oleh Ahmad
Syamim Alias
Pengaruh budaya barat terhadap remaja yang
semakin menular hari ini. Hal ini mengakibatkan remaja sekarang semakin
terpesong daripada jalan yang benar. Contohnya, mula terjebak dengan budaya punk,
black metal dan gangsterisme.
Perkara
ini semestinya adalah perkara yang tidak sihat dan boleh merosakkan minda dan
tamadun generasi kita. Jika perkara ini tidak dibendung tidak mustahil generasi
yang lahir pada masa akan datang boleh merosakkan negara kita ‘Malaysia’ dengan
budaya yang tidak bermoral ini.
Antara faktor berlakunya pengaruh budaya barat
terhadap remaja termasuklah faktor media massa yang memaparkan gejala gejala
negatif seperti keganasan, pornografi dan budaya hidup yang tidak sihat.
Selain
itu, faktor diri sendiri yang mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam dalam
sesuatu hal sehingga tidak dapat membezakan yang hak dan yang batil.
Seterusnya,
faktor rakan sebaya yang mempunyai persamaan dari segi perasaan yang selalu
mengajak dan rakannya terus menerima pelawaan tanpa berfikir panjang untuk
melakukan sesuatu hal yang bebas serta tanpa batasan. Akhir sekali, faktor
keluarga yang terlalu sibuk dengan kerja masing masing sehingga tidak
mengetahui aktiviti yang sedang dilakukan oleh anak anak.
Antara perkara yang dicadangkan ialah pihak
persiaran rancangan televisyen perlulah lebih berhati hati dengan rancangan
yang disiarkan dengan menapis dahulu filem atau drama yang mengandungi unsur
unsur yang boleh merosakkan minda masyarakat supaya perkara tersebut dapat
disekat daripada ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini sedikit
sebanyak dapat mengurangkan unsur negatif daripada meracuni minda generasi
kita.
Selain
itu, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya
mereka dapat mengetahui akibat mengamalkan budaya barat yang tidak bermoral itu
dan lebih memilih untuk menghindarkannya.
Di samping itu, ibu bapa perlulah lebih prihatin
dengan memantau anak anak dengan siapa mereka berkawan. Hal ini kerana , jika
anak anak tersilap memilih rakan, mereka dikhuatiri akan terjebak dengan
perkara negatif yang boleh merosakkan masa depan anak anak.
Akhir
sekali, ibu bapa mestilah mengutamakan anak anak daripada kerjaya dengan lebih
banyak meluangkan masa bersama anak anak supaya mereka
merasakan diri mereka disayangi kerana mendapat kasih sayang yang cukup.
No comments:
Post a Comment