Membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Bagi kebanyakan kes, perempuan yang dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban di atas perbuatan tersebut.
Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat. Tidak sekadar berlaku di Malaysia malah di merata tempat. Di Brunei, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menyebabkan kematian seorang bayi dengan meletakkannya di dalam karung sampah yang mengakibatkan bayi berkenaan mati kelemasan. Di Indonesia, seorang penduduk Bekasi melihat benda berwarna kuning disyaki bayi terapung-apung di tepi sungai. Di China pula seorang bapa membuang anaknya yang berusia setahun ke dalam sungai kerana menyangka anaknya itu mati setelah tidak sedarkan diri kerana sakit perut. Manakala di Amerika Syarikat, seorang remaja perempuan berumur 19 tahun, Krystal Johnson dituduh membunuh setelah membuang bayinya ke kawasan yang kotor.
Di Malaysia, gejala ini terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik. Umpamanya pada tahun 1999, sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001, ia meningkat kepada 97 kes. Peningkatan bilangan kes ini memerlukan langkah-langkah penyelesaian dari akar umbi punca tersebut.
Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?
Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.
Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.
Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentu kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut.
Pembuangan bayi melibatkan banyak faktor. Kita tidak boleh membuat tuduhan atau menuding jari kepada satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah, sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek. Kajian yang dilakukan oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah” memberi pendedahan betapa punca sebenar terletak pada keluarga yang bermasalah. Pengaruh rumah tangga memberi kesan ke atas pembentukan personaliti anak-anak khususnya apabila mereka meningkat remaja. Konflik dalam keluarga menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup dan pada masa yang sama memenuhi keperluan kewangan, hiburan dan perkembangan emosi mereka. Tanpa pengawasan, anak-anak menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencana kehidupan mengikut kehendak hati.
Masalah akan membiakkan masalah jika tidak disekat. Pembuangan bayi adalah satu masalah yang wujud sebagai impak kepada masalah lain yang wujud lebih awal. Pergaulan bebas, pengaruh dadah, capaian yang mudah terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan adalah antara punca yang sering kali diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi.
Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosiolisasi yang menunjuk ajar bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga, sekolah, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman kerja, media massa dan kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi. Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik atau buruk, betul atau salah.
Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik daripada merebak dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.
Kemodenan menyebabkan perubahan yang sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi dan bantu-membantu semakin luntur di dalam masyarakat moden. Gotong-royong umpamanya, tidak lagi kedapatan secara meluas di bandar-bandar sebaliknya digantikan dengan perkhidmatan berbayar. Peredaran masa menyebabkan nilai-nilai tersebut merosot dengan teruknya dan digantikan dengan nilai kontemporari yang disesuaikan dengan kehidupan moden. Sistem pendidikan adalah elemen yang sangat mustahak untuk mengukuhkan nilai-nilai yang dikehendaki bagi menggantikan nilai-nilai yang tidak menyumbang kepada kemajuan.
Justeru, dalam kes pembuangan bayi, negara-negara Barat mengambil pendekatan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Jerman adalah di antara negara yang berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman memperkenalkan “Baby’s Craddle” untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran uatama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di “Baby’s Craddle” akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan fizikalnya.
Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkan di tempat-tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta, agensi anak angkat dan gereja. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi tersebut tidak perlu memberi butir terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak tersebut boleh diberi kepada keluarga angkat.
Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang boleh membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai. Dalam kebanyakan kes, mayat bayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan. Melalui undang-undang “Safe Haven” yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan untuk meningggalkan bayi mereka tanpa dikenakan tuduhan jenayah. Pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai nyawa dan kehidupan tanpa mengira siapa dan di mana. Kesedaran masyarakat terhadap undang-undang “Safe Haven” ini turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari keperluan memberi bantuan dan sokongan kepada remaja yang terlibat. Salah satu daripadanya ialah www.robynsnest.com/.
Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat, hasil akhir yang dijangka ialah bayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat. Masyarakat Malaysia menentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana dikhuatiri menggalakkan pembuangan bayi secara berleluasa. Namun apakah kita mahu melihat adanya kes buang bayi di dalam longkang, pagar masjid atau di hadapan rumah kita?
Penyelesaian yang terbaik ialah menutup punca kepada masalah ini. Pendidikan yang menekankan kesucian hubungan lelaki dan perempuan perlu didedahkan sejak kecil di samping pencegahan daripada institusi agama dan budaya masyarakat. Penguatkuasaan sepatutnya diguna pakai untuk menjadi pengajaran kepada ahli masyarakat tetapi peningkatan kes buang bayi dari setahun ke setahun menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan hukuman sedia ada ini?
