Tuesday, June 17, 2014

Kepelbagaian seni bina dan struktur bangunan bersejarah di Melaka







1.0 Pengenalan

Perkembangan seni bina di Tanah Melayu sejak berkurun-kurun lamanya kaya dengan warisan unsur-unsur ketimuran dan kebaratan. Selepas seni bina vernakular berlalu, lahir pula seni bina yang mempunyai ciri-ciri kebaratan. Seni bina jenis ini lahir dalam zaman penjajah. Zaman penjajah ini telah didatangi oleh kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris sejak dari kurun ke-15. Kaum pedagang yang turut serta kemudiannya dari negeri China, membawa bersama idea-idea seni bina rumah kedai dan rumah berderet.

Bentuk binaan yang telah melalui evolusi, memaparkan bangunan seni bina Cina, Melayu dan Eropah. Ini menjadikan satu bentuk identiti seni bina yang dikenali sebagai 'Straits Electic Style' yang tersebar luas dalam kalangan negeri selat. Negeri-negeri yang dikenali dengan nama negeri selat seperti Melaka, Pulau Pinang dan Perak. Negeri-negeri yang mewarisi bangunan-bangunan yang bercirikan seni bina zaman penjajah atau seni bina kolonial. Seni bina kolonial ini pula berbeza antara negeri-negeri selat berikutan pengaruh kuasa yang memerintah. Misalnya negeri Melaka mengadunkan pengaruh-pengaruh Portugis, Belanda dan Inggeris.

1.1 Latar Belakang Kajian


Kajian ini bergantung kepada seni bina kolonial. Seni bina kolonial yang dilahirkan oleh penjajah Inggeris ini dipadankan pada bangunan-bangunan besar yang berfungsi sebagai bangunan kerajaan, pentadbiran, perdagangan, institusi. Ia merupakan usaha dalam suasana yang mirip pada keadaan negeri asal pengenalan kepada idea-idea seni bina dan penyebaran sosiobudaya masyarakat Eropah. Pada asasnya seni bina kolonial Inggeris dikenali sebagai ciri-ciri 'klasikal'.

Namun ianya sendiri adalah merupakan hasil dari pergolakkan gaya seni bina (architectural style) yang berlaku di benua Eropah. Ketika mana seni bina kolonial wujud di tanah-tanah jajahannya di mana England sendiri berada di antara era gaya seni bina lewat. Gaya seni binanya menitikberatkan pengadunan ciri-ciri berserta elemen-elemen klasikal seperti tiang, area (arch), dan pediment dalam melahirkan bangunan-bangunan yang indah dan menawan. Bangunan-bangunan awal dibina berdasarkan perancangan simitrikal berbentuk ‘monumental' yang menandakan konsep seni bina Greek dan Roman seperti mana yang diilhamkan oleh jurubina Itali, Andrea Palladio (1518-1588).

1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah mengetahui dengan lebih lanjut sejarah dan kesan sejarah terhadap seni bina di Melaka, mengenal pasti asal usul seni bina, mengetahui usaha-usaha mengekalkan seni bina bangunan bersejarah, melihat hubungan di antara sejarah dan seni bina dan bagaimana pengaruh politik mempengaruhi seni bina pada zamannya.

1.3 Kepentingan Kajian

Bangunan-bangunan rumah kedai lama yang terdapat di kawasan–kawasan di atas adalah begitu penting untuk dikaji dan hasil kajian adalah amat berguna bagi tujuan pemeliharaan. Bangunan-bangunan rumah kedai lama ini lama kelamaan akan pupus dan digantikan dengan rumah-rumah kedai baru. Oleh itu mendalami, mengkaji dan mendokumentasikan tipologi bangunan-bangunan ini adalah satu bentuk pemeliharaan kerana bangunan-bangunan lama ini tidak mungkin dapat dibina lagi sekarang disebabkan oleh kaedah pembinaan yang berbeza. Peranan dokumentasi di dalam kerja pemeliharaan seperti yang dijalankan ini adalah sangat penting kerana daripada dokumentasilah sesebuah bangunan itu dapat dipulihkan dan dipelihara.

Dokumentasi tipologi yang dihasilkan adalah penting dan perlu ada dalam simpanan pihak penguasa tempatan. Hasil kajian pula akan dapat membantu pihak bertanggungjawab dalam membentuk polisi dan kawalan pembangunan seterusnya memantau usaha pengekalan bangunan-bangunan lama. Bangunan-bangunan rumah kedai di Melaka mempunyai sifat-sifat yang boleh menarik pelancong datang untuk menikmati keunikan ini. Melaka juga mempunyai tarikan budaya yang boleh dilihat secara langsung pada seni binanya seperti pengaruh Portugis, Belanda, Cina, India dan Melayu.

Di dalam proses perubahan corak seni bina di negara kita, banyak nilai seni bina tradisi yang telah kita lupakan. Seni bina masjid sekarang ini banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai seni bina dari luar. Seni bina masjid tradisional Melaka juga akan tenggelam di dalam arus permodenan sekarang ini. Seharusnya kita menyedari akan hakikat ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengekalkan identiti seni bina Islam tradisional di negara kita ini.


2.0 Sorotan Kajian

Kaedah seni bina adalah satu kajian yang amat luas kerana terdapat banyak seni bina yang terdapat di negeri Melaka. Perkembangan seni bina di Tanah Melayu sejak berkurun lamanya, kaya dengan warisan unsur-unsur ketimuran dan kebaratan. Selepas seni bina vernakular berlalu, lahir pula seni bina yang mempunyai ciri-ciri kebaratan, seni bina jenis ini lahir dalam zaman penjajah. Zaman penjajah ini telah didatangi oleh kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris sejak dari kurun ke-15 lagi.

Ramai para ilmuan tempatan mahupun luar negara telah pun membuat tinjauan dan kajian mengenai seni bina yang terdapat di negeri Melaka. Mereka menjalankan kajian itu kerana berasa kagum dengan keunikan sejarah seni bina yang terdapat di negeri ini. Terdapat pelajar Universiti Teknologi Mara, jurusan seni bina iaitu kumpulan Hafizah dari UiTM Seri Iskandar, Perak yang telah membuat kajian terperinci tentang seni bina bangunan di negeri Melaka yang mempunyai keunikan tersendiri kerana gabungan seni bina yang datang dari penjajah-penjajah dahulu. Kajian ilmuan luar negara iaitu Tatiana Denisova juga telah mengkaji tentang keunikan seni bina negeri Melaka.

Beliau mengkaji tentang sejarah lama negeri Melaka dan sejarah seni bina yang terdapat di negeri itu. Hasil kajian beliau telah menyatakan bahawa seni bina bangunan Melaka datang dari kaum pedagang yang turut serta terutamanya dari Negara China, membawa bersama idea-idea seni bina rumah kedai dan rumah berderetan. Bentuk binaan yang telah melalui evolusi, memaparkan adunan seni bina Cina, Melayu dan Eropah.


3.0 Metodologi Kajian

3.1 Kajian reka bentuk yang dilakukan terhadap seni bina sejarah ini ialah:


Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Seni bina bagi bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dibuka dengan rasminya oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1985. Ia terletak di Bandar Melaka dan berhampiran dengan kesan sejarah yang lain seperti A Famosa dan replika istana Kesultanan Melaka. Bangunan ini dibina pada tahun 1911, sebelum ini bangunan ini dikenali sebagai sebagai Kelab Melaka. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985 bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.

Keseluruhan reka bentuk bangunan ini adalah merupakan unsur tempatan dan Eropah. Unsur ini boleh dilihat dengan adanya dua buah kubah yang terletak di atas bangunan dan ianya sama dengan bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. Bangunan ini diperbuat menggunakan bahan binaan kayu tempatan, dinding menggunakan bahan konkrit yang tebal dan tangga yang dibina adalah berdekatan dengan pintu masuk menggunakan bahan binaan kayu.

Sehingga kini bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini kukuh dan ciri-cirinya sebagai bangunan warisan dikekalkan, kerja-kerja pengubahsuian yang telah dilakukan iaitu pada 14 dan 15 disember 1993 untuk memelihara bangunan ini supaya ia tahan lama dan nilai estetika serta ciri-ciri sebagai bangunan bersejarah atau warisan dikekalkan oleh Kerajaan Negeri dan Jabatan Akrib Negara, Melaka.

Antara kerja-kerja pemuliharaan yang dijalankan ialah:

· mengecat dinding bangunan.
· menukar panel dan showcase sedia ada kepada reka bentuk yang lebih praktikal dengan bahan yang dipamerkan.
· memasang siling gantung di beberapa ruang tertentu.
· mewujubkan kaunter cenderamata di luar bangunan.
· mewujubkan beberapa buah diaroma di ruang-ruang utama.
· menyediakan beberapa computer sesentuh di beberapa ruang.
· menyediakan corong suara (P.A) untuk suara latar di ruang tertentu.
· menyediakan sistem ‘Barco’ di dalam bilik threterette untuk menayangkan kandungan ringkas pameran di dalam tempoh yang singkat (12 minit).
· lantai kayu diletakkan permaidani.
· menggantikan atap zink yang bocor dan bangunan ini telah dilengkapkan dengan pengdingin hawa untuk keselesaan pelawat.
· bangunan ini juga dilengkapkan dengan keselamatan kebakaran dan sistem anti pencerobohan untuk keselamatan bahan-bahan sejarah.

Konsep dan objektif reka bentuk pameran:

· disesuaikan dengan garis persembahan dan keperluan yang telah diberi.
· menjalinkan konsep binaan keseluruhan ruang termasuk kabinet, panel dan showcase agar bersesuaian suasana dengan kandungan bahan-bahan yang telah dipamerkan.
· menyediakan peragaan dan atur bahan yang sesuai dengan sesuatu suasana yang diinginkan.
· menyediakan reka bentuk dan rupa bentuk serta penyudahan bergaya yang memberikan satu pandangan menarik dan mengindahkan sesuatu ruang pameran.
· menyediakan teknik pemasangan dan pembekalan lampu yang bersesuaian.

Diorama menunjukkan upacara menandatangani pada 8 Februari 1956 London yang melibatkan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu Y.T.M Tunku Abdul Rahman mewakili kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan setiausaha kerajaan negeri-negeri jajahan British, Alan Lennox Boyd sebagai wakil Kerajaan British.

3.1.2 Kereta Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra

Kereta jenis Chevrolet bernombor BE 52 ini telah dibeli pada tahun 1957 dan digunakan semasa sambutan kemerdekaan di Kuala Lumpur. Kereta ini telah digunakan untuk membawa tetamu kehormatan semasa perayaan tersebut. Warna asal kereta ini ialah putih. Semasa pilihanraya 1959 kereta ini telah digunakan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra untuk menjalankan kempen pilihan raya dan selepas itu kereta ini digunakan oleh kerajaan persekutuan untuk membawa tetamu kehormat kerajaan.

3.1.3 Kota A Famosa

Kota A Famosa bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis. A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka da Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. Kota A Famosa mengambil masa selama lima bulan untuk dibina. Pembinaan kota A Famosa dijalankan atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu. A Famosa dibina bertujuan untuk dijadikan kubu pertahanan Melaka. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan lima gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya.

Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pihak Belanda membaiki dan mengubah suai dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670". Kota A Famosa dilengkapi dengan empat menara atau ketelom (bastion) dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo dan Baluerte de Santiago. Ia juga dilindungi dengan tujuh puluh meriam di semua arah. Kegunaan dahulu dan sekarang. Pada zaman dahulu bangunan ini digunakan untuk mempertahankan Melaka. Kini ia dijadikan kawasan tarikan pelancong domestik mahupun antarabangsa. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu.

3.1.4 Bangunan Stadthuys

Stadthuys ialah sebuah binaan bersejarah yang terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka. Stuktur Bangunan Stadthuys yang serba merah ini melambangkan seni reka bentuk Belanda yang unik dan dilengkapi dengan sebuah menara jam. Stadthuys dikenali sebagai dewan perbandaran di mana bangunan pertama dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor. Bangunan tersebut dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di Timur serta merupakan satu contoh seni bina Belanda yang terbaik ketika itu. Kini ia telah dijadikan Muzium Sejarah dan Etnografi yang memaparkan cara hidup masyarakat di Melaka seperti Melayu, Cina, India, Portugis, Baba dan Nyonya, Ceti dan Chitty.

Bangunan bersejarah ini merupakan kaedah yang terbaik dalam memberi maklumat kepada masyarakat mengenai peristiwa yang telah berlaku pada bangunan tersebut. Oleh itu, untuk memastikan sesebuah bangunan warisan terus digunakan, bangunan tersebut haruslah diselenggara dan dijaga dengan baik. Jika tidak ia mungkin akan rosak secara semula jadi dan akhirnya akan menyebabkan ia roboh. Ditambah pula dengan kurangnya kesedaran masyarakat tentang nilai warisan menyebabkan mereka lebih mengagungkan bangunan baru yang berorientasikan kemodenan dengan meminggirkan bangunan warisan yang ada.

