Sunday, January 20, 2019

Mendisiplin artis







Hiburan dan arak memusnahkan impian dan masa hadapan. Tidak kira lelaki atau perempuan, hiburan yang tidak bersesuaian dengan nilai dan budaya masyarakat akan memberi imej dan persepsi negatif kepada orang ramai. Begitu juga dengan arak, meneguk arak di khalayak boleh menjadi fitnah jika situasinya tidak disenangi orang ramai.

Hal ini berlaku kepada seorang juara pertandingan remaja baru-baru ini yang gelaran juaranya ditarik balik oleh penganjur. Isunya kerana beliau didapati berparti dan minum arak. Video kelakuannya sudah disebarkan dan boleh diakses. Di situ kita lihat remaja perempuan berebut-rebut menyedut arak yang dituang ke dalam botol besar dan mereka sangat puas dengan tindakan itu.

Dunia hiburan dan tingkah laku liar daam kalangan artis kerap kali mengundang kontroversi. Pelakon dan penyanyi ini terdedah dengan pelbagai bentuk lanskap sosial supaya mereka dapat menjiwai pelbagai watak untuk dibawa ke dalam filem.

Artis terkenal, Jackie Chan juga perlu bekerja keras mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran untuk menghidupkan jalam cetira sehingga setiap filem lakonannya diminati ramai.

Michelle Yeoh, seorang artis Malaysia yang dikenali kerana membintangi filem 'Tomorrow Never Die' juga belajar banyak kemahiran untuk berjaya sebagai pelakon antarabangsa.

Pelakon Melayu terkenal, Tan Sri P. Ramlee juga berusaha keras menghasilkan lakonan dan filem terbaik. Sebahagian besar lakonannya masih diminati sehinga ke ahari ini walaupun beliau sudah meninggal dunia 46 tahun lalu. Bagaimanapun beliau tidak pernah didengari menimbulkan kontroversi kerana mengambil minuman larangan dan sebagainya.

Cabaran sebagai artis sanagt besar lebih-lebih dalam masyarakat Islam di negara ini. Setiap tindakan artis yang baik dan buruk akan ditonjolkan kerana mereka menjadi tokoh masyarakat. Kisah hidup dan perjalanan kerjaya mereka sentiasa dipaparkan di media dan menjadi bualan.

Setiap artis seharusnya diberikan pendedahan terhadap etika dan profesionalisme kerjaya secara berterusan supaya perlakuan peribadi tidak melimpasi pengetahuan umum masyarakat. Artis juga sama seperti orang lain namun mereka harus mengambil tindakan untuk menjaga kehormatan dan maruah diri.

Agensi pemantau di dalam kerajaan boleh mengambil inisiatif memberi bimbingan dan garis panduan supaya artis-artis baru dan masih bertatih dalam dunia hiburan tidak melakukan tindakan yang boleh menjejaskan nama baik mereka. Semoga juara Dewi Remaja itu dapat mengharungi hidup selepas ini dan membaiki dirinya untuk memahami kehidupan dalam masyarakat Islam.

No comments:

Post a Comment