Satu kajian baru mencadangkan bahawa
dengan memiliki ramai anak boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular
kepada ibu dan bapa.
Profesor Vera Regitz-Zagrosek, pengerusi
European Society of Cardiology “Pengurusan CVD Semasa Mengandung” garis panduan
pasukan petugas berkata dua kajian terbaru mengaitkan bilangan anak dengan
wanita yang terlibat dengan kardiovaskular.
Kajian awal melihat kepada setengah juta
rakyat China, penyelidik mendapati terdapat hubungan signifikan antara bentuk J
(bentuk J merujuk kepada gambarajah berbentuk J yang mana pada mulanya menunjukkan
lengkung jatuh, namun naik mendadak di atas titik permulaan) dengan bilangan
anak dan risiko penyakit jantung koronari serta angin ahmar. Risikonya
berkurangan dengan satu anak tetapi meningkat dengan dua atau lebih anak.
Dalam satu lagi pandangan, beliau
menerangkan penyelidik percaya faktor sosioekonomi berperanan penting.
Memiliki satu anak adalah sebagai
pelindung ketika usia tua. Namun bilangan anak yang ramai menyebabkan sokongan
berkenaan berkurangan kerana peningkatan tekanan ekonomi dan sosial ibu bapa.
Beliau juga menjelaskan terdapat bukti
yang menunjukkan kehamilan menjurus kepada penyesuaian perubahan reaksi tubuh
kepada tekanan tambahan terhadap jantung.
Bagaimanapun mencadangkan kajian lanjut
perlu untuk mengetahui pengaruh biologi dan sosioekonomi terhadap bilangan anak
dalam keluarga.
Penentuan bilangan anak dalam keluarga
hanya boleh dirancang tetapi tidak dapat ditentukan. Hari ini kita hidup dalam
masyarakat yang menjadikan anak ramai sebagai beban, bukannya harta yang sangat
bernilai. Bilangan satu, dua atau tiga bukanlah penentu kepada bebas daripada
penyakit jantung. Caranya ialah bagaimana keluarga anak ramai menguruskan
perbelanjaan seharian, mingguan dan bulanan.
Pro dan kontra mempunyai bilangan anak
akhirnya kembali kepada individu. Kajian hanya memberi satu pandangan dari perspektif
kecil namun mampu mempengaruhi orang ramai untuk membuat keputusan.
Dalam buku The Islamic Threat: Myth or
Reality? oleh John L. Esposeto menceritakan bagaimana Barat begitu takut
dengan kehadiran ramai umat Islam di benua itu. Orang Islam juga paling cepat
berkembang kerana “di Barat, umat Islam yang baik melahirkan anak manakala
dalam masyarakat sekular kita (Barat), falsafah merancang keluarga dipegang dan
kondom menjadi raja”.
Ketakutan memiliki ramai anak boleh
dikaitkan dengan apa sahaja khususnya kesihatan dan keadaan ekonomi sesebuah
keluarga. Setiap anak yang lahir dalam keluarga mempunyai rezekinya sendiri.
Rezeki ibu bapa mungkin banyak terhalang kerana banyak maksiat dan dosa tetapi talian
rezeki anak-anak sangat terang kerana mereka masih suci murni. Ramai orang yang
berkeluarga besar menerima rezeki daripada sumber yang tidak disangka kerana Allah
berfirman,
وَلَا
تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana
takut kemiskinan, Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka. (Al An’am: 151)
No comments:
Post a Comment