Hasnika Mohd Hasnan, Wong Yee Mun, Seu Wen Ping,
Nur ‘Ain Madihah Naning, Hafiza Syazlyn Abd Halim
1.0 Pengenalan
Pantang larang merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi sejak
turun-temurun. Masyarakat zaman dahulu sering mengamalkan pantang larang untuk
mengelakkan melapetaka atau perkara buruk berlaku. Pantang larang boleh
didefinisikan sebagai suatu kaedah untuk menyampaikan nasihat dan pengajaran.
Thaipusam adalah perayaan yang disambut oleh penganut agama Hindu. Penganut
agama Hindu membuat persediaan perayaan dengan membersihkan diri mereka melalui
puasa. Jawatan pemegang-pemegang kavadi perlu melalui upacara rumit dan
menganggap ianya menyembah kepada Tuhan Murugan. Oleh itu, sebelum menyambut
Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan
membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur
sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil.
Hari Qingming merupakan hari bagi masyarakat Cina berziarah ke makam orang
tua dan nenek moyang, membersihkan makam dan melakukan ritual sembahyang bagi
nenek moyang. Orang Cina biasanya melawat kubur nenek moyang pada hari Qingming
untuk memperingatkan jasa dan memberi hormat kepada mereka yang sudah meninggal
dunia. Pada hari tersebut, orang Cina akan datang membersihkan kawasan
perkuburan nenek moyang mereka.
Walaupun negara kita terdiri daripada rakyat berbilang kaum, namun pantang
larang yang diamalkan oleh kaum-kaum tersebut adalah untuk satu tujuan iaitu
untuk kebaikan diri. Hal ini bermaksud pantang larang perlu dipatuhi untuk
mengelakkan kecelakaan.
2.0 Objektif Kajian
Berikut adalah merupakan beberapa objektif yang digariskan dan menjadi asas
kepada kajian ini bagi memudahkan perjalanan dan pelaksanaan agenda bagi
menyempurnakan kajian ini.
1. Mengetahui perayaan Qingming dan Thaipusam.
2. Mengenal pasti pantang larang antara perayaan Qingming dan Thaipusam.
3. Mengetahui kepentingan dan implikasi amalan pantang larang terhadap
masyarakat.
3.0 Sorotan Kajian
3.1 Pantang Larang Thaipusam
Menurut artikel “Perayaan Thaipusam” ditulis oleh Shaminiy Kumar telah
menyatakan bahawa tujuan dan objektif sambutan perayaan Thaipusam merupakan
hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon keampunan atas dosa-dosa
yang telah dilakukan sepanjang tahun. Menurut buku yang ditulis oleh Joshua Raj
yang bertajuk “A Biblical Approach to Indian Traditions and Beliefs”, pelbagai
cara menyeksa diri dilakukan bagi menunjukkan mereka memohon keampunan.
Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku.
3.2 Pantang Larang Qingming
Menurut Abu Talib Ahmad, terdapat banyak pantang larang semasa membersihkan
tanah perkuburan. Pengunjung tidak boleh memijak “kertas replika” yang
bertaburan atau abunya sebagai tanda hormat supaya tidak “merosakkan” benda
yang dipersembahkan itu. Selain itu, pengunjung juga perlu mengelakkan diri
daripada melangkah kubur lain. Pengunjung juga tidak boleh mengutip barang atau
wang yang dijumpai di tempat perkuburan. Hal ini kerana tindakan ini akan
menjemput roh mengikut pengutip itu balik ke rumah.
4.0 Kaedah Kajian
Data-data ini dikumpul melalui dua sumber iaitu sumber primer dan sumber
skunder. Sumber primer terdiri daripada kaedah temubual dan pemerhatian.
Manakala, sumber skunder terdiri daripada kaedah menganalisis buku-buku
rujukan, akhbar dan artikel. Data dianalisis berdasarkan tiga komponen iaitu
analisis induktif, analisis deduktif dan analisis komparatif.
5.0 Hasil Kajian
5.1 Perayaan Qingming
Perayaan Qingming juga dipanggil Pesta Chingming, Ceng Beng atau
diterjemah sebagai “Perayaan Jelas dan Terang”, merupakan perayaan
masyarakat Cina yang diadakan pada hari ke-104 selepas solstis musim
sejuk (atau hari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga) dan lazimnya diadakan
sekitar 5 April dalam kalender Gregorian. Pada setiap tahun lompat
pula, Qingming diadakan pada 4 April. Hari
Qingming merupakan hari bagi masyarakat Cina menziarahi kubur orang tua dan
nenek moyang, membersihkan kubur dan melakukan amalan sembahyang.
Orang
Cina biasanya melawat kubur nenek moyang pada hari Qingming untuk memperingati
jasa dan memberi hormat kepada mereka yang sudah meninggal dunia. Pada hari
ini, orang Cina akan datang membersihkan kawasan perkuburan nenek moyang
mereka. Selain itu, perayaan ini juga penting bagi upacara pemujaan nenek
moyang yang mewajibkan anggota keluarga membersihkan rumput dan batu nisan di
kubur serta menghadiahkan makanan dan memasang colok. Secara tradisinya, ramai
yang membakar kertas sembahyang di kawasan kubur untuk kebaikan nenek moyang
mereka.