3.1.5 Istana Kesultanan Melayu Melaka

Replika istana dibina pada tahun 1984 dan dijadikan sebagai muzium budaya apabila dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 17 julai 1986. Keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada kayu keras manakala atapnya dari kepingan kayu belian. Pembinaannya bercirikan seni pertukangan rumah melayu Melaka di mana sendi bangunan diperkuatkan dengan pasak sahaja. Terdapat banyak seni bina bangunan yang terdapat di Melaka. Ini dapat dilihat dengan jelas kerana terdapatnya contoh seni bina bangunan di dalam replika istana kesultanan Melaka. Reka bentuknya adalah lebih kurang sama dengan apa yang kita lihat pada seni bina yang terdapat di negeri Melaka. Contohnya adalah seni bina Istana Ampang Tinggi, Istana Seri Menanti, Istana Sultan Abu Bakar dan Istana Satu.

3.1.6 Istana Ampang Tinggi

Istana yang diperbuat daripada kayu ini terdiri daripada beberapa panel berukir halus tanpa menggunakan paku. Istana ini telah dibina di atas permatang yang menghala ke sawah oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-5 iaitu Tengku Ulin dikenali sebagai Yamtuan Imam. Bangunan ini berukuran 66 ½ kaki panjang dan 23 ½ kaki lebar. Apabila siap sepenuhnya, Yamtuan telah menghadiahkan kepada Cindai apabila berkahwin dengan Tengku Muda Chik anak kepada Yamtuan ke-4 iaitu Yamtuan Radin. Bangunan ini terletak kira-kira enam batu daripada Bandar Seri Menanti. Pada tahun 1953, Yamtuan ke-8, Tuanku Abdul Rahman memberi kebenaran supaya bangunan lama yang tidak beratap ini dibuka dan dipindahkan ke Seremban. Pada tahun 1980, bangunan ini telah dipindahkan ke mini muzium yang terletak di Negeri Sembilan.

3.1.7 Istana Seri Menanti

Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Istana ini dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908. Istana yang dirasmikan oleh Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah mempunyai empat tigkat. Pelan asalnya direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.

Bangunan ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri sepanjang 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. Pasak kayu keras digunakan bagi menyambungkan papan. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau. Tanduk kerbau dianggap sebagai lambang keamanan.

3.1.8 Istana Sultan Abu Bakar

Istana ini telah dirasmikan pada tahun 1880. Diberi nama sempena dengan nama Al-Marhum Sultan Abu Bakar. Dibina bagi menggantikan Istana Permai. Kedudukannya berhampiran dengan tapak Istana Seri Terentang. Reka bentuk bercirikan moden dan direka oleh arkitek berbangsa Cina. Secara amnya, struktur binaan Bagunan Sultan Abu Bakar ini menggabungkan dua sistem binaan iaitu sistem dinding tanggung beban dan sistem tiang dan alang.

Bangunan ini juga terdapat dua jenis struktur bumbung iaitu bumbung curam dan bumbung rata. Ianya juga terdapat dua jenis tangga iaitu tangga batu dan tangga kayu. Istana ini dilengkapi dengan perabot yang diimport dari Barat dan koleksi artifak yang diperolehi baginda sendiri. Istana ini pernah menjadi tempat kediaman Residen British yang pertama pada tahun 1929. Sewaktu perang dunia Kedua, bangunan ini telah digunakan sebagai ibu pejabat Angkatan Tentera Jepun.

3.1.9 Istana Satu

Istana Satu merupakan seni bina tradisional Melayu yang dipanggil Rumah Tiang Dua Belas. Istana ini dibina oleh Sultan Zainal Abidin lll, Sultan Terengganu pada tahun 1884 di perkarangan Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu. Bangunan daripada kayu cengal ini mempunyai seni bina yang berunsurkan rumah Melayu tradisional Terengganu iaitu “Rumah Terengganu Tiang Dua Belas”. Pembinaannya dilakukan tanpa menggunakan paku besi, sebaliknya menggunakan pasak sepenuhnya. Istana Satu yang dipamerkan ini adalah merupakan sebahagian dari bangunan istana yang lengkap, dimana sebahagian lagi diletakkan di Muzium Terengganu.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah bersifat gabungan kualitatif dan kuantitatif melalui kajian tentang seni bina bangunan bersejarah di Melaka. Responden terdiri daripada pelajar-pelajar UTeM.

3.3 Kerangka Konsep

Sebelum melaksanakan kajian pengkaji membuat perancangan yang rapi untuk memastikan kajian dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Langkah-langkah yang sistematik telah dirancang sebagai panduan di sepanjang pelaksanaan kajian.

Pengkaji mengenal pasti seni bina bangunan yang hendak dikaji, mendapatkan maklumat dengan melawati bangunan bersejarah tersebut, membuat pengambaran sebagai bukti kepada kajian dan membuat soal selidik untuk mengenal pasti setakat mana pengetahuan responden.

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Pemilihan sampel mestilah mengikut syarat kebarangkalian iaitu setiap ahli sampel mewakili setiap ahli populasi atau mempunyai ciri-ciri yang agak sama dengan populasi yang lain. Pengkaji memilih pelajar UTeM sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini.

3.5 Instrumen Kajian

Komponen utama dalam instrument ialah item-item atau soalan yang boleh merangsang atau mendapat maklum balas. Instrumen yang baik haruslah mengikut objektif kajian. Oleh kerana kaedah kajian ini berbentuk gabungan kualitatif dan kuantitatif maka penggunaan borang soal selidik adalah lebih mudah dan efektif. Penggunaan borang soal selidik merupakan antara alat-alat pengumpulan data yang banyak digunakan oleh pengkaji kerana soal selidik dapat mengumpul data secara terperinci, tersusun dan piawai. Di samping itu juga instrumen ini menjimatkan masa, tenaga dan kos semasa pengumpulan data.

3.6 Analisis Data

Analisis data yang digunakan oleh pengkaji ialah analisis temu bual. Analisis ini memerlukan pengkaji berinteraksi dengan pakar tentang seni bina bangunan ini. Bertanyakan kepada pakar mengenai kepakaran mereka mempunyai beberapa kelebihan antaranya ia mudah difahami oleh pengkaji. Menyediakan soal selidik yang telah direka bentuk dengan baik, ia lebih mudah untuk dianalisis dan menterjemahkan maklumat berkenaan. Walau bagaimanapun terdapat juga kelemahan berkaitan analisis temu bual anataranya pengkaji perlu mengetahui soalan yang perlu ditanya. Ini akan menjadi rumit sekiranya pengkaji mempunyai ilmu yang sedikit di dalam kepakara yang perlu dikaji.


4.0: Hasil Kajian dan Perbincangan

Seni bina di Malaysia merangkumi pelbagai bentuk dan ciri yang tersendiri untuk menjadikan sesuatu seni bina tersebut menarik dan mempunyai pelbagai elemen menarik.

Melalui kajian yang telah dijalankan, didapati tidak semua rakyat Malaysia yang memahami struktur bentuk seni bina di Malaysia lebih-lebih lagi mengenai seni bina bangunan bersejarah. Dalam bahagian ini, pengkaji akan menyatakan hasil yang diperolehi daripada analisis yang dijalankan di kawasan kajian serta penilaian melalui kaedah soal selidik dengan melihat perbezaan purata peratusan respondan.

Borang soal selidik ini meliputi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A meliputi maklumat latar belakang respondan, manakala Bahagian B meliputi pemahaman respondan mengenai seni bina.


Jadual 4.2.1: Jadual taburan respondan berdasarkan jantina dan pekerjaan


Rajah 4.2.2: Carta Palang Taburan Responden mengikut jantina dan pekerjaan


Rajah 4.2.3: Jadual taburan responden mengikut kafahaman seni bina mengikut kawasan kajian yang dipilih


Rajah 4.2.3: Carta Palang taburan responden mengikut kafahaman seni bina mengikut kawasan kajian yang dipilih


Melalui soal selidik yang dijalankan, kami memilih 30 orang responden di antaranya pelajar UTeM sendiri, kakitangan awam dan kakitangan swasta. Hasil daripada kajian yang dijalankan, peratusan rakyat Malaysia yang memahami ciri-ciri seni bina di negara adalah sedikit. Daripada 30 orang responden, hanya 12 orang sahaja yang memahami sepenuhnya mengenai seni bina di Malaysia, khususnya di Melaka.


5.0 Kesimpulan Kajian

Daripada hasil kajian dan analisis data yang dijalankan maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa pengetahuan pelajar dan staf tentang seni bina sejarah ini kurang kerana berdasarkan kajian yang dibuat pelajar-pelajar lebih gemar melawat tempat-tempat yang tidak berunsurkan sejarah. Berdasarkan daripada graf yang dibuat purata yang mempunyai kefahaman yang tinggi ialah dalam kalangan pelajar berbanding dengan staf manakala kefahaman purata yang tertinggi bagi katogeri seni bina yang disenaraikan menunjukkan bangunan Memorial Pengisyitiharan Kemerdekaan adalah yang tertinggi.

Walaupun pengetahuan pelajar tentang seni bina sejarah ini lebih tinggi daripada staff, namun purata peratusan pengetahuan tentang seni bina ini haruslah seimbang. Harapan sebagai pengkaji ialah pengetahuan tentang seni bina sejarah ini haruslah diterapkan kepada semua individu. Sampel yang dipilih dalam kajian ini hanya melibatkan pelajar dan staf UTeM sendiri. Pengkaji mencadangkan agar kajian seumpama ini dapat diperluaskan ke sampel yang lebih ramai dengan melibatkan pelbagai institusi pengajian tinggi awam atau swasta supaya hasil dapatan kajian ini akan lebih menyeluruh.




MZ Zainudin, Rozilah Azizan, Lim Lih Jian, Anis Mastura Mohd Rodzi, Hafiza Abd. Razzak, Rashidah Dawood, Nur Fakhira Ismail

Monday, June 16, 2014

Chicken soup of the soul berfikir positif





Penulis: Jack Canfield, Mark Victor Hansen dan Amy Newmark
Tahun: 2013
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor.
Muka Surat: 412

Buku ini telah terjual di merata negara dan diterjemahkan ke dalam banyak bahasa termasuk Bahasa Melayu. Pembaca tidak akan jemu membaca 101 cerita yang menggugah emosi, merangsang semangat dan menceriakan hidup ini dihimpun daripada pelbagai pengalaman individu berlainan. Setiap cerita ada keistimewaan yang tersendiri. 101 cerita ini berbeza tetapi ada tujuan yang sama iaitu menceriakan hidup kita.

Ramai orang berkongsi penderitaan yang sama. Walaupun begitu cara setiap orang menghadapinya adalah berbeza. Mereka berkongsi kebahagiaan mereka selepas mengalami kesusahan hidup. Satu daripada cerita ini mungkin betul-betul sedang ataupun pernah dialami oleh kita.

Ketenangan adalah sumber kebahagiaan. Ketenangan hati datang apabila kita percaya setiap kesusahan hidup akan berakhir dengan kegembiraan. Kita percaya dan kita berjaya. Cerita di dalam buu ini memberi inspirasi baru kerana meneruskan hidup dengan lebih bersemangat. Antara kisah menarik dalam buku ini ialah setiap hari adalah keajaiban, keriangan semasa kanak-kanak, menemui diri saya yang sebenar, terus berjalan walaupun lumpuh, keindahan dalam kekecewaan dan kegembiraan ada di mana-mana.
 

Saturday, June 14, 2014

Sindrom “kita juara”








Sepanyol teruk dibelasah dalam kejohanan bola sepak dunia 2014. Turun sebagai pasukan bekas juara piala dunia, pemain pertahanan Sepanyol hilang semangat apabila diserang bertubi-tubi. Ternyata sindrom “kita juara” menyebabkan pasukan Sepanyol dibuai mimpi yang tak sudah.

Pemain hebat dalam pasukan-pasukan Liga Sepanyol dilahirkan setiap tahun. Pemain-pemain ini menyumbang kepada kualiti permainan bertaraf dunia dan mendapat gaji lumayan setiap minggu. Usia muda mereka difokuskan kepada bermain bola sepak dan mengumpul kekayaan. Selain bola sepak, ada dalam kalangan mereka ditawarkan iklan dan dibayar dengan jumlah yang besar.

Kembali ke liga bola sepak tempatan, pasukan-pasukan yang bertanding telah menunjukkan peningkatan yang lebih baik khususnya pasukan kelab. Kemunculan kelab-kelab baru yang diperkuatkan dengan pemain import dan pemain kebangsaan menolak pasukan-pasukan negeri keluar dari kancah persaingan. Ditambah dengan masalah kewangan, pemain dalam pasukan negeri sudah tidak bersemangat hendak menyepak bola.

