Siti
Norhaslina,Nurul Farhana,Aisyah,Nurin Farzana,Muhammad Amin Firdaus
1.0 Pengenalan
Etnik Baba dan Nyonya merupakan salah satu etnik di
Malaysia yang mengalami proses asimilasi. Mereka memanggil diri mereka sebagai
“baba” atau “peranakan” kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan
tradisi Cina dan mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian
dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosiobudaya di persekitaran mereka
di zaman silam iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku antara kaum Cina
dan Melayu adalah punca utama mengapa generasi seterusnya memanggil mereka
sebagai “baba”.
2.0 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah:
i. Mengetahui budaya Baba Nyonya dan Melayu.
ii. Mengkaji persamaan dan perbezaan budaya Baba Nyonya
dan Melayu.
iii. Mengetahui proses asimilasi budaya Baba Nyonya dan
Melayu
3.0 Kaedah Kajian
Kajian
ini menggunakan kaedah temubual untuk mendapatkan data.
4.0 Dapatan Kajian
Etnik ini mengamalkan agama buddha sama seperti etnik Cina.
Mereka turut menyambut perayaan yang sama seperti etnik Cina namun ada beberapa
perbezaan kecil yang membezakan etnik Cina dan etnik Baba Nyonya. Ketika musim
perayaan, mereka menyediakan manisan Melayu seperti wajik dan dodol. Dari segi
masakan, mereka cenderung ke arah masakan melayu namun dari segi rempah ratus
yang digunakan berbeza dari resipi asal Melayu. Mereka menginovasikan resipi
tersebut bersesuaian dengan selera mereka.
Hal ini dikukuhkan lagi dengan sokongan dari jurnal Su
Yingying yang menyatakan bahawa abad ke-20 merupakan tempoh masa yang agak
penting bagi penyebaran dan perkembangan kebudayaan tradisional China di Tanah
Melayu. Namun begitu, masyarakat Cina di Tanah Melayu ketika itu tetap hormat
pada adat dan budaya Melayu. Upacara-upacara keagamaan, sama ada yang bersifat
kepercayaan terhadap agama Buddha, mahupun yang bersifat sistem pemujaan
dewa-dewa serta nenek-moyang tetap diadakan. Namun, mereka akan terlebih dahulu
memberitahu serta memperolehi “kebenaran/restu” daripada masyarakat Melayu
setempat (Seong.T.K, 2014).
Dari segi pemakaian, mereka mempunyai corak tertentu yang
melambangkan etnik mereka. Pakaian tradisional mereka ialah kebaya batik.
Tenunan yang terdapat pada baju kebaya tersebut membezakan kebaya batik Melayu
dan kebaya batik Baba Nyonya. Mereka turut mengenakan perhiasan seperti kerongsang
dan gelang selain pemakaian kasut manik yang sangat unik. Dalam perkahwinan,
etnik ini sangat menitikberatkan keturunanya. Ibu bapa akan memilih calon yang
sesuai untuk anak-anak mereka serta melakukan tilik nasib untuk melihat masa
depan keluarga anak mereka berdasarkan bulan lahir. Jika sesuai, mereka segera
dikahwinkan.
Etnik ini berpegang pada kepercayaan feng shui. Apabila
berpindah ke rumah baharu, mereka akan membuka lampu dan menerangkan seluruh
pelosok ruang rumah sebagai simbol kemakmuran keluarga tersebut. Selain itu,
mereka turut mempercayai nombor 888 sebagai “ong” atau keuntungan.
5.0 Kesimpulan
Tuntasnya, negara kita mempunyai keunikan tersendiri
dalam sekelompok etnik tersebut yang mana ia terdiri daripada kepercayaan ,amalan
nenek moyang, pakaian, makanan dan sebagainya. Ini juga turut dinamakan sebagai
kerencaman yang mana kerencaman tersebut memainkan peranan penting sebagai penanda
identiti bagi sekelompok etnik.
Rujukan
http://journal.ugm.ac.id/jurnal-humaniora/article/view/668
http://9icsts2014.um.edu.my/filebank/published_ar0p85-97.pdf
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-artikel/8718-keunikan-masyarakat-baba-dan-nyonya.html
Ishak Bin Saat. “Sejarah Panjang Hubungan Malaysia-China”.
http://eprints.usm.my/15538/1/Sejarah_Panjang_Hubungan_Malaysia_-_China.pdf.
(dicapai pada 11 Mei 2016)
Hanapi Dollah. “Nyonya Melaka: Pelancongan dan Transformasi Budaya Baba”.
http://journalarticle.ukm.my/2974/1/1.pdf (dicapai pada 12 Mei 2016)
Prof Madya Dr Fatimah Yusooff. “Etnik Baba dan Nyonya”. http://www.academia.edu/6734410/Kaunseling_Pelbagai_Budaya_Etnik_Baba_dan_Nyony,
(dicapai pada 16 Mei 2016)
No comments:
Post a Comment