Monday, November 06, 2017

Perbezaan pantang larang perayaan Qingming dan Thaipusam








Hasnika Mohd Hasnan, Wong Yee Mun, Seu Wen Ping,
Nur ‘Ain Madihah Naning, Hafiza Syazlyn Abd Halim


1.0 Pengenalan

Pantang larang merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi sejak turun-temurun. Masyarakat zaman dahulu sering mengamalkan pantang larang untuk mengelakkan melapetaka atau perkara buruk berlaku. Pantang larang boleh didefinisikan sebagai suatu kaedah untuk menyampaikan nasihat dan pengajaran.

Thaipusam adalah perayaan yang disambut oleh penganut agama Hindu. Penganut agama Hindu membuat persediaan perayaan dengan membersihkan diri mereka melalui puasa. Jawatan pemegang-pemegang kavadi perlu melalui upacara rumit dan menganggap ianya menyembah kepada Tuhan Murugan. Oleh itu, sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil.

Hari Qingming merupakan hari bagi masyarakat Cina berziarah ke makam orang tua dan nenek moyang, membersihkan makam dan melakukan ritual sembahyang bagi nenek moyang. Orang Cina biasanya melawat kubur nenek moyang pada hari Qingming untuk memperingatkan jasa dan memberi hormat kepada mereka yang sudah meninggal dunia. Pada hari tersebut, orang Cina akan datang membersihkan kawasan perkuburan nenek moyang mereka.

Walaupun negara kita terdiri daripada rakyat berbilang kaum, namun pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum tersebut adalah untuk satu tujuan iaitu untuk kebaikan diri. Hal ini bermaksud pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan kecelakaan.

2.0 Objektif Kajian

Berikut adalah merupakan beberapa objektif yang digariskan dan menjadi asas kepada kajian ini bagi memudahkan perjalanan dan pelaksanaan agenda bagi menyempurnakan kajian ini.

1. Mengetahui perayaan Qingming dan Thaipusam.
2. Mengenal pasti pantang larang antara perayaan Qingming dan Thaipusam.
3. Mengetahui kepentingan dan implikasi amalan pantang larang terhadap masyarakat.

3.0 Sorotan Kajian

3.1 Pantang Larang Thaipusam

Menurut artikel “Perayaan Thaipusam” ditulis oleh Shaminiy Kumar telah menyatakan bahawa tujuan dan objektif sambutan perayaan Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon keampunan atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Menurut buku yang ditulis oleh Joshua Raj yang bertajuk “A Biblical Approach to Indian Traditions and Beliefs”, pelbagai cara menyeksa diri dilakukan bagi menunjukkan mereka memohon keampunan. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku.

3.2 Pantang Larang Qingming

Menurut Abu Talib Ahmad, terdapat banyak pantang larang semasa membersihkan tanah perkuburan. Pengunjung tidak boleh memijak “kertas replika” yang bertaburan atau abunya sebagai tanda hormat supaya tidak “merosakkan” benda yang dipersembahkan itu. Selain itu, pengunjung juga perlu mengelakkan diri daripada melangkah kubur lain. Pengunjung juga tidak boleh mengutip barang atau wang yang dijumpai di tempat perkuburan. Hal ini kerana tindakan ini akan menjemput roh mengikut pengutip itu balik ke rumah.

4.0 Kaedah Kajian

Data-data ini dikumpul melalui dua sumber iaitu sumber primer dan sumber skunder. Sumber primer terdiri daripada kaedah temubual dan pemerhatian. Manakala, sumber skunder terdiri daripada kaedah menganalisis buku-buku rujukan, akhbar dan artikel. Data dianalisis berdasarkan tiga komponen iaitu analisis induktif, analisis deduktif dan analisis komparatif.

5.0 Hasil Kajian   

5.1 Perayaan Qingming

Perayaan Qingming juga dipanggil Pesta Chingming, Ceng Beng atau diterjemah sebagai “Perayaan Jelas dan Terang”, merupakan perayaan masyarakat Cina yang diadakan pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk (atau hari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga) dan lazimnya diadakan sekitar 5 April dalam kalender Gregorian. Pada setiap tahun lompat pula, Qingming diadakan pada 4 April. Hari Qingming merupakan hari bagi masyarakat Cina menziarahi kubur orang tua dan nenek moyang, membersihkan  kubur dan  melakukan amalan sembahyang.

