Pembaharuan untuk kejayaan |
oleh Karim Raslan
Adakah parti politik mampu berubah? Soalan ini pasti bermain di benak
pemikiran rakyat Malaysia yang kini sibuk mempertimbangkan parti mana akan
dipangkah dalam pilihan raya umum nanti.
Pada pendapat saya: ya, parti politik mampu berubah. Namun kadangkala, mereka
perlu ditewaskan terlebih dahulu sebelum pembaharuan berlaku.
Lihat sahaja Parti Kongres di India yang telah kembali dengan kemenangan besar pada pilihan raya nasional tahun 2004 setelah dikalahkan Parti Bharatiya Janata (BJP) pada 1996. Walaupun nasib mereka tidak menentu dalam pilihan raya depan, pucuk pimpinannya berjaya memodenkan Parti Kongres yang merupakan antara parti politik tertua masih beroperasi di dunia untuk kekal relevan di India.
Satu lagi contoh terbaru ialah Parti Demokrat Liberal (LDP) di Jepun. Ramai penganalisis meramalkan kehancuran mutlak pemimpinnya Shinzo Abe dan parti LDP setelah mereka tewas pada 2009, namun mereka kembali di tampuk kuasa, berusaha keras untuk membina semula ekonomi dan dasar pertahanan Jepun mengikut cita rasa mereka.
Namun, contoh paling menarik di mana parti pemerintah berjaya melonjak naik setelah kehilangan kuasa adalah di Mexico. Akhir 2012, Enrique Pena Nieto yang berusia 46 tahun dipilih sebagai Presiden Mexico yang baru. Beliau pemimpin Parti Revolusi Berinstitusi (PRI) yang telah memerintah Mexico selama 71 tahun, sebelum dominasi kuasa ini dipecahkan Parti Tindakan Nasional (PAN) apabila Vicente Fox menang tahun 2000.
PRI mengekalkan kuasa mereka selama 7 dekad dengan rasuah, salah guna kuasa dan penipuan: dan seperti kata Pemenang Anugerah Nobe dari Peru, Mario Vargas Llosa, rejim PRI adalah ‘diktator sempurna.’
Sememangnya, PRI pintar ambil peluang tanpa mengira ideologi walaupun ramai ahlinya berhaluan kiri. Pertalian rapat dan saling memerlukan di antara PRI dan kesatuan-kesatuan pekerja bantu PRI untuk kekal berkuasa.
Bukan itu sahaja, era pemerintahan PRI juga banyak melahirkan ramai taikun dan tokoh korporat, seperti manusia terkaya di dunia kini iaitu Carlos Slim melalui proses penswastaan seperti yang melibatkan syarikat operator telefon Mexico, Telmex pada tahun 1990. Telekomunikasi merupakan penjana utama kekayaan Slim yang kini dijangka bernilai lebih dari USD 73 billion.
Namun, kos telekomunikasi di Mexico kekal yang tertinggi di dunia, dengan syarikat-syarikat Slim, Telmex dan America Movil masing-masing menguasai 80 dan 70 peratus pasaran talian tetap dan mudah alih. Selain itu, taikun media, Emilio Azcarraga Vidaurreta menguasai 60 peratus dari siaran komersial televisyen di Mexico melalui syarikatnya Televisa Media Company.

Justeru, rakyat Mexico menyambut kemenangan Pena Nieto dengan kekhuatiran:
mungkinkah mereka akan kembali ke era sinonim dengan penyelewengan?
Namun, Presiden muda itu pantas memberi kejutan. Antara usaha pertama
beliau adalah mengajak parti-parti politik di Mexico untuk menandatangani ‘Pact
for Mexico’, dokumen yang menjanjikan pembaharuan menyeluruh, termasuk
memudahkan pemecatan guru yang tidak memberangsangkan, memperkenalkan cukai
atas makanan dan ubatan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan serta ketelusan
pengendalian hal-hal kewangan kerajaan tempatan.
Beliau juga umum pelan untuk memecahkan monopoli Slim dan Azcarraga, dengan hadkan syarikat telekomunikasi kepada hanya 50 peratus jumlah pasaran serta membina dua lagi stesen televisyen di mana Televisa tidak dibenarkan membida.
Menyedari semangat dan sikap objektif presiden itu, ramai pemimpin berpengaruh, termasuk ketua kesatuan pekerja Pemex, Carlos Romero Deschamps (juga pernah dituduh menyeleweng) dan juga Carlos Slim sendiri menyokong reformasi Pena Nieto.
Memang benar, kejayaan reformasi ini masih di tahap awal. Namun, tidak mustahil bagi Mexico mencapai potensi mereka di bawah pimpinan Pena Nieto.
Kesimpulannya, parti politik boleh berubah dan kerap sekali pengalaman pahit berada di bangku pembangkang yang mencetus perubahan positif ini. Terpulanglah kepada teman-teman di sini memikirkannya.

(Sinar Harian, 2
April 2013)
No comments:
Post a Comment