat serta mengurangkan rintangan angin semasa
berlari.
Bola -- Bola di era bola sepak moden kini sangat mudah dikawal. Setiap pemain mampu
membuat hantaran dengan cantik dan tepat. Bola zaman sekarang juga bukan hanya
diperbuat daripada jalinan kulit sintetik tetapi diperbuat daripada bahan yang
lebih tahan dan ringan.
Padang -- Mutu padang juga telah meningkat. Rumput padang dari jenis rumput yang
terbaik dan memerlukan penjagaan yang khusus. Saliran air diperbaiki agar air
tidak bertakung di atas padang. Jika air bertakung ianya akan mengganggu
pergerakan bola.
1.1 Objektif kajian
1. Mengetahui perkembangan teknologi yang berlaku dalam
dunia bola sepak.
2. Meningkatkan kesedaran pemain terhadap teknologi bola
sepak.
3. Mencadangkan teknologi bola sepak yang sesuai di
Malaysia.
2.0 Analisis dan dapatan kajian
Berdasarkan
objektif kajian, soal selidik yang telah disediakan kepada 30 orang responden. Dapatan
kajian adalah seperti dalam gambarajah.
Rajah 1 menunjukkan bilangan responden yang mengatakan
sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju bahawa
jenis kasut bola mempengaruhi kualiti
permainan pemain bola sepak . Hampir separuh responden menyatakan permainan
bola sepak dipengaruhi oleh jenis kasut bola yang dipakai.
Rajah 2 menunjukkan
bilangan responden yang mengatakan sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak
pasti, setuju dan sangat setuju bahawapenciptaan teknologi garisan gol mampu
mengelakkan kesilapan dalam permainan. Majoriti responden berpandangan
kesilapan dalam permainan bola sepak boleh dielakkan melalui penciptaan
teknologi garisan gol. Manakala dalam Rajah 3
menunjukkan bilangan responden yang mengatakan sangat tidak setuju, tidak
setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju bahawa bola sepak zaman sekarang
lebih ringan. Hampir semua responden mengakui berat bola sepak pada hari ini
lebih ringan berbanding dahulu.
Rajah 4 menunjukkan bilangan responden yang mengatakan sangat
tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju bahawa penjaga
garisan membantu pengadil membuat keputusan yang tepat. Kepentingan penjaga
garisan diambil kira dalam permainan bola sepak dan majoriti responden mengakui
bahawa penjaga garisan berperanan dalam memastikan bola sepak sentiasa
diminati.
Rajah 5 menunjukkan bilangan responden yang mengatakan
sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju bahawa
rawatan di Malaysia sama taraf dengan rawatan di Eropah. Sebahagian besar iaitu
26 responden tidak dapat menerima persamaan rawatan di antara Malaysia dan
Eropah.
Rajah 6 menunjukkan bilangan responden yang mengatakan
sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju bahawa
peralatan bola sepak di luar negaara lebih canggih berbanding Malaysia. Majoriti
responden bersetuju bahawa peralatan bola sepak di luar negara lebih canggih.
Rajah 7 pula menunjukkan bilangan responden yang
mengatakan sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat
setuju bahawa jersi campuran plastik mampu menambah kelajuan pemain ketika
berlari. Responden yang mengatakan sangat tidak setuju seorang, tidak setuju 4
orang, tidak pasti 11 orang, setuju 7 orang dan sangat setuju ialah seramai 7
orang.
Rajah 8
menunjukkan bilangan responden yang mengatakan sangat tidak setuju, tidak
setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju bahawa latihan bola sepak di
Malaysia lebih komprehensif daripada luar negara. Dapatan ini memperlihat
betapa latihan bola sepak di Malaysia perlu ditingkatkan.
Rajah 9 menunjukkan bilangan responden yang mengatakan
sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju bahawa
padang stadium di Malaysia memenuhi kriteria sebagai tuan rumah Piala Dunia. Responden
masih menaruh kepercayaan bahawa Malaysia mampu menjadi tuan rumah dalam
kejohanan Piala Dunia pada masa hadapan.
Rajah 10 menunjukkan bilangan responden yang mengatakan
sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju bahawa
penciptaan bola berteknologi tinggi perlu digunakan di Malaysia. Responden yang
mengatakan sangat tidak setuju ialah seramai 2 orang, tidak setuju seorang,
tidak pasti 3 orang, setuju 15 orang dan sangat setuju ialah seramai 9 orang.
3.0 Kesimpulan
Setelah meneliti dan menganalisis maklumat yang telah
dikumpul,kami telah mendapati bahawa teknologi bola sepak di Malaysia masih
tidak dapat menandingi teknologi bola sepak Eropah. Walaubagaimanapun, kita
janganlah memandang teknologi bola sepak Malaysia sebagai sesuatu yang tidak
harus diberi perhatian kerana ia adalah sebaliknya. Teknologi bola sepak yang
maju di sesebuah negara mampu menyumbang kepada peningkatan dari sektor
ekonomi,pelancongan dan boleh menaikkan imej negara untuk berdiri sama tinggi
dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain di seluruh dunia yang memiliki
teknologi bola sepak moden.
Oleh itu, sebagai individu yang tidak mahu kemunduran
berlaku di negara sendiri, kami mencadangkan agar pihak-pihak yang terlibat
dalam kemajuan teknologi bola sepak Malaysia bersatupadu dan menggembleng
tenaga untuk memajukan teknologi bola sepak di Malaysia. Dengan ini, banyak
kajian dan penyelidikan perlu dilakukan dengan membandingkan teknologi bola
sepak tempatan dengan negara asing. Selain itu, jurutera dan saintis yang
bertanggungjawab perlu berfikir dengan lebih kreatif dan kritis serta inovatif
tentang cara untuk memajukan teknologi bola sepak di Malaysia.
Rujukan
Diana Star ,Helmer and Tom Owens. (2000). The History of Soccer .The Rosen
Publishing
Group.
Joseph A. Luxbacher.(n.d). Teknologi Sepak Bola. RajaGrafindo
Persada (Rajawali
Perss)
Majalah Wisel edisi Mac 2011
http://www.goal.com/newfootballtechnology
No comments:
Post a Comment