Penulis: Abdullah Nasih Ulwan
Tahun: 2002 (cetakan kesebelas)
Penerbit: Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura.
Muka Surat: 612
Buku tebal ini boleh dianggap sebagai ensiklopedia dalam pendidikan anak-anak menurut acuan Islam. Penulis buku, Abdullah Nasih Ulwan adalah seorang pakar dan pensyarah pengajian Islam di Universiti Al-Malik Abdul Aziz, Jeddah memiliki keupayaan luar biasa untuk mengupas pendidikan anak-anak dari pelbagai sudut kehidupan.
Jilid 1 buku ini mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama mengenengahkan empat bab yang menyentuh tentang perkahwinan misali, perasaan naluri terhadap anak-anak, hukum-hukum yang bersangkut-paut dengan anak-anak yang baru dilahirkan dan penyelewengan yang terjadi dalam proses membesarkan anak-anak. Semua bab ini diperincikan dalam subtopik yang kecil.
Bahagian kedua mengandungi enam bab yang berbicara tentang tanggungjawab mendidik dalam soal keimanan, pendidikan moral, jasmani, perkembangan mental, rohani dan sosial. Kebanyakan huraian berkisar dalam bentuk membina tabiat dan adab sama ada dalam keluarga atau majlis keramaian.
Keistimewaan buku ini terletak pada topiknya yang luar biasa, perbahasan yang sangat luas, menyeluruh dan mencakupi segala aspek pendidikan dan pengetahuan Islam tentang pendidikan. Setiap isu diperkukuhkan dengan al-quran dan hadis yang menepati maksud isu berkaitan.
Penterjemah, Syed Ahmad Semait mengakui buku ini terlalu tebal dan berhempas-pulas melakukan kerja-kerja terjemahan dengan berhati-hati. Beliau turut kagum dengan masa dan usaha yang diberikan oleh Abdullah Nasih Ulwan ketika menulis buku ini. Manfaat sebenar adalah mereka yang mengambil perbahasan yang disediakan untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian.
Setiap rumah tangga muslim wajar memiliki buku ini kerana ia menerangkan dasar-dasar yang utama dalam cara pendidikan yang teguh bagi anak-anak serta menyediakan mereka sebagai anggota yang baik di dalam kehidupan, sebagai askar-askar yang kuat bagi membentengi Islam
dan sebagai pemuda-pemuda yang cergas memikul di dalam jiwa mereka setinggi-tinggi erti kemuliaan, pengorbanan dan kesediaan untuk mempertahankan Islam.
Boleh dapatkan buku Tarbiyatul Aulad fil Islam ni di http://pustakaiman.blogspot.com/
ReplyDeletemana nak dapat buku pendidikan anak-anak dalam islam karangan abdullah nasih ulwan ni. berminat la
ReplyDeleteBoleh dapatkan di kedai-kedai buku islamik sepanjang Jalan TAR, Kuala Lumpur. Bagus buku ni. Lebih bagus dapat diseminarkan dengan rakan-rakan.
ReplyDeleteada tak jilid kedua di pasaran? nak tau kat mana nak dapat..
ReplyDelete