Orang Cina biasanya melawat kubur nenek moyang pada hari Qingming untuk memperingati jasa dan memberi hormat kepada mereka yang sudah meninggal dunia. Pada hari ini, orang Cina akan datang membersihkan kawasan perkuburan nenek moyang mereka. Selain itu, perayaan ini juga penting bagi upacara pemujaan nenek moyang yang mewajibkan anggota keluarga membersihkan rumput dan batu nisan di kubur serta menghadiahkan makanan dan memasang colok. Secara tradisinya, ramai yang membakar kertas sembahyang di kawasan kubur untuk kebaikan nenek moyang mereka.

Antara pantang larang masyarakat Cina dalam menyambut perayaan Qingming adalah masyarakat Cina dilarang memakai pakaian yang menjolok mata. Mereka dikehendaki memakai pakaian yang sesuai semasa menziarahi kubur. Seterusnya, mereka dilarang untuk mengambil gambar di kawasan perkuburan. Hal ini boleh membawa kepada perkara yang tidak baik dan mungkin terdapat ketidakseimbangan yin dan yang. Wanita hamil juga dilarang menziarahi kubur.

5.2 Perayaan Thaipusam

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia untuk menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar.

Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam iaitu anak bongsu Dewa Siva di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa kavadi iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Hal ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam. 

Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa kavadi. Biasanya, pembawa kavadi ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan. Di Malaysia, pembawa kavadi ini akan berarak dan menaiki 272 anak tangga di Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi di hadapan patung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa, madu dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu.

Antara pantang larang yang terdapat semasa perayaan Thaipusam adalah individu yang ingin menunaikan nazar hendaklah mencukur rambut, tidur di atas lantai, mengelakakn hubungan seks dan sembahyang secara tetap. Seterusnya, semasa menunaikan nazar, penganut perlu memakai pakaian yang berwarna putih dan orang lain memakai pakaian tradisional. Penunaian nazar mestilah menunaikan nazar dengan diri sendirinya dan tidak boleh ditukar orang. Mereka juga harus memberi sepenuh perhatian membawa kavadi. Akhir sekali, mereka hendaklah berkaki ayam semasa menaik turun tangga dan semasa mengiringi rombongan, mereka mesti memakai pakaian yang berwarna putih yang telah direndam dengan serbuk kunyit semasa menunaikan nazar.

Antara kesan yang didapati daripada kajian ini antaranya ialah kesan dari segi kekeluargaan, ekonomi negara, perpaduan dan juga interaksi antara kaum. Setiap implikasi yang didapati membawa kesan yang baik kepada negara dan juga masyarakat hari ini. Setiap pantang larang yang wujud adalah untuk mengajar generasi hari ini untuk melakukan sesuatu yang baik dan tidak memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat. Pantang larang yang dibuat atau diwujudkan mampu memberi impak yang sangat mendalam dalam diri dan masyarakat yang mengamalkan pantang larang tertentu mengikut kepercayaan agama masing-masing.

6.0 Rumusan dan Cadangan

Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum, pantang larang yang diamalkan oleh kaum Melayu, Cina dan India adalah untuk kebaikan sendiri. Oleh itu, pantang larang perlu dipatuhi semasa perayaan untuk mengelakkan sesuatu yang malang berlaku. Salah satu perayaan yang diamalkan oleh masyarakat India ialah Thaipusam. Setiap perayaan mempunyai pantang larang yang berbeza dan perlu diamalkan untuk kebaikan diri. Pantang larang haruslah diwarisi secara turun- temurun. Ibu bapa boleh mendidik anak mereka apakah pantang larang dan mengapa mereka perlu mengamalkan pantang larang. Pantang larang diwarisi secara formal dan tidak formal. Secara formal adalah melalui buku, pantang larang ditulis sejak zaman dahulu dan diwarisi secara turun-temurun. Secara tidak formal adalah kanak- kanak mempelajari pantang larang dari ibu bapa atau orang dewasa. 