Selagi pergaulan bebas terus subur dengan bilangan penduduk khusus remaja sosial bertambah didalam sistem pemerintahan yang menolak hukum Allah masalah ini tidak akan selesai.Luasnya pendedahan komponan lucah disemua sudut yang berleluasa menarik perhatian serta merangsang nafsu manusia.Termasuk pakaian seksi menjolok mata yang pastinya tidak ada penguatkuasaan.Apa lagi diumur remaja yang berfikiran singkat...disamping itulah tanda akhir zaman.
ReplyDeletekes pembuangan bayi semakin meningkat di negara kita.Setiap hari ade shj tentang kes pembuangan bayi.Mereka ni macam x de perasaan.suke2 hati jew buang bayi mcm smpah.buang kat tempat2 yg KOTOR pulak 2.Cuba buang diri diorang 2 kat tmpat mcm 2.nk kate x de akal,rase2 nye x mungkin.Selalunya masalah ini berpunca drpd NAFSU.Lg2 remaja,diorang suka m'cuba benda yg BARU..So,pkir lh psal ibu bapa,maruah keluarga,DIRI SENDIRI n terutamanya ALLAH sbelum buat DOSA BESAR cam2.Mngkin kat DUNIA ney lepas,tp kat AKHIRAT..???,
ReplyDeleteaduiii ..
ReplyDeletetidak ku ingin mghakimi mereka yg mlku kn prbuatan ini ..
apa yg ku ingin kn agar kita2 beringat2 bhwa stiap yg lahir & yg wujud ingn khidupn yg dsprna ..
jgn la kita mghukum khadiran mrka wlu bkn e2 yg kita pinta ..
thanks krna singgah wlau sbntar d page ini ..
kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi...begitu tidak berperikemanusiaan ibu bapa yang melakukan pembuangan bayi.tidak bertanggungjawb!kemanakah letaknya perikemanusiaan anda?sanggupkah anda terus dilanda rasa bersalah seumur hidup?kenapa anda mementingkan diri sendiri...????kenapa???
ReplyDeleteibubapa seharusnya sentiasa mengambil tahu kemana anak remaja mereka pergi,terutamanya perempuan.tapi tak 100% ibubapa yang harus dipersalahkan anak-anak juga perlu menjaga maruah diri dan nama baik keluarga.apa lagi zaman sekarang yang supercanggih.remaja perlu berfikir dengan lebih waras sebelum melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri,ingat TUHAN.saya bukan mahu mengadili permainan dunia cuma mahu membela hak yang tidak terbela dan insan yang tidak berdosa iaitu insan yang baru ingin melihat dunia .Malangnya anda yang tidak bertanggungjawab memusnahkan impian dan harapan insan ini.
Masalah ini semakin menjadi2. Sesuatu MESTI dilakukan bagi mengatasinya kerana mencegah lebih baik drpd merawat.
ReplyDeleteArtikel yg bagus. T/kasih utk Tuan Blog ini. :-)
p.s: ada tak terjemahan artikel ini ke dalam bahasa arab??
yes..banyak penyumbang kepada kes ni..terlalu banyak,sekarang ni kat malaysia dah terlalu bebas dari segi pergaulan..tak kira apabangsa,berapa umur,lagipun sekarang ni budak2 yg bawah15 thun pun reti nak buat seks..sekarang ni budak 2 dh reti nk guna internet lg mempermudah kan mereka utk tonton dan tiru aksi seks yg ada kt internet..salah siapa? kerajaan..ibu bapa..sekolah..guru2..tak ada yang dapat jawab..sekarang ni yg kuat agama,yg tak kuat agama pun sama..2 kali 5 kalau dah berdua duan..sampai terkeluar aksi lucah kt mana mana laman web..malu la sikit ..dh lah pakai baju kurung..siap bertudung..lepas tu kat berita keluar kes buang bayi..kena tangkap basah..apelah!..LEPAS TU..baru baru ni pusat untuk menempat kan bayi yang dibuang pula di tubuh kan,mana tak lagi suka orang buat kerja tu,lepas tu mengandung,lahir anak pas tu buang,kerajaan gumpul..apalah !! pusat tu la yang no2 penyumbang kepada kes buang bayi ni..
