oleh Danial
Irfan Abd Halim
Negara
komunis merupakan istilah digunakan oleh ahli-ahli sains politik bagi
menggambarkan satu bentuk pemerintahan/kerajaan negara yang berada di bawah
sistem satu parti dan mengisytiharkan taat setia kepada Marxisme-Leninisme,
Maoisme dan terbitannya. Negeri-negeri komunis mungkin mempunyai beberapa
majlis politik undang-undang, tetapi parti komunis adalah menurut perlembagaan
dijamin mendapat peranan besar dalam kerajaan.
Fahaman komunisme sering dianggap kejam dan
korup, manakala pemimpin Komunis berwatak antagonis (jahat) kerana bersifat
diktator serta menafikan terus kebebasan dan hak memilih kerajaan. Fahaman
komunis juga dianggap menyeleweng (dari ajaran Islam) seperti mana fahaman kapitalis
dan sosialis.
Komunis berbeza dengan dengan Islam yang
berpandukan al-quran, hadis dan ijmak ulamak. Dalam sistem politik Islam, tiada
kebebasan mutlak dalam memilih kerajaan.
Pemimpin
perlu dipilih dari kalangan orang yang beriman dan bertakwa, mursyid
(pembimbing), berakhlak dan berketrampilan dalam mengurus hal dunia (worldly
affair) serta berorientasikan akhirat (hereafter oriented).
Manakala
komunis pula berpandukan falsafah/pemikiran yang dicipta manusia bernama Karl
Marx (Marxime), Lenin(Leninisme) dan Mao Tse Tung (Maoisme).
Dari sudut yang positif, idea komunis yang
digubal menjadi ideologi telah berjaya membentuk sistem hidup sehinggalah ianya
diangkat menjadi sistem pemerintahan negara dan menyatukan rakyatnya buat
beberapa ketika.
Antara
contoh akan era kejayaan pemerintahan komunis adalah era pemerintahan Joseph
Stalin iaitu pemerintah Soviet Union sebagai diktator pada tahun 1920-1953 yang mana beliau berjaya mengalahkan dan
mengusir tentera Jerman yang menjajah bumi Russia dengan menyatukan rakyat
Russia dan memaksa semua lelaki Russia untuk menyertai angkatan Red Soviet
Union. Dalam “Order 227” , kebenaran diberi kepada pegawai atasan untuk membunuh
askar lelaki yang berundur dari tentera. Keadaan ini memaksa tentera Russia
tetap maju kehadapan dan akhirnya menjamin kemenangan ke atas Jerman.
Kelemahan ideologi ini pula dapat dikaitkan
dengan kegagalan sistem pemerintahan yang mengamalkan sistem pemerintahan
bercorak komunis tidak bertahan lama kerana rakyat di bawah pemerintahannya
acap kali membuat revolusi bagi menjatuhkan kerajaan pada era itu kerana tidak
tahan dengan corak pemerintahannya yang zalim.
Contohnya
negara-negara yang dipengaruhi oleh Soviet Rusia dilabel sebagai negara “Blok
Merah”. Negara-negara di bawah pengaruhnya semakin tertekan dari segi ekonomi.
Penentangan timbul dalam bentuk kuasa rakyat seperti di Poland dan Jerman
Timur.
Pada pendapat saya, khususnya sebagai orang Islam,
saya menolak ideologi komunisme kerana bertentangan dengan etika kemanusiaan
dan bertentangan dengan ajaran Islam yang mengangkat Allah sebagai Tuhan kita.
Konklusinya, meskipun fahaman ideologi komunis
mempunyai kelebihannya tersendiri, namun keburukannya menutupi kebaikan yang
ditawarkan di dalam fahaman ini menyebabkan fahaman ini harus ditolak oleh
mana-mana manusia yang mempunyai etika kemanusiaan.
No comments:
Post a Comment