Tuesday, March 20, 2007

Globalisasi, pembangunan dan kemiskinan

Globalisasi, peningkatan integrasi dalam ekonomi dan masyarakat di seluruh dunia adalah satu proses yang kompleks dan memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan kita. Serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001 adalah salah satu aspek globalisasi. Pembangunan yang pesat dan pengurangan kadar kemiskinan di China, India dan negara-negara lain yang sangat miskin 20 tahun yang lalu juga merupakan contoh kesan globalisasi ini. Perkembangan internet dan komunikasi serta pengangkutan di seluruh dunia juga merupakan impak globalisasi. Merebaknya AIDS adalah sebahagian daripada globalisasi seperti mana pembangunan yang dipacu oleh teknologi yang memanjangkan jangka hayat kehidupan manusia.

Dianggarkan satu per lima daripada penduduk dunia hidup di bawah USD$1.00 sehari dan jumlah ini sangat sukar diterima oleh kita pada hari ini. Sama ada integrasi ekonomi dapat membantu mengurangkan kemiskinan dan bagaimana ia dapat bergerak secara berkesan - inilah yang perlu menjadi pertanyaan kita.

Terdapat juga penemuan yang sentiasa dibahaskan oleh pembuat polisi terhadap globalisasi. Pertama, negara miskin yang dianggarkan mempunyai jumlah penduduk 3 bilion orang telah memasuki pasaran global bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan. Kira-kira 20 tahun yang lalu, kebanyakan eksport dari negara-negara membangun adalah bahan-bahan komoditi, kini didominasi oleh sektor perkilangan dan perkhidmatan. Integrasi yang kelihatan sangat berjaya ini telah membantu mengurangkan kadar kemiskinan. Keadaan ini dapat dilihat di China, India, Bangladesh dan Vietnam. “Pemain global” yang berpengalaman dalam mengurangkan kemiskinan ini pada tahun 1990-an, telah mengakibatkan bilangan orang miskin merosot kepada 120 juta orang. Integrasi tidak akan menjadi kenyataan tanpa reformasi domestik yang luas merangkumi pentadbiran, iklim pelaburan dan perkhidmatan sosial. Malahan ia juga memerlukan tindakan di peringkat antarabangsa bagi menyediakan akses kepada pasaran asing, teknologi dan bantuan.

Kedua ialah limitasi di antara negara yang dapat dilihat di merata tempat. Salah satu gangguan terhadap trend globalisasi sedekad yang lalu ialah negara –negara yang mempunyai jumlah 2 bilion penduduk kemungkinan dipinggirkan dalam ekonomi dunia. Pendapatan di negara-negara berkenaan merudum, kemiskinan meningkat dan mereka yang terlibat dalam aktiviti perdagangan pada hari ini sangat berkurangan seperti mana 20 tahun yang lalu, sebagai contoh ialah Afghanistan dan Republik Demokratik Congo. Dunia cuba membantu mengintegrasi negara-negara ini ke dalam ekonomi dunia dengan lebih cepat dan mudah.

Di negara-negara yang telah berjaya menembusi pasaran perkilangan global, integrasi menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan yang tidak seimbang. Namun begitu, terdapat pihak yang menang dan kalah dalam era globalisasi dan pekerja dalam sektor yang dilindungi akan tewas kepada liberalisasi dan ekonomi yang kompetitif, sebaliknya pengguna dan mereka yang menubuhkan syarikat baru akan menjadi pemenang. Penting untuk mengira risiko yang hilang melalui perlindungan sosial dan ianya sangat bermakna dalam konteks ekonomi hari ini yang mana banyak negara telah mengalaminya.

Ketiga adalah isu yang berkaitan dengan “standardization” atau homogeni. Pendapat umum di negara-negara yang berbeza mendedahkan kebimbangan mengenai integrasi yang menyumbang kepada budaya atau institusi yang sejenis. Lagipun masyarakat yang diintegrasi sepenuhnya dalam perbezaan ekonomi global adalah sangat besar. Di kalangan negara-negara kaya seperti Jepun, Denmark dan Amerika Syarikat, setiap satunya agak berbeza dalam budaya, institusi, polisi sosial dan ketidaksamaan. Di kalangan negara-negara membangun global yang lain seperti China, India, Malaysia dan Mexico, agak ketara kerana mereka mengambil kaedah yang berlainan ke arah integrasi dan kekal berbeza dalam budaya dan institusi. Kepelbagaian mungkin lebih kuat daripada yang ada dan dibayangkan. Bagaimanapun, sesetengah pembangunan dalam perdagangan global dan rejim pelaburan menolak negara-negara dunia ke arah tanda aras yang tidak diingini.

Adalah penting dalam perdagangan global dan persetujuan pelaburan untuk menghormati kebebasan dalam hak milik intelektual, barangan kebudayaan, perlindungan alam sekitar, polisi sosial dan standard buruh. Globalisasi tidak memerlukan homogeni dan adalah penting mengetahui kepelbagaian dan ia hendaklah dihormati di dalam perjanjian antarabangsa.

Terdapat juga satu bahaya yang sebenar mengenai standard global yang boleh digunakan sebagai alasan untuk kebangkitan semula negara-negara yang kaya.

Rumusannya, integrasi ekonomi global harus menyokong usaha mengurangkan kemiskinan dan tidak wajar diterbalikkan. Tetapi ekonomi dunia harus melakukan lebih daripada itu iaitu perkembangan pasaran global tidak harus terus mendesak negara-negara yang membentuk pasaran berjumlah 2 bilion orang untuk mempercepatkan integrasi ini. Negara-negara kaya boleh lakukan banyak perkara seperti melalui bantuan dan polisi perdagangan untuk membantu negara-negara yang terpinggir kembali kepada arah yang dikehendaki dalam integrasi yang telah dibuktikan secara berkesan untuk negara-negara baru pemain globalisasi ini.


[Terjemahan bebas]
Nicholas Stern, Senior Vice President and Chief Economist, The World Bank, December 2001.

No comments:

Post a Comment