Sindrom “kita juara” juga berlaku dalam permainan lain seperti badminton. Kegagalan memenangi kejohanan dunia menunjukkan banyak perkara yang perlu dibuat oleh saintis sukan negara. Perubahan tersebut mungkin berlaku di peringkat jurulatih yang meletihkan, kurikulum yang mengutamakan disiplin dan kerja keras serta teknologi pelatihan.

Saya ingin berkongsi perubahan yang dilakukan oleh seorang guru biologi yang berminat dengan sukan. Beliau bertugas di sekolah menengah dan diberi tugasan menjadi guru sukan. Orangnya muda dan bersemangat. Pelantikan beliau dibantah oleh guru-guru sukan yang senior yang tidak menunjukkan prestasi menggalakkan dalam membaiki ranking sukan sekolah itu. Daripada 18 buah sekolah menengah, sekolah ini hanya menduduki tempat ke-14 keseluruhan. Tujuh orang semuanya dan mereka meletak jawatan.

Guru sukan yang muda dan bersemangat memikul tanggungjawab untuk menaikkan ranking sukan sekolah. Tahun pertama beliau membaiki kedudukan keenam dan tahun kedua menjadi naib johan. Anak didiknya dipilih mewakili daerah dan negeri. Kejayaannya ini tentulah tidak digemari dan ramailah yang cemburu. Dia tidak peduli.

Kita boleh melahirkan pasukan yang hebat bertaraf dunia jika membawa masuk jurulatih yang muda dan ingin menjadikan kecemerlangan dan kehebatan sebagai sandaran. Inilah yang kurang dalam perancangan kemajuan Negara.





 

Friday, June 13, 2014

Amalan sunnah bulan Sya'ban








Bulan sya'ban adalah bulan yang mulia dan disunnahkan bagi kaum muslimin untuk membanyakkan puasa sunat. Hal ini ditegaskan dalam hadis sahih dari Aisyah r.a, katanya yang bermaksud; "Dahulu Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak pernah berbuka dan dia berbuka sampai kami mengatakan dia tidak pernah puasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasanya selama satu bulan kecuali Ramadhan dan saya tidak pernah melihat dia berpuasa melebihi banyaknya puasa di bulan Sya'ban". (Hadis riwayat Bukhari).

Dari Aisyah r.a, katanya yang bermaksud; "Nabi saw belum pernah berpuasa dalam satu bulan melebihi puasa pada bulan Sya'ban". (Hadis riwayat Bukhari).

Sabda Rasululah saw yang bermaksud; "Bulan Sya'ban ada di antara bulan Rejab dan Ramadhan, ramai orang yang melalaikannya. Saat itu amal manusia diangkat, maka aku suka jika amalku diangkat ketika aku sedang puasa". (Hadis riwayat An-Nasai'e, 1/322 dalam kitab Al Amali)

Banyak amalan baik dan berfaedah untuk meningkatkan iman kita boleh dilakukan sepanjang bulan ini seperti berpuasa, banyakkan solat sunat, membaca al-quran dan berzikir.

Bulan Sya'ban juga boleh menjadi medan persediaan untuk kita berlatih berpuasa dan membiasakan diri bertadarus al-quran supaya kehadiran bulan Ramadhan nanti dalam keadaan kita sedang bersedia. Beristiqamah membanyakkan amalan-amalan sunat khususnya puasa.


Wednesday, June 11, 2014

Pengayuh beca di Bandar Melaka







1.0 Pengenalan

Beca warisan Melaka ini menjadi salah satu tarikan utama pelancong di dalam dan luar negara. Kegiatan pengayuh beca ini sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap sektor pelancongan negeri Melaka.

1.1 Objektif Kajian

Dalam kajian ini antara objektif kajian yang bakal diperolehi adalah mengkaji sejarah beca di Melaka. Selain itu, kajian ini juga mengkaji pengaruh pengayuh beca di Melaka, mengetahui perkembangan khidmat beca di Malaysia dan mengkaji pandangan orang ramai terhadap khidmat beca di Melaka.


2.0 Sorotan Kajian

Beca di Malaysia, dalam rekod bertulis, bermula di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Beca ini mempunyai pengayuh di sebelah sisi penumpang. Terdapat juga model beca dengan pengayuh di belakang atau di hadapan penumpang. Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan kepada penumpang. Bagaimanapun ia didapati sukar dikendalikan melalui jalan yang sempit dan berliku-liku berbanding lanca yang ditarik manusia. Oleh sebab kerana itu, siri beca pertama 1914 kemudiannya dijual dan bawa ke Jawa. Hanya pada akhir 1920-an beca kembali diperkenalkan di Singapura dan kegunaannya meningkat dengan kedatangan migran China yang mendapati membawa beca memberikan pendapatan yang baik. Beca kemudian menjadi semakin popular di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan seluruh Asia.

2.1 Kaedah Penyelidikan

Antara cara dan kaedah kajian yang dijalankan dalam mencari maklumat dan data ialah dengan menemuramah. Selain menemuramah pengayuh-pengayuh beca yang terdapat di sekitar Bandar Belanda di Bandar Hilir Melaka, temu ramah turut melibatkan pengunjung yang datang dan mencuba pengalaman dalam menaiki beca mengikut kepelbagaian bangsa dan umur bagi mendapat hasil yang pelbagai.

Selain itu, makluamt sekunder dilakukan dengan melayari internet. Kemudahan ini sangat membantu kajian bagi mendalami pengetahuan tentang beca sama ada dari segi sejarah, jenis dan komponen yang terdapat dalam kenderaan beca itu sendiri. Kaedah yang terakhir adalah kaedah pemerhatian di sekitar Bangunan Belanda bagi memerhatikan sendiri sejauh mana kegiatan pengayuh beca ini dijalankan.


3.0 Hasil Kajian dan Analisis

Menerusi kajian yang dijalankan ini, didapati para pengunjung memberikan reaksi yang positif tentang kewujudan aktiviti pengayuh beca di bandar Melaka ini. Ramai di antara mereka amat berpuas hati dengan layanan, tambang dan khidmat pengayuh beca di sini. 

Kehadiran pengayuh-pengayuh beca ini menaikkan nama Melaka sebagai satu tempat pelancongan yang unik. Boleh dikatakan hampir kesemua beca dihiasi dengan perhiasan yang pelbagai. Hiasan-hiasan ini dapat menarik minat pelancong untuk menggunakan khidmat pengayuh beca ini. Selain itu, Gajet-gajet yang dipasang pada beca juga dapat menarik minat pelancong untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Pengusaha-pengusaha beca ini memilih lokasi yang strategik untuk menjalankan kegiatan mereka. Sekitar bangunan Belanda menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Justeru itu, para pelancong berbesar hati untuk menggunakan khidmat pengayuh beca ini untuk bersiar-siar di sekeliling bandar Melaka.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati kegiatan pengayuh beca di bandar Melaka ini bergiat aktif. Kegiatan pengayuh beca ini boleh diibaratkan seperti nadi kepada aktiviti pelancongan di bandaraya Melaka. Pada mata kasar, kami dapati ramai pengunjung lebih tertarik menambang pengayuh beca untuk bersiar-siar di sekitar bandar Melaka ini..

Dari segi kos tambang yang dikenakan, kami jangkakan kosnya amat berpatutan. Para pengunjung mungkin berpuas hati terhadap tambang yang dikenakan oleh pengayuh beca kepada mereka. Harga yang dikenakan kepada pengunjung adalah RM20 untuk pusingan kecil, RM25 untuk pusingan besar, dan RM40 untuk satu jam bagi jarak yang jauh

Berikut adalah temuramah bersama responden yang terlibat dalam kajian ini.


Nama: Hussain (pengayuh beca)
Umur: 58 tahun
Ulasan: Mula untuk mengayuh beca apabila tamat bekerja sebagai seorang penjawat awam. Rakan-rakan mengajak untuk menjadi seorang pengayuh beca sebagai mata pencarian baharu. Pada mulanya agak kekok dan keletihan tetapi sekarang suda lali, walaupun pendapatan tidak seberapa tetapi pekerjaan ini menyeronokkan. Di samping menambah pendapatan, pekerjaan ini saya anggap mulia kerana dapat membantu orang.


Nama: Khoo (pengunjung)
Umur: 45 tahun
Ulasan: Kami sekeluarga amat kagum apabila menjejakkan kaki di bandaraya Melaka ini. Bilangan pengayuh beca di sini amat ramai. Beca-beca di sini sangat menarik perhatian pengunjung kerana dihiasi beraneka jenis bunga yang berwarna-warni. Terdapat juga beberapa orang pengayuh beca yang kreatif memasang radio, atau gajet-gajet lain bagi menjadikan beca-beca mereka lebih memukau minat pengunjung.


Nama: Balachandran
Umur: 54 tahun
Ulasan: Melaka adalah sebuah bandar yang menarik. Banyak bangunan bersejarah. Peninggalan penjajah Belanda masih ada dan dijaga rapi, ia nya mercu tanda yang menarik. Pengayuh beca di sini peramah. Mereka mahir tentang bandar Melaka. Tambang yang dikenakan berpatutan.


Nama: Umairah (pengunjung)
Umur: 9 tahun
Komen: Kali pertama menaiki beca. Ini merupakan pengalaman baru. Bandar Melaka sangat cantik. Akan selalu mengajak keluarga untuk datang ke Melaka lagi.


4.0 Kesimpulan

Pengunjung bukan sahaja dapat mencuci mata melihat bangunan-bangunan bersejarah di bandar Melaka, malahan dapat juga maklumat tambahan tentang bangunan-bangunan tersebut daripada pengayuh beca tersebut. Kebanyakan pengayuh beca berasal dari Melaka, mereka juga tentunya sudah mahir tentang selok-belok bandar Melaka.

Rujukan

Pengenalan tentang beca warisan Melaka. 
http://persatuanbecawarisanmelaka.blogspot.com/


MZ Zainuddin, Nor Asyraf Abdul Kadir, Muhamad Syukri Nazry Mustapha, Muhamad Muaz Nasarud’din, Saifulddin Sabri, Mohd Firdaus Samsudin, Muhammad Aminullah Abdul Hamid

 

Tuesday, June 10, 2014

Kebaikan berpuasa







Satu kajian baharu mendapati, amalan berpuasa selama dua hari atau lebih dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh manusia.

Saintis dari California yang menjalankan kajian tersebut menyatakan, pesakit kanser merupakan individu yang paling banyak mendapat manfaat daripada berpuasa kerana amalan itu boleh membantu sistem imunisasi yang terjejas akibat rawatan kemoterapi.

Menurut akhbar Daily Mail yang melaporkan penemuan tersebut, apabila sistem imunisasi manusia pulih, keadaan itu boleh menggalakkan badan menggantikan sel-sel lama yang telah rosak.

Pakar jangka hayat dari Universiti Southern California, Profesor Valter Longo berkata, apabila lapar, sistem badan cuba menjimatkan tenaga dan satu perkara yang dilakukan adalah mengitar semula sebanyak mungkin sel-sel imunisasi yang tidak diperlukan, terutamanya yang rosak.

Pasukan penyelidiknya juga mendapati, amalan berpuasa selama dua hingga empat hari setiap enam bulan membolehkan badan menggunakan simpanan lemak dan gula serta menghapuskan sel-sel rosak.

"Badan kemudian bertindak balas dengan menghantar isyarat memberitahu sel-sel stem untuk menjana dan membina semula keseluruhan sistem badan.

"Jika satu sistem itu telah rosak teruk setelah melakukan rawatan kemoterapi dan akibat penuaan, berpuasa secara perlahan-lahan dapat menjana sistem imunisasi badan yang baharu," kata Longo.

Kajian yang dilakukan mendapati, sebelum melakukan rawatan kemoterapi, seseorang pesakit barah akan hilang sedikit sel-sel darah putih jika mereka berpuasa selama 72 jam.

Puasa juga mengurangkan kesan-kesan kurang sihat dan kematian dalam tikus yang terdedah kepada ubat-ubatan kemoterapi dan meningkatkan imunisasi bagi tikus yang tua.

(Utusan Malaysia, 9 Jun 2014)

 

Monday, June 09, 2014

Mengatur urus ruang kerja anda

 
 
 
 
 
 
Penulis: Susan L. Brock (terjemahan Khoo Kay Ping)
Tahun: 2001
Penerbit: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd, Johor Bharu, Johor.
Muka Surat: 107

Buku ini untuk anda yang berkata, "Saya boleh menyelesaikan apa sahaja" ketika sekali imbas memandang timbunan kerja di atas meja anda tetapi kemudian gagal berbuat demikian. Buku ini juga adalah untuk anda yang mempunyai satu sistem pengurusan sahaja yang dipanggil susunan menegak atau yang mempunyai lima, enam atau mungkin sepuluh sistem pengurusan yang berasingan yang setiap satu untuk aspek kerja yang berlainan.

