oleh Chau
Jing Bin
Menurut Wikipedia, definisi rasuah menurut
Transparency International ialah perilaku di jabatan-jabatan atau
pejabat-pejabat, termasuklah para ahli politik dan pegawai, yang mengayakan
diri atau memperkaya kerabatnya secara tidak sah dengan menyalahgunakan kuasa
yang ada.
Kebelakangan
ini, terdapat banyak skandal rasyah berlaku dalam sektor awam dan swatsa
seperti mana yang dilaporkan oleh media massa. Daripada peristiwa ini, kita
dapat tahu bahawa amalan rasuah membawa kemunduran dan kemerosotan kepada
masyarakat.
Antara kesan negatif amalan ini ialah harga diri
kita akan direndah dan maruah kita akan tercemar. Selain itu, kita juga akan
dipandang rendah dan dianggap tidak bermoral oleh masyarakat.
Seterusnya,
amalan ini turut menyebabkan ketidakcekapan pentadbiran sesebuah negara sekiranya
pegawai yang bertugas hanya mementingkan kemewahan. Sebagai contoh, pembinaan
kilang yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan akan diluluskan dengan
adanya rasuah yang diberi kepada pegawal bertugas. Justeru, keselamatan rakyat
akan diancam dan pentadbiran negara turut diganggu.
Saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang amanah
saya amat tidak bersetuju dengan perbuatan rasuah yang kian meruncing di negara
kita kerana rasuah bukan sahaja akan menyebabkan ketidakcekapan pentadbiran
negara malah turut akan memburukkan nama dan imej seseorang.
Rasuah
memberi kesan negatif terhadap pembangunan negara seperti kemasukan pelaburan
asing dan juga melemahkan inovasi. Para pelabur akan hilang rasa yakin kepada
negara kita sekiranya terdapatnya kes-kes rasuah yang menunjukkan kelemahan
pentadbiran sesebuah negara.
Kesimpulannya, amalan rasuah membinasa dan
memudaratkan. Banyak contoh kesan negatif kegiatan rasuah terhadap negara.
Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu berganding bahu
membasmi gejala rasuah dan bekerjasama dengan kerajaan untuk menyelesaikan
masalah ini. Sesungguhnya, integriti amalan kita.
No comments:
Post a Comment