Kesimpulannya, kepelbagaian kaum di Malaysia mewujudkan pelbagai budaya dan dapat melahirkan suasana yang harmoni. Perayaan-perayaan yang disambut oleh masyarakat mengikut agama dan kepercayaan masing-masing mencorakkan kepelbagaian budaya di Malaysia. Oleh itu, melalui perayaan ini kita boleh mengenali identiti, budaya dan pantang larang sesuatu kaum yang terdapat di negara kita.


Rujukan

https://perayaankaumindia.blogspot.my/p/perayaan-thaipusam-hari-thaipusam.html
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz4fL6MaLU1
https://www.slideshare.net/nurfara1/esei-kenegaraan
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130328/re_06/Asal-usul-Cheng-Beng-tradisi-penghormatan-leluhur
http://pantanglarang2010.blogspot.my/2010/08/50-kesimpulan.html
Abu Talib Ahmad, Utara Semenanjung Malaysia: Esei-Esei Warisan, 2012 (Penerbit USM) Malaysia-Social Life and Custom. I.
Joshua Raj, A Biblical Approach to Indian Traditions and Beliefs (Singapore: Genesis Books, 2008), 89.




Wednesday, November 01, 2017

Dasar-dasar ekonomi dan sosial Malaysia







1.0 Pengenalan

Malaysia telah menjadi sebuah negara yang merdeka pada tahun 1957. Justeru, pelbagai perancangan pembangunan negara telah diusahakan menjurus kepada keadilan ekonomi dan kestabilan sosial masyarakat. Kemajuan pembangunan ini mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia sejak 1960-an sentiasa melebihi lima peratus setahun. Purata setahun pertumbuhan negara adalah seperti berikut:


1960-an         :           5.1 peratus
1970-an         :           7.8 peratus
1980-an         :           5.9 peratus
-------------------------------------------
1960-90         :           6.3 peratus
1970-90         :           6.9 peratus


Dalam Rancangan Malasia Keenam, sasaran yang telah ditetapkan ialah 8.1 peratus setahun, namun pencapaiannya adalah lebih tinggi iaitu 8.7 peratus. Manakala dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, sasaran adalah 8 peratus, namun purata pencapaian adalah sekitar tiga peratus setahun.


2.0 Rangka Rancangan Jangka Panjang dan Dasar Pembangunan Nasional

Terdapat empat peringkat rancangan iaitu Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Jangka Sederhana, Rancangan Jangka Pendek dan Kajian Separuh Penggal RJS.

Rancangan pembangunan merangkumi dua rancangan Malaya iaitu Rancangan Malaya Pertama 1956-1960 dan Rancangan Malaya Kedua 1961-1965. Selepas itu ia dikenali sebagai rancangan Malaysia sehinggalah Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020. Berikut adalah urutan Rancangan Malaysia.

Rancangan Malaysia Pertama 1966-1970
Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975
Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980
Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985
Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990 (meliputi RJP1 dan DEB)
Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995
Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000 (meliputi RRJP2 dan DPN)
Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005
Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010
Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015
Rancangan Malaysia Kesebelas 2015-2020

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama berada dalam Rancangan Malaysia Kelima meletakkan matlamat utama negara adalah perpaduan berasaskan kepada pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama. Tempoh ini ditumpukan kepada pertumbuhan ekonomi pesat iaitu lapan peratus setahun bagi tempoh 1971 hingga 1990. Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 memberi penekanan seimbang di semua wilayah.


3.0 Dasar Pembangunan Nasional

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kelangsungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tamat pada tahun 1990. Dasar ini mempunyai tempoh yang lebih pendek iaitu selama 10 tahun dan berasaskan pengalaman DEB. Dilancarkan pada 17 Jun 1991 dengan nama Dasar Pembangunan Baru. DPN terus menjadi teras kepada RRJP2. DPN mengutamakan pembangunan seimbang berasaskan prinsip pertumbuhan dan pengagihan yang saksama bagi mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu dan adil.

Dasar Pembangunan Nasional didokong oleh dasar-dasar awam yang dirangka bagi memastikan DPN mencapai sasaran. Antara dasar ini adalah:

Dasar Perindustrian Negara
Dasar Persyarikatan Malaysia
Dasar Pendidikan Negara
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Sains dan Teknologi
Dasar Telekomunikasi Negara
Wawasan 2020


3.1 Objektif DPN

Perpaduan negara kekal menjadi matlamat terakhir pembangunan sosioekonomi dengan mengambil kira perbezaan yang wujud dalam kalangan rakyat dalam membentuk masyarakat harmoni, bertimbang rasa dan dinamik.


