oleh Muhammad
Adib bin Aminuddin
Di Malaysia terdapat ramai bangsa yang
berbagai-bagai kaum. Antara kaum yang terdapat di Malaysia seperti Melayu, Cina
dan India. Antara perayaan yang disambut oleh kaum-kaum ini adalah Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Perayaan seperti ini tidak lengkap
jika tiada rumah terbuka sehingga seluruh lapisan dan pelbagai lapisan
masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim dalam
kehidupan mereka.
Apakah
yang dimaksudkan rumah terbuka?
Rumah
terbuka adalah satu aktiviti yang sering dilakukan oleh tuan rumah dengan
mengadakan jamuan makan di rumah. Seterusnya menjemput jiran tertangga serta
saudara mara untuk menghadiri majlis tersebut.
Saya bersetuju dengan aktiviti ini. Hal ini
demikian kerana, dengan mengadakan aktiviti seperti ini perpaduan antara kaum
dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita dapat dipertingkatkan.
Hal ini
demikian kerana, kaum lain seperti India atau Cina dapat hadir ke rumah terbuka
dan berkumpul. Mereka juga dapat bertegur antara satu sama lain. Seperti kita
tahu, kebiasaannya pada hari-hari biasa semua orang mempunyai tanggungjawab
sendiri iaitu bekerja, jadi mereka tiada waktu terluang untuk bertegur sapa
dengan jiran tertangga. Oleh itu, dengan adanya budaya rumah terbuka ini, kita
dapat meningkatkan perpaduan antara kaum dengan menjemput jiran-jiran yang
berbilang bangsa ke rumah terbuka kita.
Selain itu, hubungan silaturrahim antara
keluarga dapat dipertingkatkan. Sebagai contoh saudara lama yang telah terpisah
dapat berjumpa semasa menghadiri rumah terbuka tersebut. Seterusnya, kaum lain
yang menghadiri rumah terbuka juga dapat mengenali budaya-budaya kaum lain.
Sebagai
contoh, makanan tradisi masing-masing jika kita pergi ke rumah terbuka ketika
perayaan hari Raya Aidilfitri kita akan dihidangkan dengan juadah yang enak
seperti ketupat, rendang, lemang, lodeh dan brmacam-macam lagi. Jika hari-hari
biasa melainkan ketika hari perayaan.
Di
samping itu, dengan mengadakan rumah terbuka juga, kita dapat memupuk semangat
kerjasama antara jiran tertangga. Hal ini kerana, dengan mengadakan
gotong-royong kita dapat memasak juadah makanan bersama-sama, memasang khemah
bersama-sama. Oleh itu, semangat kerjasama dan tolong-menolong dapat diterapkan
dalam diri masyarakat.
Kesimpulan yang dapat saya rumuskan disini ialah
dengan mengadakan rumah terbuka ini banyak mendatangkan kebaikan. Antara
kebaikannya ialah meningkatkan perpaduan antara kaum,mengeratkan hubungan
silaturrahim antara keluarga dan kita dapat mengenali budaya kaum lain.
Oleh itu,
kita sebagai masyarakat Malaysia yang harmoni ini haruslah meneruskan budaya
ini agar tidak lapuk dek zaman. Justeru itu, generasi akan datang dapat merasai
keseronokan dan kegembiraan ketika menyambut hari perayaan.
No comments:
Post a Comment