Jumaat hari ini merupakan minggu ketiga bagi semua premis pernigaan di Brunei menghentikan seketika aktiviti perniagaan masing-masing dari pukul 12 tengah hari hingga 2 petang. Maksud menghentikan aktiviti perniagaan ialah menutup premis dan tidak ada urusan jual beli bagi membolehkan pekerja yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat.
Pelaksanaan peraturan ini merangkumi semua jenis perniagaan sama ada yang diusahakan oleh peniaga Islam mahupun bukan Islam.
Di Brunei, sektor awam di negara itu memilih cuti pada hari Jumaat dan Ahad manakala sektor swasta pada hari Sabtu dan Ahad. Namun terdapat agensi kerajaan yang mengikut cuti sektor swasta kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja mengikut syif atau ada urusan melibatkan urusan dengan negara-negara luar.
Peringkat awal pelaksanaan peraturan ini mendapatkan reaksi yang berbelah bahagi iaitu ada yang menyokong dan ada yang masih keliru. Di kawasan yang agak jauh dari bandar, masih terdapat peniaga yang menjalakan aktiviti perniagaan namun kebijaksanaan agensi penguatkuasa memberikan penjelasan telah membantu pelaksanaan peraturan ini dengan sempurna. Di samping itu, maklumat yang disampaikan melalui media seperti Borneo Bulletin, Brunei Times dan Media Permata mempercepatkan proses penerimaan oleh masyarakat perniagaan.
Contohnya dalam minggu pertama, peniaga yang bersetuju berpendapat peraturan ini mengukuhkan dan memperkuatkan pelaksanaan kewajipan solat Jumaat dalam kalangan pekerja Islam di sektor swasta kerana mereka tidak boleh dikenakan tindakan pemotongan gaji atau penalti lain kerana pergi menunaikan solat Jumaat. Majikan juga tidak boleh membawa kes ini ke hadapan kerana ia merupakan arahan yang digazetkan oleh kerajaan dan mesti dihormati.
Peniaga yang terlibat dalam operasi penghantaran stok barangan mungkin sedikit terjejas kerana perlu menunggu untuk memunggah barang. Pelanggan juga perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan perkhidmatan.
Satu-satunya kesukaran besar yang dihadapi oleh pengguna khasnya pelancong ialah sukar mencari gerai makanan. Bertolak dari lapangan terbang hingga ke Bandar Seri Begawan, pelancong perlu menunggu gerai dibuka untuk mendapatkan makanan jika tiba di Brunei pada waktu tengah hari Jumaat.
Secara umum, arahan penutupan premis perniagaan dari 12 tengah hari hingga 2 petang pada hari Jumaat memberi implikasi yang sangat baik kepada penghayatan amalan agama Islam khususnya menunaikan solat Jumaat bagi pekerja lelaki Islam. Ia juga menggalakkan masyarakat lain untuk memahami Islam dan menghormati gesaan Allah SWT melalui firman,
Wahai orang-orang
yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan
sembahyang pada
hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk
mengingati Allah
(dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah
berjual-beli (pada
saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui (hakikat
yang sebenarnya), Kemudian setelah selesai sembahyang,
maka bertebaranlah kamu
di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing),
dan carilah apa yang
kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah
banyak-banyak
(dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di
akhirat). Dan
apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan
(yang baharu tiba)
atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi)
kepadanya dengan
meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah).
Katakanlah (wahai
Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik
dari
hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
Rebutlah peluang untuk menjadi RAKAN USAHAWAN KOLAGEN LAUT ASLI. Produk semulajadi yang telah terbukti memberikan kesan terbaik untuk kecantikan & kesihatan. Kos anda untuk memulakan perniagaan ini hanya sekitar RM5 bagi setiap pek. 3 Pelan
ReplyDeletemudah disediakan sebagai RAKAN USAHAWAN seperti berikut:
1) Pakej Starter
- 25 Pek (Kuning 15 pek & Ungu 10 ) = RM130
2) Pakej Flexi - 50 Pek (Kuning 30 pek & Ungu 20 pek) = RM250
3) Pakej Mega - 100 Pek (Kuning 60 pek & Ungu 40 pek) = RM500
*semua termasuk kos pos, risalah, template kad id & iklan
*lebih penjimatan pada pembelian seterusnya
Harga pasaran bagi Kolagen Kuning adalah RM20-25 & Ungu adalah RM30-35. Bayangkan pendapatan anda yang mencecah 5 KALI GANDA daripada modal yang anda keluarkan untuk memulakan perniagaan ini! Jangan tunggu lagi. Jadilah antara usahawan yang terawal menyertai kami. Hubungi 6 013-5409613 untuk sebarang pertanyaan.