ReplyDeletesedih bila dengar dan tengok kes pembuangan bayi makin menjadi-jadi,ya Tuhan..tak kan sedikit pun tiada rasa bersalah?tak kesian ke tengok bayi yg tak berdosa dan tak minta pun lahir di dunia tanpa kerelaan ibu yg tidak ada hati perut?dahlah buang kat tempat yg kotor dan jijik,tak ada rasa ke mcm kalau diri sendiri kt tmpt yg bahaya dan menjijikkan?entah2 tak sampai sesaat rasa nak blah je dr situ kan??Tuhan dah bagi keistimewaan kpd kita utk bijak menggunakan otak,kenapa langsung tak fikir dulu sebelum buat?tak kira lah apa sekalipun faktor melakukan seks luar nikah,sendiri mau ingat lah kan??hargailah nyawa yg tuhan anugerahkan...
ReplyDeletemarcapada, kerajaan ingin memulakan 'sex education' kepada remaja dan juga kanak-kanak. Saya membantah oleh kerana remaja dan kanak-kanak tidak perlu mengetahui perkara-perkara ini pada usia yang awal. Dengan pengajaran ini akan menimbulkan perasaan ingin mengetahui dalam kalangan pelajar dan kanak2.Ini akan menyebabkan mereka melayari internet atau menggunakan media massa untuk mendalami pengetahuan mereka dalam perkara yang boleh membawa kepada maksiat.
ReplyDeleteOleh kerana ini, kerajaan hendaklah mengakaji sebelum malaksanakannya.
perkara ini akan membawa kepada peningkatan kes pembuangan bayi.
semua pihak haruslah bekerjasama untuk membanteras pembuangan bayi dengan menerapkan nilai moral dan mendidk anak-anak dengan ajaran agama serta menjaga pergaulan anak-anak.Remaja juga seharusnya tidak menuruti kehendak hati dan perasaan ingin mencuba benda yang baru terutama sekali perbuatan melakukan 'SEKS'.
ReplyDeletejadikan cerita hitam orang lain sebagai panduan hidup kita menjalani hidup dengan lebih baik. baik buruknya, semua kepada diri kita sendiri...
ReplyDeletebanyak kesalahan unsur lewah dalam karangan anda.kata pemeri tidak boleh bertemu dengan kata kerja.kata sendi nama tidak boleh berada di hadapan ayat.
ReplyDeleteSaya ingin sekali membaca tulisan anda yang hebat itu. Sila e-melkan supaya saya dapat belajar ayat pemeri, kata kerja, kata sendi dan apa sahaja. Sila e-melkan dengan segera: zahirhomp@yahoo.com.
ReplyDeletesemua ni berpunca dari sikap remaja itu sendiri.Ibu bapa tak seharusnya disalahkan seratus peratus.Lagipun ilmu agama yang diajar semasa kecil tidak diamalkan oleh mereka.Mereka hanya mengambil sikap sambil lewa sahaja,tidakkah mereka tahu perbuatan mereka itu mendatangkan masalah kepada negara.
ReplyDeleteMasyarakat perlu sedar akan bahana kes pembuangan bayi.....akibat kerakusan manusia,musibah mungkin akn melanda bukan sahaja kepada pelaku malah seluruh masyarakat....tingkat jihad ke jalan allah dan jauhi perkara yang mungkar...
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan anda yang bernas. Saya menghargai keprihatinan anda dalam isu pembuangan bayi. Untuk makluman, saya adalah pegawai yang memegang portfolio Dasar PKRS dan menangani isu pembuangan bayi. Anda dialu-alukan memberi pendapat mengenai isu pembuangan bayi ke emel saya di clav_en@yahoo.com
ReplyDeleteTerima kasih.
saya ada cadangan tapi tak tahulah kalau kerajaan sanggup buat peruntukkan untuk cadangan saya.internet adalah bagi saya, punca utama berlakunya seks luar nikah dan sbgnya.. kita selalu fikirkan siapa yang harus dipersalahkan apabila budak2 bawah umur menggunna internet berleluasa kan? apa kata kalau sekarang kita membuat sistem baru untuk kanak2 ini mengguna internet. setiap kali seseorang membuka internet, satu page akan timbul dan kad pengenalan harus dimasukkan. dan kalau bawah umur, web web yang tidak sepatutnya akan dihadkan. jadi mereka tidak boley melayari web web lucah atau sosial. ini hanyalah cadangan. perbelanjaan banyak diperlukan untuk memulakan sistem ini. tapi tak salah kalau kita semua campur tangan untuk menangani masalah ini. than you.. :)
ReplyDelete