Perintah berkurung adalah arahan masa khusus melalui pelaksanaan peraturan tertentu. Ia berkaitan masa yang setiap individu perlu kembali ke rumah atau tempat tinggal. Arahan berkenaan dikelaurkan oleh pihak berkuasa ataupun ketua isi rumah yang menguasai perjalanan hidup isi rumah berkenaan. Contohnya, remaja yang keluar rumah perlu kembali ke rumahnya sebelum pukul sepuluh malam.
Kerajaan Malaysia juga sedang menimbang untuk mengadakan langkah ini. Namun, rancangan ini perlukan lebih banyak perbincangan supaya ia memberi impak positif terhadap perkembangan hidup remaja dan kelaurga mereka.
Berikut adalah pelaksanaan perintah berkurung yan gmelibatkan remaja di beberapa buah negara.
Banyak negara telah menguatkuasakan perintah berkurung ini. Amerika Syarikat dilaporkan menguatkuasakan perintah berkurung remaja pertama pada tahun 1880 di Omaha, Nebraska.
Kini, terdapat sekurang-kurangnya 500 bandar raya negara itu mempunyai perintah berkurung khusus kepada belia remaja. Di kebanyakan bandar ini, perintah berkurung melarang kanak-kanak berusia bawah 18 tahun berada di jalan-jalan selepas pukul 11 malam pada hari biasa dan selepas tengah malam pada hujung minggu.
Australia memperkenalkan sistem perintah berkurung yang mengharamkan remaja berusia 13 hingga 16 tahun meninggalkan rumah mereka pada waktu malam tanpa diiringi ibu bapa pada awal tahun 2000-an. Remaja yang didapati melanggar undang-undang ini akan ditahan oleh polis dan dibawa ke balai polis, yang mana mereka akan ditahan sehingga ibu bapa mereka datang. Kerajaan Australia menyifatkan langkah itu bertujuan menentang peningkatan jumlah remaja yang didapati minum minuman keras, mengambil dadah dan menghidu gam.
Pada tahun 2007, polis Thailand mengeluarkan arahan melarang kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah di Bangkok meninggalkan rumah mereka selepas 10 malam tanpa alasan yang munasabah. Remaja yang ditahan pada malam hari tanpa sebab yang sah akan dibawa ke balai polis dan kenyataan mereka akan direkodkan. Ibu bapa akan dipanggil untuk mengambil anak mereka pulang.
Di Jerman, remaja di bawah umur 16 tahun dilarang berada di kelab malam selepas tengah malam. Mereka juga memerlukan kebenaran daripada ibu bapa untuk ke konsert.
Di Britain, undang-undang baru diperkenalkan pada tahun 2001 untuk memberikan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengenakan perintah berkurung kepada kanak-kanak di bawah 16 tahun di kawasan mereka. Pelaksanaannya melibatkan kanak-kanak dan remaja berumur 10 dan 18 tahun. Kanak-kanak di bawah 10 tahun tidak boleh berada di jalan raya pada pukul 8 malam manakala remaja di bawah 18 tahun dilarang berda di jalan raya pada pukul 10 malam.
Di Iceland, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak boleh berada di luar rumah selepas jam 8 malam kecuali ditemani orang dewasa. Remaja berumur 13 hungga 16 tahun pula tidak dibernarkan berada di luar selepas jam 10 malam kecuali keluar dari rumah untuk hadir ke program di sekolah, bersukan atau kelab belia. Ada masanya kanak-kanak dan remaja boleh keluar lebih lama pada bulan-bulan tertentu. Jika mereka ditahan dan tidak ada penjaga, kanak-kanak dan remaja itu akan dihantar ke rumah perlindungan.
Kajian yang lebih terperinci wajar dilakukan supaya kedudukan sebenar keadaan remaja Malaysia sama ada di bandar atau laur bandar memerlukan pelaksanaan perintah berkurung ini. Mungkin kerajaan perlu mencari alternative lain yang lebih praktikal seperti menguatkan institusi keluarga dan komuniti yang menjadi unit terkecil dalam masyarakat.
Keluarga yang berhadapan dengan masalah kewangan, tempat tinggal atau masalah keluarga perlu dibantu supaya anak-anak yang sedang membesar dapat dibimbing dan diberi arah tuju.
Andainya faktor-faktor khusus masalah remaja berada di luar rumah, ia perlu diselesaikan supaya kerajaan tidak perlu lagi mengawal pergerakan remaja dan mereka juga tidak membesar dan berkembang dengan pemikiran terkongkong.
No comments:
Post a Comment