Mengatur Urus Ruang Kerja Anda adalah untuk anda sekiranya;

~berasa semakin lemas dalam lautan kertas.

~komputer yang seharusnya membantu anda mengurangkan penggunaan kertas sebaliknya kelihatan menghasilkan lebih banyak kertas.

~menyimpan kebanyakan dokumen yang sampai ke meja anda kerana anda tidak tahu bila anda akan memerlukannya lagi.

~sebahagian besar masa kerja anda nampaknya digunakan untuk mengubah kedudukan dokumen-dokumen yang sebenarnya menghalang anda daripada melakukan kerja lain yang lebih penting.

~bingung dan tidak tahu tempat untuk menyimpan semua memo, laporan, draf, bil, majalah, surat, dokumen lain dan mel yang anda terima setiap hari.


Seorang yang tidak terurus seolah-olah menaiki permainan roda Ferris. Memang roda itu bergerak tetapi apabila roda berhenti, orang itu akan berada di tempat yang sama seperti sebelum roda itu bergerak.

Ramai orang yang berbincang tentang pengurusan tetapi tidak pernah berbuat demikian. Apa sahaja cabaran yang anda hadapi dalam pengurusan dokumen, anda harus sedar bahawa anda tidak bersendirian. Setiap kajian yang dijalankan sepanjang dua puluh tahun lalu menunjukkan bahawa pengurusan dokumen merupakan salah satu daripada sepuluh aktiviti pembaziran masa para pengurus.

Walau apa pun pekerjaan anda, buku ini boleh membantu anda menjadi terurus dan kekal terurus. Buku ini juga mengandungi satu bahagian rujukan yang istimewa dan mudah dengan senarai semak dan carta untuk tinjauan semula yang pantas.


 

Friday, June 06, 2014

Azam selepas bersara








Baru-baru ini seorang rakan saya meninggal dunia ketika tidur akibat serangan jantung. Berita kematiannya amat mengejutkan kerana dua tiga hari sebelumnya beliau tidak menunjukkan sebarang perubahan fizikal yang ketara.

Dia kekal aktif dan memberi tumpuan kepada kerjanya sebagai pensyarah bahasa Inggeris. Umurnya ialah 73 tahun.

Walaupun bekerja di bawah skim kontrak, beliau masih mahu bekerja, mengajar, berkongsi pengalaman dan menurunkan ilmu kepada orang-orang muda. Dia mungkin telah bersara 15 tahun lalu namun memilih untuk terus mengajar kerana mengajar memberinya kekuatan fizikal dan mental serta spirit untuk terus bangun awal pagi, berfikir dan menjana idea-idea baru.

Berbeza dengan sesetengah orang yang memilih bersara lebih awal untuk merehatkan diri, bersantai dan rileks tanpa mengambil berat kecergasan diri. Justeru, mulai hari ini, kita tanamkan azam untuk mengubah mentaliti bersara supaya kekal aktif walaupun umur semakin bertambah.



Thursday, June 05, 2014

Kefahaman pelajar terhadap sumbangan Kung Fu Zi kepada ketamadunan manusia







1.0 Pengenalan

Secara umumnya sistem kepercayaan, falsafah atau pemikiran Cina banyak dipengaruhi oleh latar belakang geografi, ekonomi dan nilai pertanian Cina. Latar belakang tempat dan keadaan persekitaran turut mempengaruhi bentuk aliran pemikiran yang berkembang dalam sesuatu tamadun. Pemikiran Cina lebih menekankan aspek sosiopolitik, etika dan lebih bersifat praktikal. Ahli falsafah Cina banyak memberikan tumpuan mereka kepada persoalan tentang penyesuaian manusia terhadap alam semula jadi dan amat menekankan hal ehwal manusia. Bagi mereka, manusia adalah menjadi kayu pengukur dan tanpa nilai kemanusiaan, falsafah hilang pengertian asasnya dan tidak dapat menjustifikasikan kewujudannya.

Persoalan metafizik menjadi pemerhatian ahli falsafah Cina setelah kedatangan Buddhisme ke Cina (Shariff, 1994). Dalam pandangan China, dua bulatan tidak dapat dipisahkan dan kosmos yang dapat dilihat adalah satu, ia adalah langit, bumi dan manusia. Langit di atas, manakala bumi di bawah. Manusia diwakili oleh Maharaja yang bertindak sebagai perantaraan antara langit dengan bumi. Terdapat 100 aliran falsafah di Cina, bagaimanapun banyak yang tidak dapat diketahui disebabkan dasar pemusnahan buku yang dilakukan pada zaman dinasti Chin. Antara aliran falsafah yang dominan ialah Konfusianisme, Taoisme, Legalisme, Mohisme, Yang-Yin dan Ming-Chia.    

Biodata Kung Fu Zi. Kung Fu Zi merupakan seorang tokoh ulung falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Nama sebenarnya ialah Kung Chiu, manakala nama ihsan beliau Zhong-Ni. Beliau lahir pada tahun 551 S.M. di Tsou, sebuah pekan kecil di negeri Lu yang dikenali sebagai Wilayah Shantung sekarang. Ayah Kung Fu Zi bernama Shu-Liang He, merupakan seorang majistret dan pahlawan yang terkenal. Ibu Kung Fu Zi bernama Yen Cheng Tsai. Ketika beliau berumur 3 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan sejak itulah beliau dijaga oleh ibunya. Beliau berminat membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi orang Cina sejak kecil.

Kung Fu Zi mahir tentang "Li", iaitu susunan tingkah laku yang baik. Walaupun keluarga beliau hidup dalam kesusahan, tetapi beliau tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa berusia tujuh belas tahun. Setiap jabatan yang dibawa naungannya semua berfungsi dengan lancar. Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu. Walaupun pemerintah Lu amat berpuas hati dengan prestasi beliau, tetapi pemerintah Lu tidak dapat menerima ajaran Kung Fu Zi. Beliau cuba memberi perkhidmatan berdasarkan prinsip-prinsipnya tetapi beliau gagal mendapatkan peluang untuk mempraktikkan ideanya.

Pada usia tiga puluh lima tahun, Kung Fu Zi meninggalkan negeri Lu bersama Pengiran Chao yang melarikan diri disebabkan perampasan kuasa yang sengit. Beliau mengembara di negeri Qi dan bermastautin di sana selama lapan tahun. Selepas itu, beliau pulang ke negeri asalnya pada usia empat puluh tiga tahun. Kung Fu Zi dilantik menjadi ketua pegawai pakan Chung Tu di negeri Lu. Dalam masa setahun, beliau telah menghasilkan banyak pencapaian sehingga dinaik pangkat menjadi Pegawai Kerja Raya dan kemudiannya Pegawai Agung Keadilan di negeri Lu.

Sekitar tahun 497 S.M., Kung Fu Zi meninggalkan jawatan dan negaranya dengan diiringi para pengikutnya yang paling setia. Beliau mengembara dari negeri ke negeri untuk mencari satu tempat yang sesuai untuk melaksanakan nilai-nilai unggul yang menjadi pengangannya selama ini. Namun, beliau gagal mencari tempat yang dapat melaksanakan nilai-nilainya dan pulang ke negeri Lu semasa umurnya enam puluh lapan tahun tubuh badan yang lesu. Walaubagaimanapun, beliau terus mengajar, hikmah kata-katanya telah dirakamkan oleh pengikutnya yang kemudian dijadikan harta peninggalan yang abadi dan disanjung tinggi.

Ajaran Kung Fu Zi dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk Lun-Yu atau Analects. Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze . Kung Fu Zi menyatakan bahawa ajarannya diperolehi daripada kebijaksanaan yang termaktub dalam lima klasik yang dihasilkan pada zaman Chou. Klasik-klasik ini terdiri daripada Book of Odes (Shi Jing), Book of History (Shu Jing), Book of Rites (Li Ji), Book of Changes (Yi Jing) dan Spring and Autumm Annalst (Chun Qiu). Di samping itu, terdapat empat buku lagi yang menunjukkkan fikiran Kung Fu Zi. Antaranya ialah Analects (Lun-Yu), The Doctrine of the Mean (Zhongyong), The Great Learning (Ta-hsueh) dan The Book of Meng-Tzu.

Dalam ajaran Kung Fu Zi, terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni.

Kung Fu Zi berkata, “Seorang satria memahami kebenaran, orang biasa memahami keuntungan.” Selain itu, ajaran Kung Fu Zi juga menegaskan bahawa urusan pemerintahan adalah soal yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan. Justeru itu, moral dan etika yang baik amat penting dianuti oleh setiap pemerintah. Kerjasama antara pemerintah dan rakyat merupakan kunci dalam segala kejayaan dalam bidang ekonomi, soisal dan politik.

Tambahan pula, dalam aliran Konfusianisme, pendidikan yang bertunjangkan tradisi zaman silam, dijadikan sebagai panduan berguna untuk membina keseimbangan dalam hubungan mereka dengan pemerintah, dikalangan ahli keluarga dan juga dengan anggota masyarakat yang lain. Kestabilan ini akan wujud apabila setiap orang mengetahui peranan dan kedudukan masing-masing.

Kung Fu Zi meninggal dunia pada 479 S.M. dan dikembumikan di Qu Fu. Tempat persemadiannya dijadikan Belantara Kung, iaitu sebuah hutan yang indah dangan lingkaran lapan kilometer panjang.

1.1 Objektif Kajian

Salah satu objektif ialah mengetahui terhadap kefahaman pelajar-pelajar UTeM tentang Kung Fu Zi. Semasa kami menjalankan kajian ini, kami mendapati ramai pelajar UTeM berbangsa cina hanya mempunyai pemahaman asas tetapi tidak berapa mengenali makna sebenar ajaran Kung Fu Zi dan semakin mengetepikan prinsip-prinsip hidup baik yang dititikberatkan olehnya. Oleh itu, melalui hasil kajian kami, pelajar UTeM akan memahami lebih mendalam lagi tentang makna sebenar ajaran Kung Fu Zi ini dan sedia menerimanya.

Selain itu, kajian ini dapat memberikan pelajar UTeM mengetahui sumbangan Kung Fu Zi kepada pembangunan tamadun dunia. Hal ini kerana masih terdapat banyak pelajar mempunyai pengetahuan yang cetek tentang sumbangan-sumbangan Kung Fu Zi kepada pembangunan tamadun dunia dan menganggap bahawa usahanya hanya tersirat dalam Negara China. Tambahan pula, sumbangan Kung Fu Zi bukan hanya dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam bidang politik. Oleh hal yang demikian, kami harus memperkenalkan sumbangan Kung Fu Zi kepada pelajar UTeM yang sedang menuntut ilmu supaya mereka lebih jelas tentang sumbangan dan ajaran Kung Fu Zi.

Objektif yang terakhir ialah mempopularkan ajaran Kung Fu Zi kepada masyarakat. Melalui kajian, ajaran Kung Fu Zi semakin kurang diberi perhatian dan tidak ditekankan belajar lagi untuk generasi muda kini. Namun, pada zaman moden inilah yang paling memerlukan etika dan akhlak yang mulia dan berbudi bahasa yang diutamakan dalam ajaran Kung Fu Zi. Oleh itu, ajaran Kung Fu Zi harus disebar luar sama ada kepada masyarakat cina ataupun masyarakat bangsa lain supaya prinsip yang baik ini tidak hilang ditelan oleh zaman.


2.0 Sorotan Kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji kefahaman pelajar UTeM terhadap sumbangan Kung Fu Zi kepada ketamadunan manusia. Kami telah menggunakan pelbagai cara dan daripada pelbagai sumber untuk mengumpulkan data dan akhirnya diringkaskan dalam kerja kursus ini. Keputusan kajian ini memberikan kita pengetahuan yang diperlukan untuk membantu kita menjadi manusia yang lebih beretika.

Ajaran Kung Fu Zi. Ajaran Kung Fu Zi menekankan cara menjalani kehidupan yang harmonis dengan mengutamakan moralitas atau kebajikan. Seseorang dilahirkan untuk menjalani hubungan tertentu sehingga setiap orang mempunyai kewajiban tertentu. Sebagai contoh, kewajiban terhadap negara, kewajiban terhadap orang tua, kewajiban untuk menolong teman, dan suatu kewajiban umum terhadap kehidupan manusia.

Dalam Bidang Pemikiran (Konfusianisme). Konfusianisme merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik dan tidak dianggap sebagai agama. Konfusianisme berasaskan ajaran Kung Fu Zi dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Makna perikemanusiaan ialah kebolehan mengamalkan 5 kebaikan di merata dunia. Kebaikan itu termasuk perikemanusiaan (ren), kesusilaan/upacara(Li), keadilan(Yi), kebijaksanaan(Zhi), layak dipercayai(Xin).