3.2 Aspek Kritikal

Terdapat lima aspek yang menjadi fokus DPN iaitu:

1. Menggalakkan dan memperkukuhkan integrasi nasional.
2. Membangunakan sebuah masyarakat progresif.
3. Memajukan pembangunan sumber manusia yang berdisiplin dan produktif.
4. Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras perancangan dan pembangunan sosioekonomi.
5. Memelihara alam sekitar dan ekologi.


DPN memberikan dimensi baru kepada pembangunan dan usaha-usaha pembasmian kemiskinan. Program pembasmian kemiskinan diteruskan dan ditumpukan kepada kelompok miskin tegar. DI samping itu kerajaan mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai usaha memperkasa golongan bumiputera dalam keusahawanan dan perniagaan. Sektor swasta juga diberi peranan lebih besar untuk menyusun semula masyarakat. Dimensi akhir ialah pembangunan sumber manusia yang mengutamakan potensi sistem nilai dan etika.


3.3 Strategi Pembasmian Kemiskinan

Kadar kemiskinan di Malaysia menunjukkan peratusan yang semakin berkurangan daripada 17.1% pada 1990 kepada 7.2% pada 2000. Pelbagai program dirangka bagi mengurangkan kemiskinan mutlak dan kemiskinan realatif.

Golongan termiskin yang telah dikenal pasti ialah isi rumah yang berpendapatan kurang daripada separuh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Dalam Rancangan Malaysia ke-7, PGK bagi Semenanjung Malaysia ialah RM425, RM516 di Sarawak dan RM 601 di Sabah.

Selain itu, usaha juga dilakukan untuk merapatkan jurang pendapatan dan memperbaiki taraf hidup kumpulan berpendapatan rendah. Golongan sasar dalam strategi ini merangkumi kelompok miskin di bandar, pekerja sektor perladangan dan golongan minoriti. Salah satu rancangan yang diperkenalkan oleh kerajaan ialah melaksanakan Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) yang bertujuan membasmi kemiskinan golongan sasar yang telah dikenal pasti dan meningkatkan keupayaan mereka untuk berdikari.


3.4 Strategi Pembangunan

Strategi yang diguna pakai dalam DEB dan RRJP2 dikekalkan dalam DPN iaitu yang memberi penekanan kepada keseimbangan optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihanyang saksama, pembangunan seimbang bagi sektor utama ekonomi serta mengurangi dan menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara.
  

3.4.1 Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)

Tujuan MPPB ialah memperkukuhkan dan mengembangkan asas-asas keusahawanan serta mewujudkan rangkaian usahawan bumiputera yang berdaya maju. Strategi yang digunakan ialah meningkatkan bilangan dan kualiti usahawan bumiputera, melibatkan sektor swasta dan memberi sokongan dan bantuan kepada usahawan yang dikenal pasti berpotensi.

Langkah-langkah seterusnya adalah menyusun semula hak milik dan penguasaan dalam sektor syarikat untuk meningkatkan pemilikan dan penglibatan golongan bumiputera dalam sektor korporat seiring dengan matlamat asal 305 pemilikan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

Usaha-usaha ini dilaksanakan tanpa menetapkan matlamat kuantitatif atau jangka masa tertentu.


3.4.2 Peranan Sektor Swasta

Swasta berperanan dalam pembangunan infrastruktur fizikal dan sosial seperti perumahan, infrastruktur dan kemudahan sosial. Sektor swasta juga berperanan dalam institusi pendidikan latihan dalam pelbagai bidang di samping membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai. Kewujudan sektor swasta juga dapat membaiki perkhidmatan sektor awam dan pelbagai peraturan untuk menarik pelaburan dalam dan luar negara. Selain itu, swasta juga berperanan menyusun semula hak milik, melakukan pemindahan teknologi dan memberi sumbangan kepada pembangunan R&D.


