oleh Ahmad
Syairazi Ahmad Fadzil
Sistem pengangkutan di Malaysia memberi kesan
positif kepada semua orang kerana ia dapat membantu semua rakyat Malaysia untuk
bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain pada waktu yang singkat dan
mudah.
Pada masa
kini, Malaysia mempunyai lebih kurang 63,000 km jalan raya yang baik. Selain
itu, untuk memastikan lebih lancar, Malaysia telah menubuhkan Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi meningkatkan lagi kualiti pengangkutan.
Pada pendapat saya, saya setuju dengan adanya
sistem pengangkutan yang efektif terutamanya di Malaysia. Hal ini kerana dengan
adanya sistem pengangkutan yang efektif, suasana di Malaysia lebih teratur.
Ia juga
dapat melancarkan lagi kerja yang ingin dilakukan oleh seseorang tanpa ada
masalah yang timbul. Tambahan pula populasi rakyat Malaysia semakin meningkat
dari tahun ke tahun. Bagi memastikan suasana negara berada dalam keadaan yang
baik pada masa hadapan, sistem pengangkutan perlu dititikberatkan. Hal ini
disebabkan sistem pengangkutan merupakan salah satu punca berlaku kemalangan.
Bagi memastikan angka kematian menurun, pihak kerajaan perlu melaburkan wang
yang banyak dalam usaha untuk menjadikan sistem pengangkutan lebih efektif.
Sistem
pengangkutan juga merupakan salah satu faktor yang amat penting dalam sektor
pelancongan.
Kesimpulannya, bagi memastikan pengangkutan di
Malaysia terus maju, pihak kerajaan perlulah sentiasa berusaha untuk memajukan
lagi sistem pengangkutan di Malaysia bagi menjamin masa depan negara yang lebih
teratur.
Hal ini
kerana pengangkutan memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk
menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Jika para pelancong yang datang
melancong ke negara kita melihat sistem pengangkutan tidak berada dalam keadaan
yang tidak, mereka akan memberitahu perkara ini kepada rakan dan taulan di
negara mereka.
No comments:
Post a Comment