Ren/Jen (Peri Kemanusiaan). Timbul dalam hubungan manusia dan manusia. Antara sifat asas yang ada dalam ren ialah kebaikan (benovelence), kemurnian (virtue), kasih sayang (love) dan kemanusiaan. Nilai Ren ini membezakan manusia dengan haiwan kerana akan mengahsilkan perasaan baik hati, belas kasihan, bertanggungjawab dan seumpamanya. Ren menjadi asas kepada sistem etika dalam Konfusianisme.

Li (Kesusilaan /Upacara). Li adalah merujuk kepada kepentingan upacara dan kelakuan berbudi bahasa. Ini bermaksud Li ialah peraturan-peraturan bagi tingkah laku yang betul. Li adalah satu set nilai-nilai yang telah diajarkan oleh orang-orang terdahulu bagi menghasilkan masyarakat yang teratur dan harmoni.

Menurut Kung, Li adalah kayu ukur teragung bagi semua perkara politik, sosial dan individu. Li bermaksud kesopanan, budi pekerti dan pelaksanaan upacara-upacara. Bagi Kung segala sesuatu yang berhubungan antara manusia dan manusia yang lain harus diatur menurut Li. Pentingnya sikap Li ini digambarkan dengan gambaran bahawa setiap manusia harus dianggap sebagai seorang tetamu yang sangat penting, oleh itu kita harus bertindak berbudi bahasa tanpa mengira dari peringkat apa seseorang itu.

Yi (Keadilan). Dimaksudkan sebagai menjunjung tinggi kebenaran, keadilan, kewajipan dan kekuatan. Menurut Fung Yu Lan, Yi bererti keadaan yang seharusnya terjadi tanpa syarat. Setiap orang mempunyai perkara serta tugas tertentu yang seharusnya dilakukan dan dari sudut etika ia merupakan hal yang harus dilaksanakan karena kebenaran. Raja hendaklah bersifat seperti raja, pembesar hendaklah bersikap seperti pembesar, ayah hendaklah bersikap seperti ayah, anak hendaklah bersikap seperti anak.

Zhi (Kebijaksanaan). Zhi secara literal bermaksud kearifan atau kebijaksanaan, kecerdasan atau kepandaian. Zhi merupakan gabungan kata-kata yang bermaksud mengetahui atau menyedari dan juga bermaksud hari, matahari, atau setiap hari. Maka setiap manusia dikatakan bijaksana jika setiap hari memiliki kesedaran. Ia menjadi sifat paling penting untuk memenuhi sifat-sifat Chun Tze/Junzi Xin (Layak dipercayai). Seseorang manusia itu harus memiliki sifat layak dipercayai. Ini kerana, dengan memiliki sifat layak dipercayai barulah seorang manusia akan mendapat kepercayaan dari orang lain dan masyarakat. Sifat layak dipercayai adalah landasan utama dari semua hubungan manusia di dunia. Demikian juga pemerintah yang baik adalah yang mendapat kepercayaan dari rakyatnya. Maka untuk mendapatkan kepercayaan dari rakyatnya tentu pemerintahan tersebut harus memiliki kriteria dan sifat yang layak dipercayai. Manusia bersandar kepada kata-kata yang mempunyai maksud tersendiri. Jika manusia taat dengan kata-katanya maka ia layak dipercayai.

Konfusianisme diasaskan oleh Kung Fu Zi yang dilahirkan pada tahun 551 S.M. di Tsou dan berasal dari keturunan bangsawan. Beliau menerima pendidikan dalam bidang muzik, penulisan dan ritual. Sewaktu berumur 20 tahun beliau menjadi seorang guru dan mengajar murid-murid cara berkelakuan baik. Beliau dan murid-muridnya sering mengembara dari wilayah ke satu wilayah yang lain. Beliau yakin melalui sistem pendidikan akan wujudnya kesetaraan sejati antara manusia. Beliau merupakan orang pertama dalam sejarah China yang mengajar jumlah pelajar yang ramai iaitu 7000 orang dan 10 orang dari mereka menjadi pemikir dan sarjana yang terkenal. Beliau merupakan seorang ahli pendidik yang mahukan pengikut-pengikutnya menjadi “rounded man” yang boleh digunakan oleh negara dan masyarakat.

Justeru itu, beliau mengajar bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan. Falsafahnya mahu mendidik manusia melalui saluran pendidikan bagi menghasilkan manusia yang sempurna yang disebut sebagai Junzi. Junzi merupakan seseorang yang memiliki sepenuhnya hikmah ren. Dalam kitab Lun Yu, Kung Fu Zi telah memberikan beberapa cara untuk menjadi Junzi (budiman). Antara cara untuk menjadi seorang Junzi ialah tidak merasa resah, pilu atau takut, bekerja dengan tegas dan bersungguh-sungguh, tidak membuat kesalahan, melayani orang lain dengan bahasa yang baik dan teliti sesuai dengan adat, membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang baik dan tidak membantu orang lain untuk menjayakan perkara yang jahat.

Manakala sifat Junzi yang menurut Kung Fu Zi merupakan seseorang yang hidup aman damai, tidak sombong dan tidak menghina orang lain. Kung Fu Zi merupakan pengasas kepada aliran Konfusianisme atau Ju Chia adalah merupakan satu aliran pemikiran falsafah atau agama. Schwartz (1971) menyatakan bahawa Konfusianisme mempunyai kedudukan yang unik dalam sejarah China. Doktrinnya dianggap sebagai falsafah rasmi di China.

Konfusianisme lebih peka kepada persoalan etika dan hal-hal praktikal berhubung dengan penyusunan masyarakat berdasarkan kepada prinsip moral yang sesuai. Apabila disoal tentang hal kematian, Kung Fu Zi menjawab, “Jika kita tidak tahu tentang kehidupan, bagaimana pula kita tahu tentang kematian”. Begitu juga beliau pernah berkata, “Kamu tidak mampu untuk berkhidmat kepada manusia, jadi bagaimana kamu hendak berkhidmat kepada roh?”

Konfusianisme telah membangunkan satu bentuk etika yang bersifat kemanusiaan dalam dunia yang manusia-sentrik. Bagi Konfusianisme keperihatian yang asas adalah kehidupan sosial pada masa kini dan sekarang. Konfusianisme menekankan kepada hubungan organik antara individu dan masyarakat yang dilihat sebagai saling bertautan dan tidak dapat dipisahkan. Kung Fu Zi mahu satu masyarakat yang dipimpin atau diatur dengan baik. Asas negara, masyarakat dan individu yang betul adalah “Let ruler to be ruler, the minister minister, the father father and the son son “. Kung Fu Zi mahu masyarakat berjalan mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Mengikut Kung Fu Zi segala sesuatu hendaklah bertindak mengikut nama (zheng ming) atau kedudukan masing-masing. Perlaksanaan tanggungjawab dan peranan tersebut haruslah pula diasaskan kepada nilai kebaikan dan nilai kemanusiaan yang berpaksikan kepada kasih sayang (ren). Manusia yang mempunyai ren atau kasih sayang ialah “One who, desiring to sustain himself, sustains others, and desiring to develop himself, develop others”.

Dalam menjalankan hubungan dengan orang lain, Kung Fu Zi mengajarkan supaya seseorang itu menggunakan ukuran diri sendiri sebelum membuat kebaikan atau kejahatan kepada orang lain. Justeru itu, Kung Fu Zi mengingatkan “Do not to do others what you do not wish yourself”. Kung Fu Zi juga berpegang kepada konsep ming atau takdir. Seseorang yang mengetahui ming, bermakna dia mengetahui pekara-pekara yang tidak tidak dapat dielakkan di dunia ini. Dengan itu, dia akan bebas dari kebimbangan dan duka nestapa serta dia akan memperoleh kegembiraan. Kata Kung Fu Zi, “The superior man is always happy, the small man sad.”
Pemikiran etika Konfusianisme dapat digali melalui kitab-kitab yang dikarangnya seperti kitab Madah, Muzik, Adat, kitab Tentang Perubahan maupun melalui susunan anak-anak murid beliau seperti Kitab Analect atau Lun Yu, The Great Learning dan lain-lain. Aturan etika Konfusianisme adalah berpaksikan kepada Tian (Heaven) atau Dao. Penekanannya yang utama adalah konsep terhadap keluarga, kewajaran sosial dan solidariti.

Konfusianisme menekankan lima bentuk hubungan atau wulun iaitu antara pemerintah dengan rakyat, ayah dengan anak, abang dengan adik, sahabat dengan sahabat dan suami dengan isteri. Bagi Kung Fu Zi, dari keluarga akan berkembang menjadi masyarakat, seterusnya negara dan dunia. Kesemua konsep etika yang dikembangkannya diasaskan kepada ren atau kemanusiaan.

Bagi Kung Fu Zi, nilai hubungan antara anak dengan bapa, ialah bapa harus berbaik hati dan anak harus berkewajipan terhadap orang tua. Hubungan suami isteri ialah suami harus jujur terhadap isteri dan isteri harus tunduk dan patuh dengan suami, hubungan saudara tua dengan saudara muda, iaitu yang tua harus bermurah hati dan membantu, manakala yang muda harus tunduk dan hormat. Hubungan raja dengan rakyat, ialah rakyat mesti bersifat kemanusiaan dan rakyat harus taat. Hubungan antara sahabat ialah kejujuran menjadi pendoman.

Dalam persoalan pemerintahan negara, Konfusianisme mengemukakan konsep pemerintahan berdasarkan akhlak kemanusiaan. Kung Fu Zi menekankan pemerintahan berdasarkan zhen ming (nama yang betul), pendidikan akhlak, kepimpinan teladan, mengawal keinginan nafsu, mematuhi prinsip sosial dan undang-undang negara, meringankan hukuman dan memperkasa sistem pendidikan. Pemerintah yang menggunakan kekerasan dalam pemerintahannya adalah seorang yang gagal sebagai pemerintah. Menurut Kung Fu Zi, “Tugas kamu adalah untuk mentadbir, bukannya untuk membunuh” (Lun Yu).

Pemerintah yang memerintah melalui contoh teladan yang baik (de) dan akhlak terpuji akan dapat mengawal diri mereka sendiri dan rakyat (Ross, 2000) serta dapat mempengaruhi rakyat dan menanamkan kesetiaan rakyat kepada pemerintah.

Kata Kung Fu Zi, “Jikalau kelakuan pemerintah itu mulia, maka rakyat akan menurut arahannya tanpa paksaan; jikalau kelakuan seseorang pemerintah tidak suci walaupun mengarahkan rakyatnya membuat sesuatu tetapi rakyatnya juga tidak akan menurutnya” (Lun Yu). “Jikalau kelakuan seseorang itu adil dan jujur, maka dia tidak akan menghadapi sebarang masalah ke atas pemerintahannya; jikalau tidak boleh menyempurnakan kelakuan sendiri, bagaimana hendak membetulkan kelakuan rakyat” (Lun Yu). Kung Fu Zi juga mengingatkan pemerintah supaya berhati-hati memilih pegawainya iaitu dengan tidak mengambil mereka yang hanya pandai bermain lidah dan berpewatakan memikat dan mengampu.

Kung Fu Zi melihat peranan pendidikan adalah untuk membentuk cendikiawan dan Jun Zi. Peranan Jun Zi ialah mempelajari ilmu, memperbaiki diri dan mentadbir manusia. Peranan Shi (bakal Jun Zi) adalah pembantu kepada Jun Zi dan penglibatan dalam pelajaran serta kerja-kerja lain. Dalam proses pembelajaran ada empat ciri utama yang ditekankan oleh Kung Fu Zi iaitu banyak mendengar, banyak melihat, banyak bertanya dan banyak mengenali. Beliau turut menekankan sifat jujur dalam pembelajaran, beliau berkata dalam Lun Yu “ketahui katakan ketahui, tidak ketahui katakan tidak ketahui, itu adalah ilmu pengetahuan”. Orang budiman (Jun Zi) Menurut Kung Fu Zi orang yang hina, sombong dan menghina orang hidup mereka tidak akan senang (Lun Yu).

Secara garis besar ajaran Kung Fu Zi dapat dilihat dari dua sudut pandang yang berbeza namun saling melengkapi, iaitu pemikiran Kung Fu Zi tentang Manusia dan pemikirannya tentang Masyarakat. Kedua ajaran ini, Manusia dan Masyarakat, mengarahkan pada bentuk yang ideal. Pemikiran ini muncul setelah Kung Fu Zi melihat kekacauan dalam masyarakat, dimana terdapat banyak peperangan, yang berakibat muncul masalah anarki sosial. Satu sisi Kung Fu Zi tidak setuju dengan pemikiran yang mendahulukan kekuatan atau kekerasan dalam menegakkan kepatuhan.

Kung Fu Zi juga tidak setuju dengan konsep cinta kasih yang dipaparkan oleh kaum Mohisme karana cinta kasih yang tidak mengenal perbezaan akan menyebabkan kemerosotan nilai. Kung Fu Zi melihat ada satu titik terang dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakatnya pada saat itu, iaitu menemukan kembali “lem perekat” yang selama ini telah hilang. Perekat yang dapat menyatukan kembali setiap elemen yang ada dalam masyarakatnya agar kembali berfungsi sebagaimana layaknya sebuah masyarakat.