3.5 Pembangunan Sumber Manusia

Kerajaan Malaysia memberi perhatian khusus kepada pembangunan sumber manusia di semua peringkat. Bagi merealisasikan program pembangunan manusia yang menyeluruh, sistem latihan dan pendidikan awal yang progresif dan terbuka sentiasa dikemas kini. Kerajaan menubuhkn institusi latihan lanjutan yang berkualiti bagi melahirkan guna tenaga yang mahir, memiliki nilai dan sikap inovatif serta berfikiran saintifik dan berteknologi. Satu perkara yang tidak ditinggalkan ialah penglibatan bumiputera yang lebih meluas dan bermakna dalam sektor moden.

Dasar Pembangunan Nasional merupakan tindakan kerajaan Malaysia untuk meneruskan dasar dan rancangan yang telah dilaksanakan sebelumnya di samping memenuhi dasar-dasar semasa dalam meneruskan pertumbuhan ekonomi dan keseimbangan masayrakat di negara ini.


Dasar-Dasar Kerajaan

Dasar merupakan suatu kenyataan mengenai hasrat untuk mencapai sesuatu maksud atau kehendak. Dasar awam pula ialah satu pengisytiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) dibuat dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan atau mendapatkan hasil atau mencapai objektif.

Sesuatu dasar kerajaan digubal dengan tujuan meningkatkan kecekapan dan produktiviti, mengurangkan kos pengurusan, mengatasi masalah, meletakkan asas pentadbiran negara atau organisasi,  panduan untuk mencapai objektif dan menyedarkan orang ramai tentang sesuatu amalan baik yang dipraktikkan.Dasar-dasar utama kerajaan dibahagikan kepada dasar awam dan dasar pembangunan.


Kenapa Dasar Dasar Perlu Difahami?

Supaya dapat merangka program dan pelan tindakan untuk mencapai objektif, mengatasi masalah dan konflik yang mungkin timbul dalam pelaksanaan serta terlibat secara langsung sebagai kakitangan awam (pelaksana dasar) dan rakyat (sasaran).


Rasional Kerajaan Memperkenalkan Dasar-dasar Awam

Untuk memenuhi keperluan ekonomi negara, seperti pembangunan ekonomi, negara dan juga kebaikan masyarakat
Untuk menjadi negara yang makmur lagi bersatuapadu berasaskan istam demokrasidi dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil.


Jenis-Jenis Dasar Ulama Kerajaan Dasar

Dasar Ekonomi
Dasar Sosial dan Elika Kerja
Dasar Luar Dasar


Bagaimana Dasar Awam Malaysia Terbentuk?

Zaman penjajahan 
Sebelum mencapai kemerdekaan (1944-1957)
Selepas merdeka (1957-13 Mel 1969)

DEB (1970-1990) RRJP1
DPN (1991-2000) RRJP2
Wawasan 2020


Dasar-Dasar Ekonomi

Dasar Pembangunan Nasional
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2)
Dasar Industri Negara
Dasar Pertanian Negara
Dasar Penswastaan
Dasar Pensyarikatan Malaysia
Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung Dan Luar Bandar
Dasar Pengurangan Perbelanjaan Awam
Dasar Kependudukan Malayala ke Arah 70 Juta
Dasar/Program Pembaharuan dan Peningkatan Daya Pengeluaran Negara


Dasar-Dasar Sosial dan Etika Kerja

Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran
Dasar Pandang Ke Timur
Dasar Bersih, Cekap Dan Amanah
Kepimpinan Melalui Teladan


DASAR PENDIDIKAN NEGARA


Ciri-ciri Pendidikan sebelum Merdeka

Terdapat lima jenis aliran sekolah akibat dasar terbuka penjajah Inggeris. Jenis sekolah merangkumi Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah agama, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil.

Akibatnya:

1. Anak-anak Melayu, Cina dan Tamil tidak dapat bergaul dan tidak ada persefahaman,  tidak ada perpaduan. Anak-anak Cina dan Tamil belajar di bandar dan anak Melayu tersisih di luar bandar. Tidak ada dasar untuk bahasa pengantar tunggal.

