Thursday, October 05, 2017

Perkembangan teknologi







oleh Mohd Haziq Mohd Azrin

Manusia pada hari ini telah membuat perubahan besar dengan penciptaan alat-alat teknologi yang bermanfaat dan dapat memudahkan manusia berkomunikasi. Alat komunikasi seperti telefon bimbit yang memudahkan komunikasi jarak jauh dan boleh mengetahui suatu informasi atau berita dengan lebih pantas.

Perkembangan teknologi juga telah melahirkan ramai usahawan dengan membuat perniagaan di internet. Namun, teknologi telah disalah guna oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, sebagai pengguna teknologi kita perlulah berhati-hati kerana individu seperti ini boleh membuat jenayah terhadap kita seperti penipuan dan sebagainya. Individu seperti ini perlu dihukum dengan hukuman yang setimpal.

Sekarang ini, manusia menjadikan teknologi sebagai gaya hidup mereka, bahkan beberapa orang beranggapan “tidak dapat hidup tanpa gajet”. Manusia dan teknologi sulit untuk dipisahkan kerana manusia mengharapkan teknologi untuk memudahkan kehidupan hariannya, sedangkan teknologi akan terus berkembang sesuai dengan eranya, kerana suatu hari nanti masih banyak teknologi-teknologi yang sekarang belum ditemukan dan akan ditemukan dimasa yang akan datang oleh manusia-manusia yang kreatif, inovatif serta berkemahuan keras untuk bereksperimen.

Perkembangan teknologi amat penting kepada manusia kerana ia membantu manusia untuk memudahkan segala masalah harian bagi mengurangkan masalah manusia. Manusia yang tidak mengikuti arus kemajuan teknologi akan ketinggalan.

Oleh yang demikian, kita hendaklah menjadi manusia moden yang mengikuti arus teknologi dengan mendapatkan gajet-gajet canggih terkini. Pada zaman sekarang, manusia yang tidak mengikuti arus teknologi akan terus ketinggalan manakala manusia yang mengikuti perkembangan teknologi akan semakin maju ke hadapan.

Kita perlu melahirkan lebih ramai pemuda-pemudi yang menjadi penerus bangsa untuk mengembangkan bakat bagi mencipta teknologi yang bermanfaat dalam kehidupan. Oleh itu, teknologi negara kita akan berkembang setaraf dengan negara luar dan dapat bersaing dengannya pada suatu hari nanti.




No comments:

Post a Comment