Kung Fu Zi menyedari bahawa “lem perekat” tersebut adalah adat istiadat. Ada dua fungsi penting adat istiadat, pertama adalah kemampuan adat istiadat yang luar biasa untuk mengendalikan perbuatan-perbuatan yang bersifat asosial. Kedua, tahap sosialisasi dari adat istiadat ini berjalan dengan spontan tanpa pemikiran khusus. Anggota masyarakat menerima adat istiadat itu tanpa bertanya dan tanpa sadar.

Manusia dan masyarakat merupakan suatu elemen yang tidak dapat dipisahkan bagi Kung Fu Zi, seperti yang diungkapkan oleh Chen Jingpan bahawa masyarakat harus menyesuaikan diri pada individu untuk menghindari stagnasi, dan individu pun harus menyesuaikan diri pada masyarakat untuk menjadi manusia dan individu tidak biasa hidup atau berkembang tanpa bantuan masyarakat.

Adat istiadat atau tradisi bagi Kung Fu Zi merupakan sumber perekat dalam masyarakat. Ia sendiri amat tertarik akan tradisi, sebagai jawapan sebenarnya terhadap masalah sosial. Kung Fu Zi percaya bahwa bangsa Cina pernah mengalami masa keselarasan yang agung dan tradisilah yang menciptakan abad gemilang tersebut.

Kung Fu Zi sedar bahwa tidak semua tradisi lama itu biasa diterapkan terus untuk masa sekarang. Tradisi harus mengalami penyesuaian sedangkan yang harus dijaga adalah kesinambungan tradisi itu agar terus hidup dalam masyarakat.

Kung Fu Zi selalu mempertimbangkan hal-hal baru yang mnyebabkan tradisi lama tidak biasa lagi dijalankan, kemudian ia melakukan penafsiran kembali yang disertai perubahan-perubahan. Bukti otentik dari penyesuaian itu ia mengeluarkan enam buah kitab klasik yang merangkumi tradisi-tradisi masa lampau yang nilainya masih relevan terhadap kehidupan pada masanya.

Tradisi ini akan berjalan baik dalam masyarakat apabila ada kesedaran dalam diri manusia yang ada dalam masyarakat. Dengan kata lain tradisi akan berjalan jika manusia yang ada dalam masyarakat mahu menjalankannya secara sukarela tanpa paksaan dan sedar bahawa tradisi itu penting bagi kehidupannya dalam masyarakat.

Maka untuk mewujudkan suatu bentuk masyarakat yang ideal dan wujudnya manusia yang ideal pula. Manusia ideal di sini adalah manusia yang sangat sedar akan keberadaannya di dalam masyarakat. Mereka adalah manusia yang telah mengerti akan jalan hati, rahasia transformasi benda-benda, sebab dari yang misterius dan kudus, lalu menyesuaikannya dengan sumber dan prinsip peredaran (prinsip yang mengatur hidup dan mati ). Hanya oleh ini manusia direalisasikan. Jadi seorang mengetahui “jalan langit” dan dalam hidupnya melaksanakan kebijakan kemanusiaan yang sempurna (jen) dan keadilan dalam hubungan antarpribadi (yi); ia menghiasi dirinya dengan ritus dan muzik.

Kemanusiaan, keadilan, ritus dan muzik inilah kebajikan dari orang yang telah mewujudkan dirinya; pengetahuan akan prinsip spiritual tentang transformasi inilah yang menunjukkan keberhasilan kuasanya. Manusia seperti inilah yang oleh Kung Fu Zi dinamakan Chun Tzu.

Kung Fu Zi berkata, ”Di dalam rumah, anak-anak harus patuh dan di dunia luar, harus menyayangi sesama. Mereka harus waspada dan dapat dipercaya. Mereka harus mengasihi semua orang dan akrab dengan orang budiman. Setelah itu, sisa kekuatan mereka harus digunakan untuk mempelajari kesusasteraan.” Kung Fu Zi berkata “pada usia lima belas, aku terdorong untuk belajar. Pada usia tiga puluh aku mengukuhkan pendirianku. Pada usia empat puluh aku tidak lagi bermimpi. Pada usia lima puluh aku tahu tujuan hidupku. Pada usia enam puluh aku mengenali kebenaran dalam semua hal yang kudengar. Pada usia tujuh puluh aku dapat mengikuti kata hatiku tanpa berbuat salah.” Kung Fu Zi berkata “Tsán, jalan yang ku tempuh memiliki satu prinsip pemersatu.”

Tseng Tzu berkata “ya.” Setelah Kung Fu Tze berlalu, muridnya bertanya, “Apa yang dimaksudkannya?” Tseng Tzu menjawab, “Jalan yang ditempuh Guru semata-mata hanyalah kesetiaan dan sikap pemaaf.” Kung Fu Zi berkata, ”Kenalilah orang yang arif dan pikirkanlah cara untuk mengimbanginya. Kenalilah orang yang tidak arif dan kajilah dirimu sendiri.”

Kung Fu Zi berkata, “Di kala mengabdi kepada orang tua, sampakan saran dengan bertenggang rasa, dan jika harapanmu tak terpenuhi, tetaplah hormat dan jangan membangkang, tanggunglah beban dan jangan mengeluh.” Kung Fu Zi berkata, ”Seorang satria berkeinginan untuk lamban berbicara, tetapi gesit bertindak.”

Tzu Kung berkata,”Aku tak ingin dipaksa orang lain, dan tak ingin memaksa orang lain.” Kung Fu Zi berkata, ”T’su, engkau bukan orang seperti itu. ” an Chíh bertanya tentang kebajikan. Kung Fu Zi menjawab, ”Melakukan sesuatu yang benar untuk rakyat, dan menghormati arwah dan dewa dari kejauhan, dapat dianggap kebajikan. ” Fan Chíh bertanya tentang sifat budiman. Kung Fu Zi menjawab, ”Menjadi orang pertama yang menghadapi kesulitan dan orang terakhir yang menuai imbalan dapat dianggap sifat budiman.”

Kung Fu Zi berkata, ”Seorang Satria membaca banyak buku, ditempa oleh tata krama, dan hampir tak mungkin tersesat. Keseimbangan sebagai kebajikan memang sungguh istimewa. Sudah lama hal itu jarang ditemukan di kalangan rakyat. ”Tzu Kung bertanya, ”Jika kebutuhan rakyat disediakan dengan berlimpah, dan rakyatnya dibantu, bagaimana menurut pendapat Guru? Apakah tindakan itu bisa disebut budiman?” Kung Fu Zi menjawab, ”Apa hubungan dengan sifat budiman? Yang jelas itu tindakan yang amat luhur. Bahkan Yao dan Shun pun sulit melakukannya. Yang dinamakan orang budiman, dia menerpakan aturan bagi orang lain yang juga berlaku bagi dirinya sendiri. Dia membimbing orang lain untuk berprestasi seperti prestasi yang diraihnya. Kemampuan untuk menularkan milik kita kepada orang lain dapat dipandang sebagai jalan menuju sifat budiman.”

Kung Fu Zi berkata, ”Ada orang yang menciptakan sesuatu yang tak mereka ketahui. Aku tidak begitu. Menyimak dengan sungguh-sungguh, memilih untuk mengikuti yang benar, mengamati dengan seksama untuk memetik ilmu, inilah pengenalan ilmu.”

Kung Fu Zi berkata, ”Penghormatan tanpa tata krama adalah pekerjaan sia-sia. Keadilan tanpa tata krama adalah kecanggungan. Kebenaran tanpa tata krama adalah kekacauan. Kejujuran tanpa tata krama adalah ketergesaan. Jika seorang satria menjunjung tinggi keluarganya, rakyat akan tergugah untuk bersifat budiman. Jika dia tak mengabaikan tradisi lama, rakyat takkan melakukannya secara diam-diam.”

Kung Fu Zi berkata, ”Pegang teguh keyakinanmu dan tekunlah belajar. Pertahankan Jalan Kebenaran sampai mati. Jangan memasuki negeri yang berbahaya. Jangan tinggal di negeri yang kacau. Manakala semua yang ada di bumi sudah menganut Jalan Kebenaran, tampilkan dirimu. Manakala Jalan Kebenaran tiada, berlindunglah. Manakala suatu negeri menganut Jalan Kebenaran, menjadi miskin dan tak berarti adalah hal yang memalukan. Manakala suatu negeri tidak menganut Jalan Kebenaran, menjadi kaya dan menduduki jabatan adalah hal yang memalukan.”

Kung Fu Zi berkata, ”Junjunglah kesetiaan dan sifat dapat dipercaya. Tak usah berteman dengan orang yang tak setara denganmu. Jangan ragu mengkoraksi kesalahan.”

Chung Kung bertanya tentang sifat budiman. Kung Fu Zi menjawab, ”Di luar rumahmu, berprilakulah seakan bertemu dengan tamu penting. Dalam mempekerjakan orang, berperilakulah seakan melakukan persembahan penting. Hal yang tak kauinginkan untuk diri sendiri, jangan kaulakukan pada orang lain. dalam negara takkan ada keluhan, dalam keluarga takkan ada keluhan.” Chung Kung berkata, ”Yung meskipun tidak cepat mencerna pelajaran, akan berusaha melakukan hal-hal yang sesuai dengan ajaran ini.”

Kung Fu Zi berkata, ”Kajilah kesusastraan dengan tekun, padaku dengan tata-krama, maka kecil kemungkinan engkau akan tersesat.” Chi K’ang Tzu bertanya kepada Kung Fu Zi tentang cara memerintah. Kung Fu Zi menjawab, ”Memerintah sama seperti bersikap benar. Tuan, jika engkau memerintah dengan benar, siapa yang akan berani berbuat tidak benar?”

Kung Fu Zi berkata, ”Jika dia sendiri sudah benar, orang akan bertindak tanpa menunggu perintahnya. Jika dia sendiri tidak benar, dia takkan dipatuhi sekalipun mengeluarkan perintah.” Kung Fu Zi berkata, ”Jika orang yang mendahulukan kepentingan orang lain memerintah suatu negeri selama seratus tahun, keberingasan dapat diatasi dan pembunuhan dapat dihapuskan. Betapa nyatanya kata-kata ini!”

Kung Fu Zi berkata, ”Jika dia sudah bersikap benar pada dirinya, kesulitan apa pula yang akan dihadapinya di pemerintahan? Jika dia tak bisa memperbaiki dirinya sendiri, bagaimana dia bisa memperbaiki orang lain?”

Pangeran Yeh bertanya tentang cara memerintah. Kung Fu Zi menjawab, ”Orang yang berada di dekatnya merasa puas, orang yang berada di tempat jauh ingin berkunjung.” Seseorang bertanya, ”Balaslah keluhan dengan kebajikan, Bagaimana menurut Guru?” Kung Fu Zi menjawab, ”Dan bagaimanakah kebajikan harus dibalas? Balaslah keluhan dengan kejujuran, dan kebajikan dengan kebajikan.”

Kung Fu Zi berkata,”Dengan memegang teguh sikap benar dalam kalbunya, seorang satria bertindak sesuai dengan tata-krama, mengungkapkan dirinya dengan kerendahan hati, dan merasa utuh jika menampilkan sifat dapat dipercaya. Inilah yang namanya satria sejati!” Tzu Kung bertanya, ”Apakah ada kata yang dengan kata itu kita bertindak serasi seumur hidup?” Kung Fu Zi menjawab, ”Kata itu adalah ’sifat pemaaf". Hal yang tak kauinginkan terjadi pada dirimu jangan kaulakukan pada orang lain.”

Tzu Chang bertanya kepada Kung Fu Zi tentang sifat budiman. Kung Fu Zi berkata, ”Mampu menerapkan lima hal di mana di bumi adalah sifat budiman.” Ketika diminta untuk menjelaskannya Kung Fu Zi berkata, ”Rasa hormat, bertenggang rasa, dapat dipercaya, cepat mengerti dan bermurah hati. Dengan bersikap hormat takkan ada cemuhan. Dengan bertenggang rasa, ada dukungan dari rakyat. Dengan dapat dipercaya, rakyat akan menyerahkan tanggungjawab. Dengan cepat mengerti, akan bermanfaat. Dengan bermurah hati, rakyat akan bersedia diberi perintah.”

Sumbangan Kung Fu Zi. Tujuan ajaran Kung Fu Zi menuju kepada kemajuan dan kesejahteraan negara, dunia dan kehidupan sekarang. Mengikut kepercayaan fahaman Kung Fu Zi, manusia lahir dengan nilai-nilai yang baik dan terpuji dan hanya dirosakkan oleh persekitarannya. Oleh hal yang demikian, beliau telah mencurahkan usaha mengenengahkan nilai moral dan etika . Memang tidak dapat dinafikan bahawa Kung Fu Zi telah menyumbang dalam pelbagai bidang.