2. Sekolah-sekolah yang terpisah kedudukannya mengikut geografi dan penyebaran penduduk.

3. Kurikulum untuk kelima-lima aliran sekolah berbeza. Contohnya sekolah Inggeris mengikut kurikulum sekolah-sekolah di England.


1946-Rancangan Cheessmem

Rancangan Cheessmen mencadangkan sekolah Inggeris dilaksanakan sebagai asas penyatuan sistem pendidikan bagi penduduk pelbagai kaum.


1950-Penyata Barnes

Barnes mencadangkan sekolah kebangsaan dilaksanakan dan dibuka kepada semua kaum dan diajar oleh guru dari pelbagai kaum. Mencadangkan sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar, manakala di sekolah menengah bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar. Penyata Barnes mendapat bantahan oleh kaum Melayu, Cina dan India atas alasan mengenepikan bahasa ibunda masing-masing.


1951-Laporan Fenn-Wu

Sekolah Cina dikekalkan tetapi kurikulumnya berdasarkan latar belakang tempatan. Sekolah Cina menokong konsep penggunaan tiga bahasa sebagai bahasa pengantar supaya perpaduan tidak terjejas. Laporan ini ditolak oleh UMNO kerana tidak menguntungkan orang Melayu.


1952-Ordinan Pelajaran

Terdapat dua jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pelajaran selama  enam tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah. Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sekalah kebangsaan. Tidak dapat dilaksanakan kerana darurat.


1956- Penyata Razak 1956 (mengkaji Ordinan Pelajaran 1952)

Sekolah Rendah

Dibahagi kepada SRK yang menggunakan Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar dan SRJK menggunkaan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dan Inggeris merupakan mata pelajaran wajib.

Sekolah Menengah

Dibahagi kepada tiga komponen iaitu sekolah menangah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun). Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama. Bagi kemasukan ke sekolah menengah, pelajar mesti lulus peperiksaan masuk ke sekolah menengah.


Laporan Rahman Taib-1960 (Semak Laporan Razak)

Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar di sekolah rendah, menengah dan IPT. Peperiksaan diadakan dalam Bahasa Melayu yang mana calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk sekolah menengah.

Kelas Peralihan

Bagi pelajar dari SRJK (C) & (T) yang ingin ke sekolah menengah aliran Melayu dan Inggeris.

Kenaikan Automatik

Peluang pendidikan selama 9 tahun iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah rendah

Mata Pelajaran Akhlak

Murid beragama Islam perlu mengambil mata pelajaran Pendidikan lslam manakala murid murid bukan beragama Islam mengambil Pendidikan Moral.


1961-Akta Pelajaran

Syor Laporan Rahman digubal menjadi Akta Pelajaran 1961, melalui Akta ini:

i.          Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran sekolah.
ii.         Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah, menengah hingga ke lPT.
iii.        Umur minimum meninggalkan alam persekolahan adalah 15 tahun.


Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960: (Asas Pendidikan Kebangsaan)

Untuk mencapai perpaduan negara melalui pendidikan sistem, tiga asas utama mesti dipatuhi iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua, bahasa Malaysia sebagai bahasa utama pengantar di semua peringkat persekolahan serta kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan.


Falsafah Pendidikan Ke Arah Abad 21

Berasaskan kepada Penyata Razak 1956 Penyata Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961, berpandukan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.


Cabaran Pendidikan Masa Kini dan Akan Datang

i.          Pengetahuan berunsur ketuhanan untuk menghalang nilai nilai bebas.
ii.         Pendidikan yang menekankan perkembangan akal dan fakulti rasional manusia agar perhatian unsur-unsur lain terutama unsur rohani diberi perhatian lebih perhatian.
iii.        Pendidikan tidak hanya tertumpu kepada material saja dan pengetahuan untuk ilmu saja.
iv.        Ilmu yang disampai akan berjaya untuk membawa kepada kebenaran.
v.         Pelajar dapat mengembangkan watak untuk mencapai matlamat yang sebenar.


