Wednesday, March 11, 2015

Jana kreativiti









Kreativiti sangat berharga tanpa mengira apa pekerjaan kita, di mana jawatan kita atau berapa banyak pendapatan kita. 

Wellman, penulis buku The Five Faces of Genius berkata, “Perkara paling berharga yang kamu dapat sumbangkan kepada kerja kamu adalah kreativiti. Lebih penting daripada kerja, peranan, jawatan yagn disandang atau output hasil kerja kamu- adalah idea yang kamu mampu hasilkan”. 

Katakan kita tidak memiliki kemahiran berfikir kreatif, bagaimana hendak jadi kreatif? 

Sebelum ini saya sering menganggap pemikiran kreatif muncul secara tiba-tiba. Sebenarnya tidak. Ia hanya muncul apabila kita membuat transformasi cara kita berfikir kerana idea yang kreatif adalah komposit atau gabungan beberapa idea yang berbeza.


No comments:

Post a Comment