Pendidikan. Kung Fu Zi adalah pegasas Konfusianisme, dan salah satu pengasas budaya Cina, purba China dan dunia secara keseluruhannya, guru vokasional dan orang pertama dalam sejarah China yang mengajar jumlah pelajar yang ramai iaitu 7000 orang, dan 10 orang daripada mereka menjadi pemikiran sarjana yang terkenal. Beliau mewarisi tiga generasi pendidikan sekolah, dan pembaharuan kreatif, membuat sumbangan perintis besar kepada punca pendidikan manusia.

Pertama, Kung Fu Zi mewujudkan sekolah swasta pertama di dunia. Sebelum ini, sekolah pendidikan diuruskan oleh pihak kerajaan. Isi kandungan pendidikan mempunyai cara memerintah negara dan undang-undang negara. Pada masa itu, mengajar dari mulut ke mulut, pengajaran melalui suara menjadi penting. Beliau penemuan corak pedidikan oleh monopoli kerajaan, dan mewujudkan sekolah swasta pertama. Sekolah swasta ini adalah sekolah rasmi seperti biasa dan kepelbagaian sekolah. Sekolah ini adalah pertukaran ilmu dan bangunan untuk mewujudkan suasana dan syarat perjalanan antara negara-negara, selain itu, penubuhan sekolah swasta menjadi tempat untuk membincang ilmu dan anjaran yang lain.

Dalam sekolah swasta, cikgu memberi kuliah,dan memecahkan berlari dari sekolah untuk memberi ceramah yang jelas,dan mendapatkan ruang kuliah percuma, meruntuhkan pengajaran kandungan tegar, kaedah dan bertujuan, dengan persekitaran pengajaran yang fleksibel. Cikgu boleh ajar mengikut idea baru dari anjaran mereka, sekolah swasta menjadi tempat untuk menyebarkan idea-idea baru, perspektif baru, idea baru dan pandangan mengenai pembangunan asas ini. Oleh itu, sekolah swasta sebagai tempat kelahiran idea-idea baru, dan pandangan baru. Pelajar-pelajar merupakan penerima idea baru dan juga pewarisan. Ini adalah era pemikiran sedar dan falsafah sedar.

Pada era ini, negeri-negeri di China bersaing dalam aspek politik, ekonomi, kebudayaan, ketenteraan, dalam pertikaian ini, sama ada hegemoni penggabungan industri perang, negeri takluk menggunakan ideologi yang berbeza, untuk menjadi negeri yang berkuasa dan tidak dimusnahkan. Jadi, inilah sebab Kung Fu Zi mewujudkan sekolah swasta dan melahirkan golongan pemudah yang pemikiran falsafah dalam era ini yang sangat memerlukan orang berbakat. Kung Fu Zi mempelopori kuliah sekolah swasta, yang meluas dua jenis sekolah iaitu awam dan swasta di China untuk beribu-ribu tahun dan terselamat ke moden.

Kedua, bagi Kung Fu Zi, beliau mencadangkan setiap individu berhak yang sama dan berpeluang menerima pendidikan. Pendidikan awam yang pertama memecahkan tradisi dan tidak kira perbezaan tahap,kelahiran, kaya atau miskin memberikan pendidikan. Ini membolehkan semua orang untuk menikmati hak sama rata dalam pendidikan. Fikiran beliau menjadi sebuah pintu terbuka kepada orang awam dan kanak-kanak daripada keluarga yang miskin boleh menerima pendidikan.Setiap individu berpeluang menjadi indicidu berbakat yang cekap dan jujur.

Kung Fu Zi mempunyai idea “pendidikan untuk semua”, kerana beliau berkonsep “suka semua tanpa mengira daripada golongan kaya dan miskin atau kewarganegaraan berbeza” . Inilah Kung Fu Zi “pan-penyayang awam” semangat cinta hebat. Watak seseorang tidak berbeza walaupun hidup di keluarga miskin atau kaya. Sejak sifat tidak serupa yang lain, semua orang perlu menikmati hak sama rata dalam pendidikan, bukan hanya anak-anak bangsawan boleh menikmati hak ini, kerana sifat manusia tidak boleh dikira daripada keadaan keluarga atau keturunan. Beliau tidak pernah puas dalam pembelajaran, kerana pembelajaran adalah sesuatu yang keseronokan dan berasa gembira apabila belajar.

Ketiga, Kung Fu Zi sangat mementingkan bersopan santun dan menghormati terhadap cikgu dan sesiapa yang lebih berupaya daripada individu, ini membentuk tradisi negara China. Iman yang kuat dan semangat mahu belajar adalah cara belajar yang betul. Cikgu sebagai seorang yang menyebar ilmu kepada generasi muda. Sikap beliau menjadi seperti murid sekolah rendah apabila bertanya cikgu dan memperoleh pengetahuan atau kemahiran. Beliau berkata, “orang yang bijak, mempunyai ilmu yang banyak juga ada kelemahan” oleh itu, ada perkara yang tidak faham perlu bertanya orang yang lebih berupaya dengan sikap bersopan santun. Beliau tidak sahaja mementingkan dari segi menghormati cikgu tetapi juga mementingkan berbudi bahasa semasa berkomunikasi dengan sesiapa. Beliau bukan mendidik pelajar ilmu-ilmu baru sahaja, beliau juga memberi pendidikan moral untuk meningkatkan kualiti moral dan menjadi individu yang setia (termasuk raja, negara, kumpulan,dan lain). Ini membolehkan pelajar mempunyai kesedaran etika dan norma-norma buday tingkah laku.

Keempat, Kung Fu Zi mencipta kaedah pengajaran yang fleksibel. Kaedah pengajaran untuk mencapai tujuan pendidikan dan memuaskan jaminan kandungan pendidikan. Kaedah pendidikan untuk megajar ada ciri-ciri berbeza dan mengikut watak pelajar. Kung Fu Zi bersabar memberi pengajarannya dengan langkah-langkah yang lain, ini untuk mendapatkan latihan yang baik. Contoh kaedah pengajarannya, beliau meminta pelajar berfikir semasa belajar, belajar semasa berfikir, kerana “belajar tanpa berfikir adalah buruh hilang, berfikir tanpa belajar adalah berbahaya.” Beliau juga menggalakkan pelajar menyelesaikan teka-teki dengan kreatif pelajar sendiri. Ini membolehkan pemikiran pelajar menjadi baik apabila menghadapi masalah boleh berfikir sendiri tanpa tanya orang lain.

Selain itu, beliau juga menggalakkan pelajar bertanya-tanya antara satu sama lain dan sambil belajar. Semasa bertanya mesti saling menghormati dan menjaga emosi setiap orang seperti berkomunikasi dengan bapa dan anak, abang, kawan, dan tidak mementingkan diri sendiri.

Kesimpulannya, pemikiran pendidikan Kung Fu Tze mempengaruhi sistem pendidikan di China dengan beribu-ribu tahun, dan juga membuat sumbangan besar kepada sejarah pendidikan manusia. Kebijaksanaan pemikiran pendidikan Konfusianisme adalah bernilai sehingga hari ini.

Segi Politik. Kung Fu Zi merupakan seorang ahli politik yang penting. Di negara Qi terdapat raja yang bernama Qi Jing Gong. Baginda mencari Kung Fu Zi semasa beliau berumur 30 dan ingin mendapatkan tunjuk ajar daripada beliau tentang cara-cara mengurus negara dan sebagai seorang raja yang baik. Ajaran dan ilmu Kung Fu Zi amat dihayati oleh raja dan ingin meminta Kung Fu Zi menjadi gurunya. Bantahan bendahara menyebabkan Kung Fu Zi hanya mendapat nama sebagai guru tetapi tanpa kuasa yang serentak dengannya.

Selain itu, Kung Fu Zi yang merupakan penasihat di negara Lu telah berdebat dengan penasihat dari negera Qi demi memperjuangkan kemerdekaan bagi negaranya. Akhirnya Kung Fu Zi menang dan Negara Qi memulangkan tanah air negara Lu yang dirampas tanpa sebarang pengorbanan dan perperangan. Sebagai penasihat negara Lu, Kung Fu Zi menolong raja Lu Ding mendapat keseimbangan politik dengan mengimbangi 3 buah kuasa dalam golongan pembesar. Walaupun Kung Fu Zi tidak mempunyai sebarang kuasa tetapi ajarannya diterima dan dilaksanakan.

Kung Fu Zi merupakan seorang tokoh politik yang banyak mempengaruhi sistem politik china pada zaman dahulu. "Lun Yu" merupakan sebuah buku yang mencatatkan ajaran dan fikiran antara Kung Fu Zi dengan murid beliau. Buku tersebut telah mempengaruhi fikiran maharaja China. Baginda berubah dari diktator yang mementingkan diri sendiri kepada seorang penyayang yang sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat dan masyarakat.

Ajaran dan fikiran beliau mempengaruhi pemimpin-peminpin dari dynasti China hingga zaman globalisasi ini. Para pemimpin dan ahli politik kini menjadikan "Lun Yu" dan "Si Shu Wu Jing" sebagai panduan dan rujukan dalam pengurusan negara. Program Wawasan 2020 dan Satu Malaysia yang berslogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan juga serentak dengan ajaran tersebut. Pada zaman dalulu, "Si Shu Wu Jing" merupakan sembilan buku yang penting bagi pelajar zaman dahulu dan soalan pemeriksanan awam adalah berdasarkan ajaran-ajaran dari buku-buku tersebut. Calon-calon perlu menjawab soalan dengan pandangan sendiri terhadap cara-cara pengurusan negara berdasarkan ajaran-ajaran dalam buku-buku tersebut.

Keselarasan Etika Konfusianisme dengan Islam. Konfusianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Konfusianisme berasaskan ajaran Kung Fu Zi dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila Kung Fu Zi disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab, "Kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."

Ajaran Kung Fu Zi dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk Lun-Yu atau Analekta. Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze (Mencius). Dalam buku Lun Yu, Kung Fu Zi telah memberikan beberapa cara untuk menjadi Junzi (budiman). Antara cara untuk menjadi seorang Junzi ialah tidak merasa resah, pilu atau takut. Selain itu, bekerja dengan tegas dan bersungguh-sungguh, tidak membuat kesalahan, melayani orang lain dengan bahasa yang baik dan teliti sesuai dengan adat. Setiap individu sentiasa membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang baik dan tidak membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang jahat manakala sifat Junzi menurut Kung Fu Zi ialah seseorang yang hidup aman damai, tidak sombong dan tidak menghina orang lain. Ajaran Kung Fu Zi tidak mempunyai pengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti agama Hindu dan Buddha. Ia cuma mempunyai kesan yang mendalam ke atas masyarakat China.

Banyak pengkaji menyimpulkan, terdapat keselarasan etika Konfusianisme dengan Islam. Prof. Tu Weiming (1997) berpendapat idea tentang kerajaan yang rahmah dan pertautan yang intim antara moral dengan kepimpinan adalah dikongsi oleh kedua-dua tradisi tersebut. Mereka juga berkongsi idea tentang perbezaan yang mendasar antara manusia dengan makhluk lain dan antara tamadun dengan babarianisme. Mereka turut berkongsi pandangan dari sudut pengagihan keadilan, kepimpinan dan persamaan. Ubaidullah Mohd Nasir (2000) turut menyimpulkan bahawa memang wujud persamaan di antara etika Konfusianisme dengan Islam dalam beberapa aspek seperti aspek pendidikan, kepimpinan, hubungan sesama manusia, kasih sayang dan hidup yang berlandaskan adat.

Kung Fu Zi sendiri pernah menegaskan bahawa dia bukannya originator tetapi hanyalah sebagai “pemindah” kebijaksanaan silam kepada masyarakatnya. Beliau turut mengakui kewujudan ramai ahli hikmah di sebelah Barat. Schwartz (1971) menyimpulkan sumbangan Kung Fu Zi adalah sebagai presever kepada monumen klasik, contoh dan pengasas kepada zaman keemasan China dan beau idea of humanity.

Lee Cheuk Yin (1997) menyatakan, dalam sejarah China sudah wujud penulis-penulis Cina yang beragama Islam menulis tentang keselarasan antara etika konfusianisme dengan nilai-nilai Islam seperti yang dilakukan oleh Wang Daiyu (1573-1619 M) melalui bukunya Zhenjiao Zhenquan. Buku ini cuba mencari persamaan dalam aspek etika seperti konsep Yang dan Yin, hubungan suami isteri,bertanggungjawab, hubungan antara sahabat sambil merujuk kepada buku Konfusianisme iaitu analek. Penulis China Muslim lain seperti Jin Tianzhu melalui bukunya Qingzhan Shiyi (18M) menegaskan bahawa tidak wujud kontradiksi antara etika Konfusianisme dengan etika Islam bahkan kedua-duanya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Ringkasnya, penulis muslim China yang awal adalah sumber yang penting untuk memahami kewujudan hubungan yang harmonis antara Islam dan Konfusianisme. Ini membuktikan anjaran konfusius dan agama Islam ini boleh wujud secara harmonis dan saling memahami.