Falsafah Dan Matlamat Pendidikan Negara

Berasaskan:

1.Penyata Razak 1965
2.Laporan Rahman Talib 1960
3.Akta Pelajaran 1961
4.Jawatankuasa Laporan Meninjau Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 5.Rukun Negara
6.Prinsip-prinsip Pendidikan
7.Matlamat pendidikan


Falsafahnya:

Pendidikan adalah suatu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara keseluruhan dan bersatupadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggunjawab dan berkeupayaan mencapai kebajikan diri serta memberikan sumbangan terhadap harmoni dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Struktur Pendidikan Negara

Peringkat Rendah
Menengah Rendah
Menengah Atas
Selepas SPM

Peringkat Rendah: Kemahiran menulis, membaca dan mengira pendidikan percuma dan wajib.
Peringkat Menengah Rendah: Meningkatkan peringkat sekolah rendah, menentukan sejauh manakah pelajarannya berkesan.
Tingkat Atas: Akademik yang merangkumi, sains, sastera dan agama.
Vokasional: pertukangan, ekonomi rumah tangga, pertanian dan perdagangan.

Selepas SPM: Peperiksaan STPM, kelas tingkatan enam
Pendidikan Tinggi: Universiti


TRANSFORMASI NASIONAL 50

Bermula dengan era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), kita melangkah ke era Wawasan 2020 (1991-2020). Kini, kita perlu bersedia menghadapi tempoh 30 tahun akan datang. Dunia akan jauh berbeza dari sekarang dalam tahun 2050 - apakah yang akan membimbing kita?

Transformasi Nasional 2050 (atau TN50) merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019.Dari sebuah  negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.
TN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50, mandat telah  diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui ‘Perbincangan TN50’, siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar.
Peringkat persediaan sehingga2019 akan menyaksikan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pembangunan dokumen dasar TN50 seperti penglibatan dengan pihak yang berkepentingan dasar, pakar-pakar domain dan pemimpin dalam bidang-bidang tertentu.

Trend Semasa meliputi:

i.          masyarakat
ii.         alam sekitar
iii.        ekonomi
iv.        teknologi
v.         tadbir urus



i. Masyarakat

Kemunculan bandar mega iaitu bandar-bandar dengan penduduk melebihi 10 juta – hasil daripada trend berterusan ubarnisasi. Kebangkitan agama secara global, dengan Islam yang paling pantas berkembang. Nilai-nilai Islam lebih meluas dalam perbankan, pelancongan, budaya, fesyen dan wacana politik.
Peranan gender berubah dengan peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan kepimpinan. Peningkatan tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan yang membawa kepada jangka hayat yang lebih baik.
Tekanan terhadap perumahan, lalu lintas dan pengurusan sisa buangan. Potensi untuk kekalutan, kesesakan, pandemik secara meluas. Cabaran dalam empati merentasi kumpulan dan perpaduan dalam menghadapi polarisasi dalam budaya, agama dan politik. Beralih ke arah unit keluarga yang lebih kecil kerana penurunan kadar kesuburan. Cip implan manusia nanoteknologi untuk membersih arteri, menentang sel-sel kanser, membantu mengembalikan ingatan. Jangka hayat mencapai 150 tahun.


ii. Alam Sekitar

Peningkatan permintaan terhadap bekalan makanan dan air kerana bilangan penduduk terus meningkat. Peningkatan dalam sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan mapan kerana kebimbangan mengenai harga yang tidak menentu dan potensi kekurangan bahan api fosil. Ancaman kepada alam sekitar dan biodiversiti dengan peningkatan penggunaan oleh manusia.

Kemajuan dalam bidang bioteknologi dan teknik pertanian yang ketara meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan dunia. Kebanyakan penjanaan kuasa menggunakan sumber boleh diperbaharui seperti solar, angin dan bio bahan api. Amalan bangunan mesra alam dan mapan diwajibkan bagi semua organisasi awam dan swasta.


iii. Ekonomi

Ekonomi digital berkembang dalam kepentingan, memerlukan kemahiran teknikal baharu dan keupayaan ‘tahap tertinggi’ daripada tenaga kerja sedia ada seperti penyelesaian masalah dan komunikasi. Pertumbuhan ekonomi perkongsian seperti penginapan tara-ke-tara (P2P), perkongsian naikan, pinjaman P2P, perkongsian kemahiran. Peningkatan trend ke arah bekerja sendiri dan ekonomi usahawan atau 'gig'. Implikasi terhadap jaminan kewangan dan pembangunan kemahiran.

