Setengah
jam sebelum iftar petang semalam, saya menerima mesej bergambar yang berbunyi, “dukacita
diberitahu bahawa siak surau …., encik … telah kembali ke rahmatullah sebentar
tadi ketika sedang sujud soat zohor …” Ayatnya masih panjang tetapi saya
hentikan setakat itu. Nama arwah dan surau tersebut saya tidak nyatakan di
sini.
Gambar
yang saya terima sangat jelas menunjukkan arwah sedang sujud dan jemaah yang
menyedari kematian tersebut sedang berhati-hati memaut tangannya untuk diangkat.
Mereka mengangkat tangannya, memisahkan dahi dan kepalanya dari tempat sujud
dan meletakkkan jenazahnya dalam keadaan berbaring. Dua orang ahli jemaah memangku kepalanya dan
seorang lagi dilihat memeriksa denyut nadi pada tangan.
Arwah
disemadikan selepas solat asar.
Saat-saat
kematian begini amat jarang kita lihat lebih-lebih lagi ketika ini banyak kes
tembakan yang menyebabkan kematian. Ada yang mati ditembak dan jasadnya
dihumban ke dalam longkang, dibiarkan di tepi jalan dan ada juga yang dibakar.
Bagaimana
bentuk kematian yang kita inginkan?
Persoalan
ini sangat merisaukan kerana kita tidak tahu bagaimana keadaan kematian kita
kelak. Kita juga tidak tahu atas sebab apa dan di mana kita akan mati. Hari ini
sahaja enam orang pegawai agama meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya,
suatu jumlah yang besar bagi jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal
ehwal agama Islam.
Persediaan
sebelum mati amat penting kerana pengakhiran mati ini menjadi pemisah kepada
amalan yang bakal dihitung di akhirat. Pulang bertemu dengan Allah swt dalam “husnul
khatimah” adalah yang ingin kita cari.
Tiga
jam selepas itu, sekali lagi mesej diterima yang berbunyi, “Emak mertua encik …
baru meninggal dunia selepas maghrib tadi di hospital … Jenazah akan terus
dibawa ke … untuk urusan pengkebumian besok.”
Ya
Allah, tempatkanlah mereka yang pergi menemui-Mu ini dalam kalangan orang-orang
yang soleh. Amin.
No comments:
Post a Comment