Kesimpulannya, agama Islam dan anjaran Kung Fu Zi mendidikan manusia bagaimana berkomunikasi antara satu sama lain dengan bersopan santun dan jadi seorang Junzi(budiman) dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutama sekali hormat kepada ibu bapa, warga emas dan negara adalah perkara yang dituntut daripada peganut ajaran Kung Fu Zi dan agama Islam.

Kegemilangan Sejarah. Tamadun China juga merupakan tempat bermula kemunculan ajaran di dunia. Antara ajarannya ialah Konfusianisme dan Taoisme. Ajaran Kung Fu Zi diasaskan oleh Kung Fu Zi yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu. Ajarannya menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Karya –karya yang mengandungi ajaran ini dikenali sebagai Chiang atau klasik. Lima klasik utama yang dihasilkan oleh Kung Fu Zi ialah Books of Odes, Books of History, Books of Changes, Books of Rites, dan Spring and Autumn Annals.
Aliran Konfusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat yang berpandukan etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Falsafah ini memberi keutamaan kepada manusia dan kehidupan sosialnya. Oleh itu fafsafah ini mengabaikan aspek-aspek yang bersifat kerohanian dan kehidupan selepas mati. Ia menganjurkan supaya manusia belajar mengatur diri mereka dengan baik melalui prinsip moral. Inilah menyumbang kepada proses penyatuan politik di China. Aliran Konfusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan adalah soal yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan. Justeru itu moral dan etika yang baik amat penting dianuti oleh setiap pemerintah. Sekiranya nilai-nilai tersebut dapat dipupuk oleh pemerintah, maka pemerintah tersebut akan mendapat sokongan rakyat sebagai balasan kepada kebaikan pemerintahannya. Aliran Konfusianisme menganjurkan pembentukan negara yang bercorak paternalistik.

Menurut Kung Fu Zi, pemerintah hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikan rakyat manakala institusi keluarga pula merupakan model terbaik untuk diikuti. Dalam aliran Konfusianisme kerjasama antara pemerintah dan rakyat merupakan kunci dalam segala kejayaan dalam bidang ekonomi, soisal dan politik. Pemikiran ini menyumbang kepada sistem politik China.

Aliran konfusianisme adalah kemanusiaan, suatu filsafat atau sikap yang berhubungan dengan kemanusiaan, tujuan dan keinginannya, daripada sesuatu yang bersifat abstrak dan masalah teologi. Dalam konfusianisme, manusia adalah pusat daripada dunia, manusia tidak dapat hidup sendirian. Bagi manusia, tujuan akhirnya adalah kebahagiaan individu. Kondisi yang diperlukan untuk mencapai kebahagiaan adalah melalui perdamaian. Untuk mencapai perdamaian, Kong Fu Zi menemukan hubungan antara manusia yang meliputi Lima hubungan (Wu Lun) berdasarkan cintakasih dan Kewajipan. Dengan itu, peperangan bolehlah dihindarkan; dan Persatuan Besar dari seluruh dunia dikembangkan. Inilah menyumbang kepada hubungan antara manusia.


3.0 Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. SOal selidik telah diagihkan kepada 30 orang pelajar UTeM yang terdiri daripada bangsa Cina bagi melicinkan kerja penyelidikan. Bagi menambahkan maklumat ke atas data-data primer, kajian ini diperkukuhkan dengan bahan-bahan rujukan dari sumber pepustakaan dan juga internet, keratan akhbar serta kitab-kitab Kung Fu Zi yang terdahulu.


4.0 Hasil Kajian

Rajah 1: Bersetuju bahawa pemikiran Kung Fu Zi ialah Konfusianisme

Melalui graf bagi soalan 1, 2 dan 4, didapati bahawa semua responden mempunyai pemahaman asas mengenai Kung Fu Zi. Mereka bersetuju bahawa pemikiran Kung Fu Zi ialah Konfusianisme. Ini boleh dijelaskan bahawa kebanyakan orang Cina tidak asing dengan Konfusianisme, sejak dari kecil lagi mereka sudah diperkenalkan dengan ajaran Kung Fu Zi masing-masing. Tambahan pula, mereka jelas bahawa ajaran Kung Fu Zi berkembang melalui pendidikan. Hal ini penuh menunjukkan bahawa ajaran Kung Fu Zi mempengaruhi dalam sekali dalam masyarakat cina.


Rajah 2: Konfusianisme menekankan prinsip-prinsip hidup yang baik

Bagi soalan 3, sebanyak 93% responden pula mengetahui bahawa Konfusianisme menekankan prinsip-prinsip hidup yang baik termasuk perikemanusiaan (ren), kesusilaan/upacara(Li), keadilan(Yi), kebijaksanaan(Zhi), layak dipercayai(Xin). Jelas sekali dapat dilihat apabila kertas peperiksaan Bahasa Cina sering mempunyai soalan atau tajuk karangan yang berkaitan dengan ajaran Kung Fu Zi manakala 7% responden kurang pasti akan prinsip Konfusianisme.


Rajah 3: Sumbangan Kung Fu Zi dalam segi pendidikan

Melalui dapatan graf bagi soalan 5, sebanyak 77% responden mengenal pasti sumbangan Kung Fu Zi dalam segi pendidikan. Hal ini kerana Kung Fu Zi telah banyak menyumbang usaha dalam bidang pendidikan. Contohnya Kung Fu Zi mewujudkan sekolah swasta pertama di dunia juga mencadangkan setiap individu berhak yang sama dan berpeluang menerima pendidikan.


Rajah 4: Sumbangan Kung Fu Zi dalam segi politik

Bagi soalan 6, hanya sebanyak 40% responden jelas tentang sumbangan Kung Fu Zi dalam segi politik. Kebanyakan respoden hanya tahu Kung Fu Zi merupakan seorang guru atau orang bijak yang terkenal. Oleh itu, tidak ramai responden yang jelas tentang sumbangannya dalam segi politik. Sejak kecil lagi, cikgu di sekolah rendah hanya mengajar dan memperkenalkan sumbangan Kung Fu Zi dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana kanak-kanak kecil tidak pandai dalam bidang politik. Politik merupakan ilmu yang susah bagi kanak-kanak kecil.

Dalam soalan 7, responden telah ditanya bahawa selain bidang pendidikan dan politik, apa lagi sumbangan Kung Fu Zi terhadap ketamadunan manusia. Responden telah memberikan jawapan seperti berikut; dalam aspek ekonomi, sistem pemerintahan, sistem tulisan dan perbahasan, agama dan kepercayaan, sistem kalender, peninggalan karya sastera, falsafah perang (falsafah perang Sun Tzu) dan teknologi pembinaan dan penciptaan.


Rajah 5: Kung Fu Zi menitikberatkan hak asasi manusia

Bagi soalan 8, sebanyak 73.33% responden jelas tentang Kung Fu Zi menitikberatkan hak asasi manusia. Pemikiran Kung Fu Zi yang terkait dengan hak asasi manusia dapat dilihat dari pemikirannya tentang kebajikan. Kebajikan merupakan idea utama dari pemikiran yang dikemukakan oleh Kung Fu Zi. Kebajikan dapat diekspresikan melalui pelaksaan Li yang mengacu pada hubungan antara sesama manusia.


Rajah 6: Ajaran Kung Fu Zi tidak mempengaruh ke atas budaya Asia Tenggara

Bagi soalan 9, sebanyak 53.33% responden faham tentang ajaran Kung Fu Zi tidak mempengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti agama Hindu dan Buddha. Hal ini kerana subjek Sejarah yang kita belajar telah menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruh budaya Asia Tenggara. Antaranya adalah faktor agama, pendidikan, bahasa dan sebagainya.


Rajah 7: Etika Konfusianisme selaras dengan agama Islam

Bagi analisis soalan terakhir, sebanyak 73.33% responden jelas tentang etika Konfusianisme selaras dengan agama Islam. Apabila mereka telah menginjak sekolah yang lebih tinggi seperti universiti, para siswa diharapkan telah memilik pengetahuan tentang etika Konfusianisme. Para siswa boleh mempunyai pengetahuan tersebut melalui subjek Hubungan Etnik, Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan sebagainya.


5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Konfusianisme yang berasaskan ajaran Kung Fu Zi mementingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutamanya hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut daripada penganut ajaran Kung Fu Zi.

Prinsip utama pendidikan adalah pada hal pemikiran berfokus, menegakkan kebenaran, dan mempercayai kebaikan (jen). Menurut Konfusionisme, kepentingan pendidikan terletak pada hal mengubah tingkah laku manusia supaya menjadi warga yang memiliki kelakuan mulia, mematuhi undang-undang, setia kepada kewibawaan dan mencintai negaranya. Dalam perkataan lain, pendidikan ialah proses untuk memupuk kesempurnaan kelakuan etika manusia.

Kung Fu Zi kuat mempengaruhi sistem pendidikan di China. Beliau sentiasa mendidik orang menjadi seorang budiman yang lebih sempurna. Jika manusia dapat menunaikan ajaran Kung Fu Zi, maka dunia ini akan menjadi lebih aman damai, harmoni dan penuhi kasih sayang. Hal ini kerana setiap manusia mengikut ajarannya yang amat mementingkan prinsip moral dan melaksanakan kewajipan masing-masing.

Di samping itu, Konfusianisme membentuk satu sistem moral berasaskan nilai akhlak, sifat kemanusiaan dan perasaan kasih sayang. Sistem ini terbentuk ekoran pengalaman yang dilalui Kung Fu Zi pada zaman pemerintahan yang kacau-bilau. Ketika itu pemerintah dikatakan menindas rakyat, mengamalkan rasuah, dan sistem pendidikan hanya ditawarkan kepada golongan bangsawan. Akhirnya, idea peperiksaan awam diadakan untuk memilih pegawai kerajaan. Idea tersebut terhasil daripada pengaruh Konfusianisme. Oleh itu, negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukannya disebabkan keturunannya. Perubahan ini dapat mengurangkan rasuah and melicinkan pentadbiran.

Tokoh seperti Kung Fu Zi amat diperlukan tanpa mengira zaman. Walaupun bukan semua orang setuju dengan fikiran beliau, tapi beliau tetap gigih berusaha untuk menyebarkan ajarannya yang beliau berasa penting. Keberanian beliau berdebat dan memberi nasihat kepada para pemerintah amat kita kagum. Hal ini disebabkan bukannya semua orang berani merisikokan nyawanya hanya untuk memberi nasihat kepada maharaja. Semangat yang terkobar-kobar, sifat tidak mudah meangalah serta keberanian untuk mengatakan suara hati beliau amat terpuji. Beliau juga merupakan pendidik yang sabar dan berusaha mencurahkan segala ilmu pengetahuannya kepada pelajar agar menjadi seseorang yang berguna dan berakhlak mulia. Kita haruslah mencontohi sifat-sifat beliau yang baik agar dapat mencapai kejayaan pada masa yang akan datang.


Rujukan

Confucius. (1967). Li Chi: Book of Rites, (trans. James Legge). New Hyde Park: University Book.

Dennis Bloodworth. (2004). The Chinese Machiavelli. USA and London (UK): Transaction Publishers, New Brunswick, New Jersey


Jacques Gernet. (1996). A History of Chinese Civilization (2nd ed.).UK: The Press Syndicate of The University of Cambridge

Jingpan, Chen. (1994). Confucius As A Teacher (2nd ed.) Beijing: Foreign Languages Press.

Lao Tzu. (1995). Tao Te Ching: The Book of Meaning and Life, (trans. H.G. Oswald). New York: Penguin Books.

Pound, Ezra. (1969). Confucius: The Graet Digest, The Unwobbling Pivot, The Analects. New York, USA: New Direction Publishing Corporation.


http://www.confucius.org/main01.htm (Diakses pada 1 MAY 2013)
http://plato.stanford.edu/entries/confucius/ (Diakses pada 5 MAY 2013)
http://www.friesian.com/confuci.htm (Diakses pada 5 MAY 2013)
http://www.newfoundations.com/GALLERY/Confucius.html (Diakses pada 5 MAY 2013)
http://www.csupomona.edu/~plin/ls201/confucian2.html (Diakses pada 13 MAY 2013)
http://www.csuchico.edu/~cheinz/syllabi/asst001/fall97/11kshinn.htm (Diakses pada 13 MAY 2013


MZ Zainudin, Foo Yeong Horng, Ngu Ung Hie, Nurul Shuhadah Abd Yazid, Nor Amalina Muhamad Nor, Khairu Iiwani Karim