Industri dan organisasi beralih kepada robotik dan Kecerdasan Buatan (AI) untuk tugas-tugas fizikal. Kecerdasan Buatan juga melaksanakan pelbagai jenis penyelidikan dan analisis, mengubah landskap pekerjaan dan kemahiran dengan ketara. Perkongsian ekonomi menjadi perkara biasa, menyebabkan lebih banyak gangguan di seluruh industri dan penakrifan semula peraturan perniagaan.

Pembelajaran 'plug & play' menjadi arus perdana, menyokong tenaga kerja yang kebanyakannya bekerja sendiri. Menjejaskan model pendidikan tradisional.


iv. Teknologi

Kepesatan internet jalur lebar, kuasa pemprosesan dan kapasiti penyimpanan digital. Peningkatan sambungan jalur lebar dan mudah alih, Internet of Things (IoT), robotik dan Kecerdasan Buatan. Makmal dan syarikat menghasilkan mesin atau perisian dengan meningkatkan keupayaan seperti manusia.Kemunculan  pembangunan seperti 'bandar pintar' di mana sensor, maklumat dan teknologi diintergrasikan untuk memenuhi keperluan penduduk.

Gerbang maya semakin digunakan dalam interaksi kita. Penggunaan perkhidmatan melalui platform digital seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan maya menjadi amalan biasa. Semua bangunan, kenderaan pengangkutan dan kemudahan bandar adalah 'pintar' dan saling berhubung ke 'grid pintar'. Isu-isu privasi yang berpotensi contohnya pengawasan jenayah, ramalan kepolisan. Lenyapnya pejabat. Orang tidak lagi berulang-alik ke tempat kerja sebaliknya lebih banyak dilaksanakan melalui peranti di rumah.


v. Tadbir Urus

Lebih banyak perkhidmatan kerajaan tradisional telah disumberluarkan
Tumpuan yang lebih oleh kerajaan mengenai isu-isu keselamatan dan keselamatan siber. Peralihan kuasa ekonomi global daripada negara-negara maju ke Asia dan ekonomi pesat membangun pertumbuhan blok perdagangan serantau.

Perkhidmatan tradisional kerajaan kebanyakannya diswastakan.
Kerajaan memberi tumpuan kepada fungsi-fungsi merentas sempadan seperti penghijrahan siber.

China dan India menjadi kuasa global utama.


Asas kepada Transformasi Nasional telah dimulakan oleh kerajaan sejak tahun 2010, melalui pengenalan Dasar Tranformasi Nasional (DTN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak yang berlangsung dari tahun 2010 – 2020. Dasar ini adalah kesinambungan kepada dasar-dasar kerajaan terdahulu, bermula Dasar Ekonomi Baru (1971 – 1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991 – 2000) dan Dasar Wawasan Nasional (2001 – 2010).

Melalui Dasar Transformasi Nasional ini, pelbagai bentuk transformasi telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha mewujudkan Good Governance dalam tadbir urus negara, contohnya melalui pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Sosial  dan Program Transformasi Politik bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara moden, progresif dan dapat dipacu ke arah mencapai wawasan kebangsaan, menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, yang bukan hanya maju dari segi pembangunan material semata tetapi terjamin kesejahteraan kehidupan rakyat secara inklusif.


Apakah Ciri-Ciri Utama TN50?

TN50 merupakan inisiatif jangka panjang untuk membentuk aspirasi Malaysia,
dari suara rakyat.

Iaanya kolektif iaitu:
Aspirasi seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan
berpandukan ramalan jangka panjang domain pakar-pakar (pakar domain)
Transformasi Merangkumi pelbagai bidang dari ekonomi, kesejahteraan rakyat, alam             sekitar, teknologi. tadbir urus dan lain-lain


Mengapakah TN50 Diperlukan?

Sebagai negara merdeka, banyak yang telah kita harungi sepanjang 60 tahun.  Berjaya berkembang dari segi ekonomi (25x peningkatan pendapatan per kapita sejak 1965). Peningkatan ketara kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat (kadar kemiskinan berkurangan daripada 49.3% kepada 0.6% pembasmian kemiskinan tegar).  Negara yang selamat dan bersatu.