Tuesday, October 24, 2017

Pemikiran modenerat Hasan Al Banna








Mewarnai seluruh kehidupan nilai Islam secara terus-menerus.

Seorang muslim harus menjadi contoh tentang nilai-nilai Islam dalam dirinya, iaitu ketika bekerja, berbicara, makan, minum, akhlak dan tarbiyah, simpati kepada orang lain, menjaga lisan dan jujur ​​dalam berucap, tolon-menolong dan sebagainya.

Apabila beliau melakukan dan mengatakan semuanya itu kerana Allah, dia akan dapat menjadi peribadi yang bagaikan batu-bata dalam membangun masyarakat Islam.

Seorang Muslim juga harus senantiasa sederhana dalam melakukan amal yang konstruktif pada ketika membangun kehidupan dengan bangunan Islam.

Seorang muslim yang melakukan hal-hal yang membelakangi dengan apa yang telah dijelaskan itu akan menjadi preibadi yang angkuh dan sombong kepada orang lain. Amal yang dilakukannya akan dilihat sebagai tindakan yang negatif terutama dalam proses pembangunan masyarakat muslim yang aman.

Begitu juga dengan keluarga muslim yang merealisasikan Islam dalam setiap perbuatan dan perkataan, setiap pihak harus mengetahui hak dan kewajipannya.

Tugas, peranan dan fungsi mereka jelas: ibu bertugas untuk mendidik, bapa memiliki peranan dalam memimpin serta anak memiliki hak untuk memperoleh pendidikan dan berkewajipan mentaati orang tuanya.

Keluarga ini dibangun dengan kesederhanaan. Sikap komitmen seorang suami bersumber dari akhlak dan ilmunya. Komitmen seorang isteri lahir dari sebuah pemahaman tentang hak dan kewajipan. Keluarga merupakan batu-bata kedua dalam membentuk masyarakat muslim.

Sekiranya keluarga sudah baik, umat pun akan menjadi baik pula kerana masyarakat merupakan himpunan daripada unit-unit keluarga yang ada.

Pada hakikatnya, keluarga adalah miniatur daripada masyarakat. Islam telah membuat kaedah-kaedah hidup bermasyarakat agar sampai kepada kebahagiaan. Tanda-tanda persaudaraan telah dijelaskan secara terang bahawa ukhuwah tidak dapat dipisahkan daripada iman.

Tingkatan persaudaraan akan semakin jelas dan tinggi apabila sampai kepada taraf itsar.


Petikan dari Pemikiran Modenerat Hasan Al Banna oleh Musthafa Muhammad Thahan, Penerbit Harakatuna, Bandung, Indonesia.
-->

-->
Post a Comment