Antara
pantang larang masyarakat Cina dalam menyambut perayaan Qingming adalah
masyarakat Cina dilarang memakai pakaian yang menjolok mata. Mereka dikehendaki
memakai pakaian yang sesuai semasa menziarahi kubur. Seterusnya, mereka
dilarang untuk mengambil gambar di kawasan perkuburan. Hal ini boleh membawa
kepada perkara yang tidak baik dan mungkin terdapat ketidakseimbangan yin dan yang.
Wanita hamil juga dilarang menziarahi kubur.
5.2
Perayaan Thaipusam
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama
Hindu di seluruh dunia untuk menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga
dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan
nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah
dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar.
Pada hari
Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam iaitu anak
bongsu Dewa Siva di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain
itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan
membawa kavadi iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas
berwarna-warni dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Hal ini adalah
sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam.
Bagi
sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau besi yang
menembusi kulit tubuh, lidah, pipi dan anggota badan yang lain bagi tujuan
membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akan berkumpul beramai-ramai
sambil membawa kavadi. Biasanya, pembawa kavadi ini berada dalam keadaan
terpukau sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan. Di Malaysia, pembawa
kavadi ini akan berarak dan menaiki 272 anak tangga di Batu Caves sehingga
sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi di hadapan patung dewa. Selain itu,
penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa, madu dan susu untuk
dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu.
Antara
pantang larang yang terdapat semasa perayaan Thaipusam adalah individu yang
ingin menunaikan nazar hendaklah mencukur rambut, tidur di atas lantai,
mengelakakn hubungan seks dan sembahyang secara tetap. Seterusnya, semasa
menunaikan nazar, penganut perlu memakai pakaian yang berwarna putih dan orang
lain memakai pakaian tradisional. Penunaian nazar mestilah menunaikan nazar
dengan diri sendirinya dan tidak boleh ditukar orang. Mereka juga harus memberi
sepenuh perhatian membawa kavadi. Akhir sekali, mereka hendaklah berkaki ayam semasa
menaik turun tangga dan semasa mengiringi rombongan, mereka mesti memakai
pakaian yang berwarna putih yang telah direndam dengan serbuk kunyit semasa
menunaikan nazar.
Antara
kesan yang didapati daripada kajian ini antaranya ialah kesan dari segi kekeluargaan,
ekonomi negara, perpaduan dan juga interaksi antara kaum. Setiap implikasi yang
didapati membawa kesan yang baik kepada negara dan juga masyarakat hari ini.
Setiap pantang larang yang wujud adalah untuk mengajar generasi hari ini untuk
melakukan sesuatu yang baik dan tidak memudaratkan diri, keluarga dan
masyarakat. Pantang larang yang dibuat atau diwujudkan mampu memberi impak yang
sangat mendalam dalam diri dan masyarakat yang mengamalkan pantang larang
tertentu mengikut kepercayaan agama masing-masing.
6.0
Rumusan dan Cadangan
Negara
kita terdiri daripada pelbagai kaum, pantang larang yang diamalkan oleh kaum
Melayu, Cina dan India adalah untuk kebaikan sendiri. Oleh itu, pantang larang
perlu dipatuhi semasa perayaan untuk mengelakkan sesuatu yang malang berlaku.
Salah satu perayaan yang diamalkan oleh masyarakat India ialah Thaipusam.
Setiap perayaan mempunyai pantang larang yang berbeza dan perlu diamalkan untuk
kebaikan diri. Pantang larang haruslah diwarisi secara turun- temurun. Ibu bapa
boleh mendidik anak mereka apakah pantang larang dan mengapa mereka perlu
mengamalkan pantang larang. Pantang larang diwarisi secara formal dan tidak
formal. Secara formal adalah melalui buku, pantang larang ditulis sejak zaman
dahulu dan diwarisi secara turun-temurun. Secara tidak formal adalah kanak-
kanak mempelajari pantang larang dari ibu bapa atau orang dewasa.
Kesimpulannya,
kepelbagaian kaum di Malaysia mewujudkan pelbagai budaya dan dapat melahirkan
suasana yang harmoni. Perayaan-perayaan yang disambut oleh masyarakat mengikut
agama dan kepercayaan masing-masing mencorakkan kepelbagaian budaya di
Malaysia. Oleh itu, melalui perayaan ini kita boleh mengenali identiti, budaya
dan pantang larang sesuatu kaum yang terdapat di negara kita.
Rujukan
https://perayaankaumindia.blogspot.my/p/perayaan-thaipusam-hari-thaipusam.html
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz4fL6MaLU1
https://www.slideshare.net/nurfara1/esei-kenegaraan
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130328/re_06/Asal-usul-Cheng-Beng-tradisi-penghormatan-leluhur
http://pantanglarang2010.blogspot.my/2010/08/50-kesimpulan.html
Abu Talib
Ahmad, Utara Semenanjung Malaysia: Esei-Esei Warisan, 2012 (Penerbit USM) Malaysia-Social
Life and Custom. I.
Joshua
Raj, A Biblical Approach to Indian Traditions and Beliefs (Singapore: Genesis
Books, 2008), 89.
No comments:
Post a Comment