Pelancaran bulan bahasa kebangsaan tahun ini mencatat
sejarah kerana buat kali pertama tokoh bahasa dari luar negara diangkat sebagai
penerima anugerah. Profesor Wu Zongyu, Pengarah Pusat Pengajian Melayu di
Universiti Pengajian Bahasa Asing Beijing (BFSU) China.
Dalam respon beliau ke atas penganugerahan
tesebut, Profesor Wu berkata, minat masyarakat antarabangsa mempelajari bahasa
Melayu antara lain disebabkab faktor ekonomi dan keupayaan bahasa itu untuk
berkembang di Asia.
Dari sisi lain, pengiktirafan ke atas tokoh asing yang berjuang bagi memperkenalkan bahasa Melayu adalah tanda jelas bahawa masyarakat antarabangsa mulai melihat kepentingan bahasa ini dalam pelbagai bidang.

Selain tokoh dari China, tedapat ramai lagi
pengkaji bahasa Melayu yang berusaha keras menubuhkan pusat pengajian Melayu di
Eropah. Mereka ini boleh difikirkan sebagai penerima anugerah pada masa depan.
Keghairahan orang luar mengiktiraf kepentingan
bahasa Melayu sepatutnya membuka mata rakyat Malaysia untuk melihat bahasa mereka
sendiri. Baru-baru ini seorang pelajar perempuan dari Jepun mengunjungi
perpustakaan sebuah universiti di Kuala Lumpur.
Kaunter hadapan perpustakaan ini dijaga dua orang petugas menyambut kehadirannya. Pelajar tersebut menunjukkan surat sebagai makluman tujuan dia datang ke situ. Barang kali surat ini dalam bahasa Inggeris. Salah seorang petugas membelek-belek surat berkenaan sambil berkata sesuatu dalam bahasa Melayu, mungkin menerangkan sesuatu kepada rakannya. Lalu dia bertanya pelajar Jepun dalam bahasa Inggeris tetapi pelajar tadi menjawab dalam bahasa Melayu. Terperanjat besar kedua-dua petugas ini sambil berkata, ‘Nasib baik aku tak cakap yang bukan-bukan tadi.’

Bahasa Melayu bukan sahaja diminati oleh
masyarakat Cina malah Jepun dan Korea kerana bahasa ini memiliki kekuatan dalam
ekonomi dan politik. Majunya Malaysia dan Indonesia akan memberi faedah kepada
penutur bahasa Melayu kerana mereka boleh berkomunikasi dengan lebih 280 juta
orang di Asia Tenggara.
Secara logiknya bahasa Melayu akan terus hidup dan berkembang pesat. Keadaan ini amat berbeza dengan dua pertubuhan kerajaan yang cuba menghasut masyarakat untuk kembali melaksanakan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Tindakan mereka ini amat bertentangan dengan aspirasi rakyat Malaysia yang mahukan bahasa Melayu dimartabatkan.

No comments:
Post a Comment